Nuffnang Ads

Saturday, December 1, 2012

Misi Mencari

Mencari baju purple pink. Mencari masa bersama. Mencari tempat dating baru. Mencari haiwan. Keputusan tiba-tiba SiDia memang mengejutkan hehehe. Plan nak ke sana sini tapi akhirnya ke selatan Malaysia. I tak pernah berjalan ke sana. Bagus jugak ye dapat tengok tempat orang. Tapi sehari je tak puas! I nak pegi lagi boleh?

Sampai ke JB awal pagi terus pass through Danga Bay dan ke Setulang untuk cari breakfast. Sementara tunggu tempat lain buka kami jalan-jalan lah dulu ye. SiDia pernah duduk JB tapi dah berubah sikit jalan katanya. Hehehe I co-pilot aje. Baru I tau dekat JB ada Zoo Johor. Murah tau RM2 je untuk dewasa. Actually banyak je tempat menarik yang boleh pergi dekat JB tapi masa mencemburui sangat lah. Kalau bawak passport boleh ke USS. Kalau banyak duit boleh ke Legoland dan JPO. Ahakx!
Berjaya dapatkan baju pink dan purple! Itu yang paling penting. Terima kasih, cinta hahaha pilihan u memang tak pernah hampakan I. Bukan  sehelai tapi 2 ok. Walaupun City Square JB sedang under construction tapi kedai semua ok. Selesai cuci gambar. Selesai cari baju. Selesai makan tengahari. Masa memang tepat kalau dengan SiDia. Nak harapkan I, ayoyo... Lupa semua sakit ye dapat berjalan. Bila sampai rumah berdenyut pulak. Alasan!

Oh ye sepanjang berjalan silalah pastikan telefon ada bateri secukupnya. Gunakan aplikasi Waze untuk smartphone. Boleh bercakap, boleh tunjuk mana jalan jam dan of course boleh navigate kita ke mana-mana. Good application actually. Sebelum ni tak pernah gunakan tapi tiba-tiba semalam nak guna dan SiDia suka! Tu yang penting.

Bersambung cerita ke tempat seterusnya selepas ini....

Danga Bay for my first time, baby!
Reflection
Sempat ek?

No comments:

Post a Comment