Nuffnang Ads

Thursday, March 28, 2013

Hari Ini Hari Bosan

Segala data-data, draft-draft, gambar-gambar KIV bagi blog I ni telah selamat diedit dan di upload bersama ceritanya sekali. Tak tinggal satu pun. Tak bagi chance langsung. Cuma photo blog belum di update. Tak tau nak guna ape. Kalau zaman dahulu kala, cuma Multiply yang menjadi pilihan hati. Senang je upload sana dan delete terus dari pendrive. Masalah melanda, password boleh lupa ye! Macam mana I nak delete gambar yang tidak sepatutnya dekat sana? Adakah patut diletakkan di dalam Facebook? Best je, then buat album itu 'Only You' supaya orang lain tak boleh tengok dan komen. Ye tak? Tapi, I dah sedia ade Flickr. Tapi sepatah gambar takde sana. 

Kenapa I bosan pada hari ini? Kerja dah hampir disiapkan. Staff dekat office semuanya takde. Termasuklah CC. What to do more? I lah operator telefon, kaunter pertanyaan, penerima surat, pengawal pejabat dan penunggu sebab takde siapa. Di waktu-waktu genting macam ni memang I pun tak suka nak mengular (aktiviti wajib). Kalau tak memang muka I je hari-hari ghaib dari alam pejabat. Bila tang takde orang, susah sikit nanti ape-ape orang akan cari I.

Oleh kerana itulah, banyak entri dah berjaya I siapkan berserta gambar sekali. Impressive! I dapat buat kerja dengan tenang hari ni. Cuma tak sempat nak membaca buku saja. Ada beberapa buah buku yang I sengaja simpan di pejabat untuk waktu-waktu begini. Tapi apakan daya, entri-entri lebih memanggil I untuk digodek. 

Rasa-rasa esok ramai orang tak? I ada aktiviti untuk menyunting gambar-gambar dan dijadikan album lah. Tapi still, belum decide nak sumbat dalam mana. 

Obviously, I memang sedang bosan!

Banyak Berubahnya Pulau Langkawi

Hari 1 (Ahad, 24/2/2013)
Bergerak seawal jam 5.15 am ke LCCT bersama-sama Mama, Ayah, Wanyong dan Wanteh. Berjaya jugak I mengemas kain baju dan beg dalam masa 45 minit. New record! Sampai LCCT terus je check in luggage dan masuk tunggu depan gate dan tepat jam 7.30 am terus flight take off :) Alhamdulillah semua selamat.. Sampai je di Langkawi Airport terus mencari-cari kereta sewa. Disebabkan sewa selama 3 setengah hari dan semuanya 'sihat-sihat' belaka badannya, kami decide untuk sewa Toyota Avanza je terus dengan bayaran RM300. Auto dan senang! Tak payah susah-susah ye... Belum sempat check in hotel, Wanteh dah buat introduction membeli-belah dekat Idaman Suri. Tepat jam 2.00 pm terus I pergi check in kan hotel untuk warga-warga emas yang dah keletihan. Review untuk Citin Hotel, bolehlah tahan cuma bilik kecik memang sesuai untuk tidur berdua. Bila masuk I, Wanteh dan Wanyong memang nampak penuh bilik. Petangnya kami cuma berehat dan Ayah decide nak keluar lepas Maghrib. Malamnya kami ke Haji Ismail Group dan Langkawi Saga pulak sebelum mencari tempat makan di Pantai Cenang. Seronok bukan main Pantai Cenang! Macam dekat Batu Feringghi pulak rasanya *teringat*. Oh ye, sedap ye santapan kami Aliah Seafood.


