Setiap penjawat awam adalah diwajibkan menghadiri sekurangnya 7 hari berkursus untuk dicatatkan dalam Sasaran Kerja Tahunan. Bermulalah kursus I untuk tahun ini. Jadilah 3 hari kan. Nanti pergi yang lain pulak. Tapi I nak pergi dekat-dekat aje nanti kesian Sayang I tinggal Seremban kesepian hihi.
Ini kali kedua I menghadiri kursus berkaitan stor yang merupakan tugas harian I. Pertama kali pada tahun lepas di INTAN Wilayah. 4 hari juga sebab sekali dengan lawatan ke Stor JPJ Putrajaya. Siap ada Bilik Simulasi tu yang best. Kira macam buat kerja betul- betul. Banyak kerja berkumpulan dan ramai kawan dari jabatan dan kementerian lain dapat I kenal. Seronok sebab rasa macam rapat dengan mereka semua.
Kali ni I menghadiri lagi Kursus Pengurusan Stor dan Inventori Yang Berkesan anjuran Kementerian Kerja Raya Malaysia. Pegawai dah arahkan, I memang kena pergi. Takpelah 3 hari saja 12 hingga 14 Mac 2013 di Kementerian Kerja Raya Malaysia. Pertama kali I jejakkan kaki di bangunan kementerian selalunya dengar disebut-sebut je. Besar dan banyak tingkat! Wisma Negeri ada 5 tingkat sahaja muahahaha.
Semoga 3 hari yang penuh dengan ceramah dan makan-makan ni akan membawa pembaharuan dalam tugas I kelak. Banyak lagi perlu I belajar dan Insya Allah akan diimplementasikan dalam tugasan harian I nanti.
Terima kasih, Sayang sebab tolong hantar I pagi dan jemput I petang di Wisma Negeri sebelum I menaiki Pajero untuk ke Kuala Lumpur bersama pemandu jabatan pulak. Mengantuk!!!!
3 hari punya journey |
Ye, ye I orang Gomen and I'm proud :) |
No comments:
Post a Comment