Nuffnang Ads

Thursday, March 28, 2013

RM5,000 Sahaja?

Berbaloikah dengan keperitan dan kesengsaraan pasangan yang menderita akibat dari orang ketiga? Ye mungkin denda tidak lebih dari RM5,000 dan penjara selama 3 tahun atau keduanya sekali hanyalah harga si penumpang kasih pada hak orang lain. 

Asalkan ada inisiatif dari pihak berkuasa untuk membendung amalan rakyat Malaysia tak kira sang suami atau isteri yang mempunyai SKANDAL. Sepatutnya sudah lama ianya berkuatkuasa supaya dapat mengubati hati kecewa dan terluka akibat dikhianati, dicurangi.

I dengar berita ini di radio awal pagi, hanya itu waktu I dapat membahagiakan halwa telinga. Tapi bila dibaca balik laporan akhbar di myMetro ianya hanyalah "atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami"... Adakah ini bermaksud untuk wanita yang bersuami sahaja? Bagaimana ye dengan wanita yang suaminya dirampas? Oh, kita selalu terlupa, lelaki dibolehkan untuk berpoligami.

Tak ada apa untuk dikomen berkenaan dengan berita ini. Semuanya sama saja. Yang dah lepas tetap sudah berlalu. I tetap bahagia dengan kehidupan sekarang. Tanpa ada sengketa, indah semuanya dan mengabaikan sejarah hitam yang lalu. Hanya pengajaran yang dapat dijadikan tauladan dalam hidup.

Bagi yang bakal berkahwin dan yang baru mendirikan rumahtangga, keimanan adalah elemen paling penting dalam sesebuah hubungan antara manusia dengan manusia (Habluminannas) yang ditunjangi oleh hubungan manusia dengan Allah (Habluminallah). Kalau elok hubungan kita dengan Allah maka baiklah hubungan kita sesama manusia. 

Bercakap sebagai seseorang yang telah melalui hanya ujian Allah yang 'kecil' di muka bumi ini, bersabarlah dan bertenanglah dengan segala dugaan. Jangan menabur kebencian di dalam hati kerana ianya akan merosakkan diri kita sendiri. Orang yang kita benci mungkin sedang berbahagia, mengapa kita nak bermuram durja? 

Renung-renungkanlah wahai adik-adik, kakak-kakak dan saudara-saudara sesapa Muslimah ku...

No comments:

Post a Comment