Big Boss berposing sambil melarang I bersoping hihihi
ni semua pemusnah wallet I ye kawan-kawan
Hari 2 (Isnin, 25/2/2013)
I cuma breakfast Toblerone sekotak dan mereka yang lain breakfast di hotel. Terus ke Dataran Lang, tujuannya untuk bergambar sahaja hehehe. Selepas bershopping ala kadar, proceed pulak journey ke Oriental Village Langkawi untuk naik Langkawi Cable Car. Wow! Banyaknya berubah. I cuma naik dengan Ayah. Makcik-makcik semua gayat katanya. Ok, kitorang berdua dan meluahkan perasaan anak beranak sesama sendiri. Tq Ayah, sebab faham Samani :) Tinggi dan sejuk dan best dan tak berapa adventurous sebab jambatan tu tutup pulak untuk maintenance. Bored! Turun cable car dah pukul berapa, terus balik ke Kuah semula dan lalu di spot menarik di Langkawi. Teringin nak pergi Black Sand Beach tapi terlepas sudahhh! Macam biasa, balik ke Kuah bershopping dan balik hotel untuk mandi manda. Malam kedua ni kami masih berjalan di Pantai Cenang. Kurang menyelerakan makanan pada malam ni..

Big bos, ma'am and aunt :)
Ayah at Gunung Mat Cincang
Ayah at Dataran Lang
Hari 3 (Selasa, 26/2/2013)
Hari terakhir, mulalah I mengaruk nak shopping sakan. Bukan apa takut cokelat semua cair baik beli hari terakhir ni kan :D Pagi breakfast di Kuah dan shopping ala kadar (ehem2!) untuk insan tersayang yang tinggal jauh di Seremban. Sempat jugak rehat di hotel sampai jam 11.45 am kami check out dan terus ke Makam Mahsuri. Wanteh nak sangat pergi katanya. Dah puas bergambar dan makan laksa sedap Warong Mak Andeh, proceed ke Beras Terbakar pulak. Takde pun berasnya... :( yang ade kedai-kedai yang membuatkan I membeli belah. Dan terjumpa rakan UiTM sambil bergelak ketawa. Ciss, dekat KL tak jumpa pun ye! Last, kami lunch + tea time di Pantai Cenang jugak. Hadoi... I kalau datang lagi sekali memang akan stay di Pantai Cenang. Best! Perjalanan berakhir jam 5.00 pm bila sampai di Langkawi Airport dan flight take off tepat jam 7.00 pm. Kesian Wanteh yang tiba-tiba jatuh sakit masa dalam flight dan kena tolak dengan wheelchair untuk keluar.

Menziarah makam :)
Makcik-makcik dah letih bersoping sakan.. di Pantai Cenang
Cheeeeeeeee-eee-eeeeeeeeeeeese!
Terima kasih lagi sekali Waze! Sebab berjaya jadi penunjuk arah yang baik. Ayah pun dah suka dengan Mr.Robert (padahal suara tu perempuan). Hahahahaha! Layannnnnnn~

Al-Fatihah... Makam Mahsuri
Apa yang I dapat hasil dari aliran wang tunai keluar dari wallet : 
Coklat yang banyak untuk diri sendiri seperti Toblerone, Hersheys, Cadbury, Nutella dan D'aim, Tshirt untuk Adik Kak yang tak dapat pergi dan SiDia yang tersayang, keychain untuk semua Wondergirls, coklat jugak untuk office mate dan Bam Gamat untuk diri sendiri juga yang sama function macam Felinna Inchloss Lotion. Muahahaha! 

Sekian karangan excited

Geng Budak SMWM 2

Ohmaiiiii! Keluar dari rumah I dah mula nervous. Gila lama tak jumpa Wan, Haza dan Ayu.. Zaila exceptional case sebab dah jumpa dulu. Berbekalkan Ayam Percik Rasamas dan Ayam Black Pepper Rasamas, I melangkah dengan gagahnya ke Bandar Sg. Long iaitu rumah Haza. Konon berlagak best nak pergi sendiri. Last sekali SiDia call hehehe macam biasa la I kena collaborate sekali jadi co-pilot.

Yang paling selamba, kitorang semua kecuali Lala dah sampai rumah Haza. Security guard report pulak kata tuan rumah takde di rumah. Haih! Biar betul Hazajip ni kang cubit dedua. Dekat 12 lebih jugak pabila semua orang dah kelaparan baru diorang sampai rumah hahaha memang nak kena pukul!

