Nuffnang Ads

Thursday, December 13, 2012

RSVP : Hadir Sebagai Urusetia Bengkel

Sorry, nak taip dekat title panjang sangat lah Bengkel Pembinaan dan Penerapan Teknologi Hijau Serta Senggara Aset ye namanya. Memang ada dalam Takwim Tahun 2012 untuk Biro Eknonomi dan Inovasi Kelab Sukan JKRNS jadi kitorang sebagai AJK memang kena realisasikan bengkel ni seperti ketetapan berikut :

Pembinaan dan Penerapan Teknologi Hijau Serta Senggara Aset
Tarikh : 17 Disember 2012 (Isnin)
Tempat : Klana Resort, Seremban
Masa : 8.30 am - 5.30 pm
Penceramah :
Dr. Sarajul Fikri bin Mohamed (Pensyarah Senior UTM)
Puan Rosnida Mohd Yusof (Cawangan Alam Sekitar dan Teknologi JKR)
Ir. Mohd Azhari Mohd Salleh (Cawangan Kej. Awam, Struktur & Jambatan JKR)

Maka dengan itu, workload memang extreme sekarang. Tugas hakiki campur dengan tugas yang tak berapa hakiki kena seimbang. Kadang tu sampai confuse surat yang mana. Ohmaiiii, selama ni I tak pernah jadi Setiausaha dari sekolah memang tugas Bendahari sebab kewangan I boleh pegang. Tapi sekarang... baru I tau Setiausaha ni challenging jugak. Bertahan untuk tahun ni. Tahun depan, we'll see! 

Mana nak capai target, mana nak uruskan keperluan bengkel, mana nak coordinatekan peserta, mana nak uruskan penceramah. Padahal semua bukan keje I hahaha perasan nye! Ada la masuk sikit-sikit semua bab, memang overall tapi bagi-bagi kan aje lah. Manpower tak berapa ramai. Kena pandai cilok sana sini.

Oh dapat warning dari Setiausaha KSKJKRNS petang tadi sebelum dia balik. Katanya, "...tahun depan lagi banyak event besar tau..." Errkkk apakah tandanya? Adakah LNPT akan menggunung mencanak naik markahnya? Terima kasih.....

No comments:

Post a Comment