Nuffnang Ads

Thursday, March 28, 2013

Melaka, Kota Sejarah

Melaka again! Dengan Mama, Ayah dan Wanyong memang best. Rasa macam budak kecik yang mak pak bawak pergi melancong masa cuti sekolah tau. Sungguh childish, like, "Ma, nak air Milo tu haus la..." "Ayah. boleh ke kalo Wanie nak beli cokelat tu?" Hahaha sangat lah dah lama tak macam ni. Walaupun tak jauh tapi cukup membahagiakan bila dapat membahagian mereka. Tetiba rasa touching ni kenapa yer?

Walaupun tak berjalan ke merata sangat tapi cukuplah ke Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan, yes, dekat KL pun ade shopping complex tapi mungkin nak feel lain kot. Hehehe. Selepas lunch di Talago Biru (if I'm not mistaken about the name of the stall) barulah merayau-rayau. Dengan orang-orang tua takdelah merayau beriya sangat kena fikir sensitiviti mereka mungkin tak larat berjalan dan kami ammbil keputusan nak ke Umbai makan ikan bakar tapi awal lagi. Naik Melaka River Cruise la apa lagi! Yeehaw~ Macam biasa, tembak menembak sikit-sikit. Sambung pulak ke Muzium Maritim. Oh kalau u all tak tau, muzium tu adelah kapal besar yang dekat tengah-tengah area bangunan merah. Cubalah masuk, baru tau macam mana keadaan dalam kapal. Kantoi la Ayah memang suka bergambar. Macam-macam pose. Hehehe. Mama dan Wanyong sibuk bershopping sementara Ayah bawa I masuk muzium. Anak ayah sangat. Terima kasih Ayah sebab belikan meteor tu untuk Wanie.

Destinasi terakhir ialah Medan Ikan Bakar Pernu. Berpusing ke Medan Ikan Bakar Terapung Umbai tapi tak memuaskan hati Wanyong sebab tak sama tempatnya yang beliau pernah pergi. Ohmaiiii, macam-macam makan di Pernu. I tak mau cerita sini sebab I tak dapat terima perut I penuh sangat masa tu. Ikan sahaja 3 jenis, ketam, udang, sotong semua ada. Rasa nak pergi lagi boleh tak???? Rasa nak ajak Hafizi Mohd. Hamiyah pergi makan ikan bakar lah :)

Melaka River Cruise, yaw!

My SUPERHERO, Ayah :)

my air that I breathe, my love, my everything

Ayah again, more pics of him that day :)

Kotak harta karun?????

Hang Tuah, Laksamana Melaka yang mahsyur
Oh sangat dah lama dan beberapa tahun kemudian barulah I upload gambar-gambar di kota sejarah ini. More pics in my external hard disk but will be uploaded in my album, soon. Insya Allah. Sorry, guys! Nanti Samani buat sikit-sikit ye. Hehehe


No comments:

Post a Comment