Apa pun memang I happy sesangat dan paling happy bila..... Wawan datang dengan boyfriend! Happy for u! Semoga hubungan kali ni berkekalan ye Wan. Teringin sangat sangat sangat sangat sangattt nak tengok Wan naik pelamin. Pastu beranak comel-comel. I dah pernah merasa dan orang tak berapa nak heran. Lainlah Wan yang selalu buat kontroversi hahaha. Kidding! I happy jugak jumpa Naylie, Muaz, Muiz, Ikha dan Hadif. Bebudak comel!

Dah kenyang beriya, apa lagi kan sesi bergambar dengan pasangan masing-masing. TV hebat Haza jadi camera punya tripod. Terima kasih kawan-kawan. Sayang korang tau! XOXO~


Gamba bukti Lala memasak! Bluwekkk haha
Gamba bukti Lala, Zaza, Wawan, Yuyu, Ninie tgh mamam :D ngeeee

Buah hati <3

Keluarga kecil kita (without Wawan's Partner)

All of us during that day. miss you, guys! 

Melaka, Kota Sejarah

Melaka again! Dengan Mama, Ayah dan Wanyong memang best. Rasa macam budak kecik yang mak pak bawak pergi melancong masa cuti sekolah tau. Sungguh childish, like, "Ma, nak air Milo tu haus la..." "Ayah. boleh ke kalo Wanie nak beli cokelat tu?" Hahaha sangat lah dah lama tak macam ni. Walaupun tak jauh tapi cukup membahagiakan bila dapat membahagian mereka. Tetiba rasa touching ni kenapa yer?

Walaupun tak berjalan ke merata sangat tapi cukuplah ke Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan, yes, dekat KL pun ade shopping complex tapi mungkin nak feel lain kot. Hehehe. Selepas lunch di Talago Biru (if I'm not mistaken about the name of the stall) barulah merayau-rayau. Dengan orang-orang tua takdelah merayau beriya sangat kena fikir sensitiviti mereka mungkin tak larat berjalan dan kami ammbil keputusan nak ke Umbai makan ikan bakar tapi awal lagi. Naik Melaka River Cruise la apa lagi! Yeehaw~ Macam biasa, tembak menembak sikit-sikit. Sambung pulak ke Muzium Maritim. Oh kalau u all tak tau, muzium tu adelah kapal besar yang dekat tengah-tengah area bangunan merah. Cubalah masuk, baru tau macam mana keadaan dalam kapal. Kantoi la Ayah memang suka bergambar. Macam-macam pose. Hehehe. Mama dan Wanyong sibuk bershopping sementara Ayah bawa I masuk muzium. Anak ayah sangat. Terima kasih Ayah sebab belikan meteor tu untuk Wanie.

Destinasi terakhir ialah Medan Ikan Bakar Pernu. Berpusing ke Medan Ikan Bakar Terapung Umbai tapi tak memuaskan hati Wanyong sebab tak sama tempatnya yang beliau pernah pergi. Ohmaiiii, macam-macam makan di Pernu. I tak mau cerita sini sebab I tak dapat terima perut I penuh sangat masa tu. Ikan sahaja 3 jenis, ketam, udang, sotong semua ada. Rasa nak pergi lagi boleh tak???? Rasa nak ajak Hafizi Mohd. Hamiyah pergi makan ikan bakar lah :)

Melaka River Cruise, yaw!

My SUPERHERO, Ayah :)

my air that I breathe, my love, my everything

Ayah again, more pics of him that day :)

Kotak harta karun?????

Hang Tuah, Laksamana Melaka yang mahsyur
Oh sangat dah lama dan beberapa tahun kemudian barulah I upload gambar-gambar di kota sejarah ini. More pics in my external hard disk but will be uploaded in my album, soon. Insya Allah. Sorry, guys! Nanti Samani buat sikit-sikit ye. Hehehe


I Love My Partay Life!

And my party place too, with crazy friends and loud music. Sometimes with my family members and it makes me felt more secure. Of course with my SiDia. Can't leave him behind, ever. He is my bodyguard, my dance partner, my 'pole' and of course my waiter. No one can ever take care of me as good as he did.

