Segala data-data, draft-draft, gambar-gambar KIV bagi blog I ni telah selamat diedit dan di upload bersama ceritanya sekali. Tak tinggal satu pun. Tak bagi chance langsung. Cuma photo blog belum di update. Tak tau nak guna ape. Kalau zaman dahulu kala, cuma Multiply yang menjadi pilihan hati. Senang je upload sana dan delete terus dari pendrive. Masalah melanda, password boleh lupa ye! Macam mana I nak delete gambar yang tidak sepatutnya dekat sana? Adakah patut diletakkan di dalam Facebook? Best je, then buat album itu 'Only You' supaya orang lain tak boleh tengok dan komen. Ye tak? Tapi, I dah sedia ade Flickr. Tapi sepatah gambar takde sana.
Kenapa I bosan pada hari ini? Kerja dah hampir disiapkan. Staff dekat office semuanya takde. Termasuklah CC. What to do more? I lah operator telefon, kaunter pertanyaan, penerima surat, pengawal pejabat dan penunggu sebab takde siapa. Di waktu-waktu genting macam ni memang I pun tak suka nak mengular (aktiviti wajib). Kalau tak memang muka I je hari-hari ghaib dari alam pejabat. Bila tang takde orang, susah sikit nanti ape-ape orang akan cari I.
Oleh kerana itulah, banyak entri dah berjaya I siapkan berserta gambar sekali. Impressive! I dapat buat kerja dengan tenang hari ni. Cuma tak sempat nak membaca buku saja. Ada beberapa buah buku yang I sengaja simpan di pejabat untuk waktu-waktu begini. Tapi apakan daya, entri-entri lebih memanggil I untuk digodek.
Rasa-rasa esok ramai orang tak? I ada aktiviti untuk menyunting gambar-gambar dan dijadikan album lah. Tapi still, belum decide nak sumbat dalam mana.
Obviously, I memang sedang bosan!
No comments:
Post a Comment