Nuffnang Ads

Wednesday, March 27, 2013

Pernikahan Kak Long

Tahniah sepupuku, Sharina! Nama manja yang kami sekeluarga panggil Kak Long je. Dalam adik beradik Ayah, I adalah cucu pertama Tok Chah dan Arwah Tok Wan. Dan Kak Long adalah cucu kedua. Beza kami 2 tahun dan Kak Long menamatkan zaman anak daranya pada 22 Mac 2013 yang lepas di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati. Memang berbeza dan pertama kali dalam sejarah hidup I tengok seorang adik menikahkan kakaknya.. Iye, Pak Ngah dah meninggal tahun lepas. Azwar sebagai Bang Ngah menikahkan sendiri Kak Long dan... I sangat touching bila tengok walaupun ahli keluarga mereka yang lain relax je. Tapi di hati....

Dekat sini ade beberapa keping gambar pernikahan Kak Long dan suami tercinta. Mana taknya, I dari Seremban dengan office ade gotong-royong terus bergegas ke Taman Melawati untuk majlis selepas Asar. Tak sempat nak grab camera merah sayang mucuk-mucuk tu. 

Kak Long yang disayangi,
Semoga perkahwinan ini diberkati Allah SWT sehingga ke syurga, 
Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah,
Dilimpahi rezeki dan dipermudahkan segala urusan rumahtangga, 
Jadilah isteri yang solehah dan menghormati suami,
Jadilah Ibu yang mithali kepada anak-anak kelak,
Semoga perkahwinan ini dijauhkan dari anasir-anasir jahat,
Insya Allah....


Kata-kata pakcik jurunikah ni menusuk di hati :'(
Bang Ngah dan bakal abang ipar
Selamat Pengantin Baru!
Sweet :)

No comments:

Post a Comment