Released! When it comes to our party time. We did planned the party, once. But it ended up with terrible problems, here and there. Later than that we learnt something, no plan at all, not more than 20 party people and last minute decision and it works! We always enjoyed the last minute planned and I'm looking forward to enjoy myself again and again.

Joe & Fizi Chillin'
Its happening in here, beybeh!
Dancing is good to boost up my metabolism. I'm sweating like having a shower when I dance. So do other people but they are not 'showered' like I do. Its good for my diet program, dance is included! One more thing, the confident level also goes up to the maximum when you dare, I dare, she dare to wore appropriate party attire. I'm sure u get what I mean.

This party life will be remembered. Gonna party all the way in my entire life. But surely it will flow consistently through my age well. Is it okay to wear a mini-skirt when I'm already 50? My promise, gonna quit soon, when the time is come :) 

Rootz, rockx! 

RM5,000 Sahaja?

Berbaloikah dengan keperitan dan kesengsaraan pasangan yang menderita akibat dari orang ketiga? Ye mungkin denda tidak lebih dari RM5,000 dan penjara selama 3 tahun atau keduanya sekali hanyalah harga si penumpang kasih pada hak orang lain. 

Asalkan ada inisiatif dari pihak berkuasa untuk membendung amalan rakyat Malaysia tak kira sang suami atau isteri yang mempunyai SKANDAL. Sepatutnya sudah lama ianya berkuatkuasa supaya dapat mengubati hati kecewa dan terluka akibat dikhianati, dicurangi.

I dengar berita ini di radio awal pagi, hanya itu waktu I dapat membahagiakan halwa telinga. Tapi bila dibaca balik laporan akhbar di myMetro ianya hanyalah "atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami"... Adakah ini bermaksud untuk wanita yang bersuami sahaja? Bagaimana ye dengan wanita yang suaminya dirampas? Oh, kita selalu terlupa, lelaki dibolehkan untuk berpoligami.

Tak ada apa untuk dikomen berkenaan dengan berita ini. Semuanya sama saja. Yang dah lepas tetap sudah berlalu. I tetap bahagia dengan kehidupan sekarang. Tanpa ada sengketa, indah semuanya dan mengabaikan sejarah hitam yang lalu. Hanya pengajaran yang dapat dijadikan tauladan dalam hidup.

Bagi yang bakal berkahwin dan yang baru mendirikan rumahtangga, keimanan adalah elemen paling penting dalam sesebuah hubungan antara manusia dengan manusia (Habluminannas) yang ditunjangi oleh hubungan manusia dengan Allah (Habluminallah). Kalau elok hubungan kita dengan Allah maka baiklah hubungan kita sesama manusia. 

Bercakap sebagai seseorang yang telah melalui hanya ujian Allah yang 'kecil' di muka bumi ini, bersabarlah dan bertenanglah dengan segala dugaan. Jangan menabur kebencian di dalam hati kerana ianya akan merosakkan diri kita sendiri. Orang yang kita benci mungkin sedang berbahagia, mengapa kita nak bermuram durja? 

Renung-renungkanlah wahai adik-adik, kakak-kakak dan saudara-saudara sesapa Muslimah ku...

Wednesday, March 27, 2013

Life Unexpected

Meet my favourite TV series, LIFE UNEXPECTED. Meet also Baze (the handsome quarterback), Cate (beautiful co-host of a radio) and Lux (errr..Bug's girlfriend). 

One 'happy' family :)
We cannot expect life to be great, to be perfect, to be what we want to be. This is the lesson I've got from this series. We aimed to get something great, big but sometimes we can't aimed too high or the dream will lead us to frustrated. And I learnt from Baze and Cate that once I did wrong, I can't even turned back the time that I had faced. All the screwed was always a screwed, until you realized that not everyone can be lucky as you. Gosh, I've got so many things running here in my head about this series. I'm so over-excited when watching Life Unexpected. 

Baze's Dad wants that, Baze's Mom wants this, Cate's Mom was married with 5 men before and Cate's sister had something in her mind. What abput Lux? She's just 15 and she had been survived for her whole life. Now she's having her parents back and she had to adapt with the situation to believe that she has a family.

Its important to be firm on your decision. Its also important to be yourself without hurting anyone's feeling especially your family. Everyday you have to learn on new things that so called, LIFE. Do watch LIFE UNEXPECTED to learn on how to expect less in order for you to gain more in life. Nice series, I'm looking forward to have all the episodes for me to add it as my personal collection.

May Allah Bless You Always, Satasah

Tasha, you are Zafril's wife now! Quit all the craziness behind and start your new life. I'm happy for your wedding, you are not really alone now, though. You have someone to hold back while you are sleeping, you have someone watching you when you woke up every morning and you have someone's care when you are sick. The sacred relationship is belongs to you now, my dear Satasah :) No, I ain't cry on your wedding day but I'm crying now while typing these messages.

my beautiful Tasha and her husband, Zafril
We shared almost everything since 1982, which is the year we were born. We grew up together and we played the same game when we went to Opah's place during we were just a small kids. We live in our own dream when we ride on swings, sliding on the slide and run through the field at playground. Not only that, we slept on the same pillow and shared the same blanket. We ate together when we were hungry and our mom ask us to showered together, but, we were playing with foams. What a memories...

During our teenagers, we shared our party life together! I even wore Tasha's clothes and she wore my accessories. I knew all her boyfriends, so do Tasha. We laughed when stupidity came across our mind. I don't have good voices as Tasha, until she went to the audition, I was there giving her support, but she failed then but it was not the end. We were like sisters. So do, Nalynn, who took care of us well, as she is our big sister, till now, till eternity. Nothing can do us part, no one. 

I always pray for Tasha and Zafril, same goes to Nalynn and Aziz happiness in this world and hereafter. I'm happy whenever they are happy and I'm crying with them when they are sad or down. I hope Tasha is reading this although I know she's not. It's ok I'll just keep it to myself..

Dear Tasha,
Always remember my dear, when you do good things to people, especially to your family, it will come back to you. After all your prays, sacrifices, you deserves him and he suits you well, too. Allah wants you to afar from any suffering, enough for 30 years, you'll get a better life now. Be a good wife to Zafril, he needs you to be his other half, to be the mother of his kids. Get pregnant as fast as you both can, ok? I can't wait to see your baby. They might sweet as both you. Take a good care of your marriage and yourself as well. Obey your husband and trust me, don't ever fight with your in laws, its not good. Be patient, in case of there are hurdles in front of you, think smart but when you are about to fall off the cliff, remember to grab the rope and it will save you. As always, I will always be your rope, forever. I don't want you to fall. Just call me and I'll pull you off from falling. As long as I'm still alive in this world ;) I am sorry for what I have done wrong to you, I'm having my adulthood process, to be me now, to be your twin sister forever.

We were twins during our childhood, same face but different size :D hahaha
I LOVE BOTH YOU, SISTERS - my family, my life, my bittersweet...everything..

Now I know what is Tasha's feeling when I left her 5 years ago with my 'prince-charming-in-a-handsome-mask-but-have-black-heart-inside'... I feel alone now, thanks to my dear Hafizi for being there for me always but I still miss Tasha :'( 


Pernikahan Kak Long

Tahniah sepupuku, Sharina! Nama manja yang kami sekeluarga panggil Kak Long je. Dalam adik beradik Ayah, I adalah cucu pertama Tok Chah dan Arwah Tok Wan. Dan Kak Long adalah cucu kedua. Beza kami 2 tahun dan Kak Long menamatkan zaman anak daranya pada 22 Mac 2013 yang lepas di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati. Memang berbeza dan pertama kali dalam sejarah hidup I tengok seorang adik menikahkan kakaknya.. Iye, Pak Ngah dah meninggal tahun lepas. Azwar sebagai Bang Ngah menikahkan sendiri Kak Long dan... I sangat touching bila tengok walaupun ahli keluarga mereka yang lain relax je. Tapi di hati....

Dekat sini ade beberapa keping gambar pernikahan Kak Long dan suami tercinta. Mana taknya, I dari Seremban dengan office ade gotong-royong terus bergegas ke Taman Melawati untuk majlis selepas Asar. Tak sempat nak grab camera merah sayang mucuk-mucuk tu. 

Kak Long yang disayangi,
Semoga perkahwinan ini diberkati Allah SWT sehingga ke syurga, 
Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah,
Dilimpahi rezeki dan dipermudahkan segala urusan rumahtangga, 
Jadilah isteri yang solehah dan menghormati suami,
Jadilah Ibu yang mithali kepada anak-anak kelak,
Semoga perkahwinan ini dijauhkan dari anasir-anasir jahat,
Insya Allah....


Kata-kata pakcik jurunikah ni menusuk di hati :'(
Bang Ngah dan bakal abang ipar
Selamat Pengantin Baru!
Sweet :)

Tuesday, March 26, 2013

Cubaan Berdiet Secara Gemilang

Azam tahun ni terbabas. Berat I tak turun langsung pun. Naik macam hape tah! Samani, dah berapa bulan ni yang. Tasha's solemnization was held on March 23rd and her reception is on April 6th. Oh maiiii, I should stop my eating habit and go buy some corset or girdle or whatever to cover up my FATS! This is very bad. I nak sambung makan Xenical tapi risau dengan keadaan diri. Rasanya takpe kot sebab bila stop 2 atau 3 hari Xenical maka tiadalah najis-najis minyak menyelubungi punggung suci hahaha.

For the time being I cuba berdiet sendiri tanpa apa-apa supplement mengganggu. Pagi dengan jayanya I amik heavy breakfast, like this morning my breakfast was fried rice with chicken and I took Anlene for my drink. Kind of hungry after a few hours but I managed to control it. In the afternoon I only took Mee Goreng Segera Ibumie which is NOT GOOD for our health. I wanted to take some fruits but Ayah was eating nangka this afternoon and I can't have it. Ok, I saw papayas inside the fridge.

I sepatutnya bersenam petang ni tapi desakan tugas memaksa I untuk memendam rasa untuk aerobic di Tepian Gelanggang, Paroi. Oh ye, pada beginner yang malu-malu dan segan-segan nak pergi sorang ke Tepian Gelanggang dan tak tau jam berapa selalunya mereka start melompat, waktunya seperti ketetapan berikut : Isnin, Rabu dan Jumaat akan berlangsung jam 6.00 petang manakala Selasa akan diadakan malam jam 9.00 malam dan hari minggu I tak tau sebab tak pernah bangun awal :D dengar cerita weekend mereka aerobic pagi. If I'm not mistaken ye girls :)

I also found something new, its all about the Zumba Class by Kak Eija of JKR. Sebenarnya kakak ni memang mengajar aerobic since zaman sebelum I further study about 4 to 5 years ago. Lepas I study terus hilang ingatan dah tak pergi ke kelas kakak ni dan tiba-tiba dia menjadi satu opis dengan I, apalagi...! Bertubi-tubi soalan I tanye pasal kelasnya. I berminat! 

Jom kita tengok ada apa-apa perubahan tak nanti :) I dah tak larat dengan baju yang ketat di bahagian hips dan lengan. I dah tak larat nak mengah bila naik tangga di office. Tuhan... tolong.... Serius ni.

Wednesday, March 13, 2013

RSVP : Hadir Kursus di Kementerian

Setiap penjawat awam adalah diwajibkan menghadiri sekurangnya 7 hari berkursus untuk dicatatkan dalam Sasaran Kerja Tahunan. Bermulalah kursus I untuk tahun ini. Jadilah 3 hari kan. Nanti pergi yang lain pulak. Tapi I nak pergi dekat-dekat aje nanti kesian Sayang I tinggal Seremban kesepian hihi.

Ini kali kedua I menghadiri kursus berkaitan stor yang merupakan tugas harian I. Pertama kali pada tahun lepas di INTAN Wilayah. 4 hari juga sebab sekali dengan lawatan ke Stor JPJ Putrajaya. Siap ada Bilik Simulasi tu yang best. Kira macam buat kerja betul- betul. Banyak kerja berkumpulan dan ramai kawan dari jabatan dan kementerian lain dapat I kenal. Seronok sebab rasa macam rapat dengan mereka semua.
Kali ni I menghadiri lagi Kursus Pengurusan Stor dan Inventori Yang Berkesan anjuran Kementerian Kerja Raya Malaysia. Pegawai dah arahkan, I memang kena pergi. Takpelah 3 hari saja 12 hingga 14 Mac 2013 di Kementerian Kerja Raya Malaysia. Pertama kali I jejakkan kaki di bangunan kementerian selalunya dengar disebut-sebut je. Besar dan banyak tingkat! Wisma Negeri ada 5 tingkat sahaja muahahaha.

Semoga 3 hari yang penuh dengan ceramah dan makan-makan ni akan membawa pembaharuan dalam tugas I kelak. Banyak lagi perlu I belajar dan Insya Allah akan diimplementasikan dalam tugasan harian I nanti.
Terima kasih, Sayang sebab tolong hantar I pagi dan jemput I petang di Wisma Negeri sebelum I menaiki Pajero untuk ke Kuala Lumpur bersama pemandu jabatan pulak. Mengantuk!!!!

3 hari punya journey 
Ye, ye I orang Gomen and I'm proud :)

Monday, March 11, 2013

RSVP : Hadir Hari Bahagia Tasha

Kad dah dapat, kain dah beli, baju dah tempah, bachelorette best giler dan orang yang makin nervous ialah I. Kenapa nak nervous sedangkan I hanya seorang 'maid of honor' aje. Nampak sangat dekat situ I paling excited kerja-kerja kahwin ni. Honestly I memang suka kerja nak kena cari pelamin, catering, baju cantik-cantik, hantaran dan kad kahwin. Sangat rugilah seorang manusia yang melepaskan persiapan perkahwinannya 100% diuruskan oleh wedding planner maupun orang lain. Tak puas!

I dah tempah baju untuk reception Tasha di Shah Alam pada 6 April 2013. Tapi hari pernikahan Tasha yang dekat Seremban pada 23 Mac 2013 belum lagi I decide nak pakai baju apa. Guna yang dah sedia ada saja. Kalau boleh nak sedondon dengan SiDia baru matching kan :)

I memang excited dengan wedding ini ye. Sebabnye Tasha ni kategori sepupu rapat I dan kitorang dari kecik memang dah bersama buat baik ke buat jahat ke buat gila ke. Hahahaha. Semua benda sama-sama. Eventhough masa majlis I dulu pun Tasha bersama susah payah dengan I jadi maid of honor jugak.

Dekat rumah Wanteh semua dah busy. Kad tengah diedarkan, doorgifts semua tengah dibalut-balut dan tailor Tasha pun tengah jahitkan beads bajunya. I akan menghadiri kedua belah majlis. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Sengaja entri ni takmau I letak any pictures sebab nanti marah pulak pengantin sebab tak surprise kan :)

Apakah akan ada majlis lagi untuk I? #mukamerahpadam hahaha datanglah kegedikan I tuh!

Sayang, You Are 31 Already!

Happy birthday to you, Sayang. U are getting old now! But 31 is just a number. Its about our love grew stronger each day is matter for us now. I believe there is maturity in u that can gain my trust towards u. Allah always give us the best and I pray that u are always be my best friend, buddy, other half, brother and love. I don't wanna lose u, indeed.

I wish the very best of u, Sayang. In life and hereafter. 

I'm sorry for not throwing u a party or giving u expensive things but I'm sure u will always feel the love that I give to u and u are gonna have it on your entire life, that is my promise to u. 

Happy birthday to u! -06032012- 




Friday, March 1, 2013

RSVP : The Wolf Is Back!


GOING! But we haven't decide to go on what day. This time the duration is shorter and the time is limited until 9.00 pm only :( How could they do this to me, who love books much more than my brother hahahaha. There a few books I would like to have and the lower prices are making me crazy now. 

I hate this picture!

This one also!
I'm running out of words while seeing these pictures I've got from The BBW Facebooks Page. Go home people to your family, give me the chance to grab those books too!