Nuffnang Ads

Tuesday, April 29, 2014

Cerita Bukit Broga

Arghhh! Dah berapa post entry untuk hari ni? Ala muntah sendiri-sendiri je sebab sendiri yang baca, bukan ada audience sangat kan. So, apa ada hal nak tulis 100 entry sehari pun. Punyelah banyak idea sampai seratus tu. Yang itu karut. Habis dah cerita lain, nak sembang pasal Bukit Broga pulak. Hello, yang dah otai naik Broga jangan eksen sini ye, I cerita untuk tujuan newbies macam I le. Baru 2 ke 3 kali naik kira newbies la kan. Sebagai panduan bersama.

Blanje satu gambar dulu
Introduction, sediakan kelengkapan secukupnya untuk naik Broga. Pakaian kena sesuai, jangan main redah je pakai selipar kalo pertama kali naik tu. Kadang-kadang kita rasa senang sebab orang bercerita tapi kita kena tau yang dalam dunia tak ada benda senang ye. Pakai kasut sesuai, baju cotton serap peluh. First time maaaa, mesti berlunyak punya! Beg pun yang sesuai untuk bawak air, makanan dan tit-bits bila dah sampai atas nak makan-makan. Potluck boleh jugak. Bagi yang kurang berkemampuan atas faktor usia, bawaklah stick masing-masing. Kot takde tempat berpaut, adalah jugak tempat nak berpegang. Untuk makluman, dekat atas nanti takde pokok jurai-jurai lebat daunnya untuk dijadikan tempat berlindung, silalah bawak topi, untuk mereka yang tak tahan panas nanti muka Snow White tu jadi sunburn pulak. Yang kulit tak tahan mentari siap-siap pakai sunblock dan sunglasses, sunshades bagai semua tu jangan lupa.

Tengok brader ni sempoi dengan pakaian yang selesa sangat
Hehehehe
Tempoh perjalanan pulak, depends pada kemampuan kumpulan kita. Kalau ada yang tak larat mesti berhenti-henti. Makan masa jugak. Tapi kalau normal dalam 45 minit boleh la kot. Kalau advance berlari tu I tak pernah experience pun sebab badan boyak nak lari mende kan. Muahaha. Ok back to track, it depends on you guys when is the best time to start your journey. Ada yang memilih untuk naik seawal jam 6.00 am, boleh tengok sunrise katanya dan sebelum panas dah boleh turun bawah. Kena bawak celait (lampu picit atau torchlight, ni bahasa Nismilan) kalau tak memang gelap bang, tersungkur awak nanti. So far, yang I biasa naik jam 6.45 am dan 7.00 am lebih sebab tak mau jalan dalam gelap. Terjeghongkang nanti yong! So, budget sendiri lah timing nak gerak dari rumah jam berapa kalau nak sampai ke parking bawah tu jam berapa-berapa. Kalau dari Seremban, ikut jalan Lenggeng (jalan baru I tau ni kalau tak ikut Mantin dan Beranang dan bla bla bla, thank you Apet, Buyot, Haziq bawak jalan paling dekat yang akak tau) dalam 40 minit gitu. Dari KL, ikut Lekas dan Semenyih, ada dalam sejam kot. Entahlah, lupa! Hahaha. Refer dekat Waze la kan power :D
Haaaa camnilah trek dia. Sempoi brader ni joging kan.
Kereta jangan risau, boleh parking dalam kawasan kebun kelapa sawit yang dijaga seorang leng chai di gate depan dan dia akan collect RM2 setiap kereta dan diberikan resit. Parking adalah banyak dan bersepah-sepah. Kalo kereta kental dan jiwa kebal boleh je parking luar kawasan kebun kelapa sawit secara percuma di tepi jalan, kalau kena sapu dengan kenderaan lain sendiri mau ingat. I cakap je la! Mintak dijauhkan hehehe. Motor I tak pasti berapa kadar bayaran. Kalau nak jimat RM2 silalah car pool dan naik kereta semaksimum penumpang yang boleh.

Saje nak tunjuk.. Ni lah tempat parking. Tapi kan, hensem pulak I time ni
Kan?
Untuk gegerl only, sila buang air siap-siap. Besar ke kecik ke. Sebelum masuk ke simpang nak ke Nottingham University ada la Petronas tapi macam kami dari Seremban masuk dari Lenggeng, kena lah cari Masjid berhampiran untuk tumpang toilet. Dalam parking di kawasan kebun kelapa sawit tu ada tandas tapi standard KLCC punye gred la. Tandas ni baru buat, bayaran RM1 SEKALI MASUK (saja highlight, nanti u all jangan buat-buat terkejut bila budak tu mintak duit). Memang bersih tapi lampu takde. Kalau seram-seram ubi sila masuk berdua la. Ini option yang ada untuk gegerl macam kita ni. Kalau boboiboi semua leh pancut dengan tenang dekat mana senang kot.
Inilah rupa tandasnya. RM1 SAHAJA :)
Itu je nak cerita panduan ke Bukit Broga. Untuk yang dah berjaya naik dengan selamat, Alhamdulillah, nanti boleh naik lagi. Untuk pertama kali, first-timer, newbies, sila baca panduan di atas. Bawak air banyak, bila tak larat je minum basahkan tekak. Jangan push diri ye. Buat relax je. Jangan cuba nak compete dengan uncle atau auntie yang dah tua tapi naik dengan laju tak berhenti-henti. Lain hongap orang dah biasa dengan orang kurang biasa. 
Hebat brader ni, dia naik Broga dengan mata rabak tak cukup tidur. Kehkehkeh
Akhir sekali, marilah kita melayani gambar-gambar hebat yang I belanja sikit dari Geng Singlet Pulau. Peringatan, gambar pemandangan takde sebab kami lagi suka selfie dengan monopod. Bahaha!
Nasib baik korang sporting kalau tak akak tak bagi coki-coki muahaha~
Tengok,.. mane de gambar pemandangan :D

RSVP : Attending Dance Marathon

Of course, tiket dah beli untuk kami bertiga. Kali ni I akan pergi dengan Kecik dan Put sahaja. Yang lain belum bagi jawapan pasti. Yang penting 3 tiket ni dah dalam tangan. Nak tau dekat mana dan bila? I pernah post gambar tu tapi mehlah I post lagi sekali.

Jom! 
Semangat sikit bila Kecik dengan Put nak join. Kalau tidak Qma, kawan zaman kolej I pun nak pergi tapi ada komitmen lain. Eh kali ni pergi takkan nak kena beli baju baru. Hari tu beli seluar. Muahahaha! Jahat la... Jahat! Serius kena tengok barang baru ni. Kot-kot la berkenan. Hari tu target nak beli kasut tapi belum pergi buat risikan dan siasatan lagi pattern mana yang nak beli. Amboi, semangat kemain!

Tapi event ni terbuka untuk semua. Lelaki pun boleh. Adakah I akan memaksa Sayang untuk dance sekali?? Rasanya, biarlah Sayang lepak dengan Abang Bas je nanti. Sementara sang isteri-isteri sibuk melayan jiwa groove. Hahaha. 18 Mei 2014 ye kita jumpa dekat sana :)

Terasa Diri Gagah Perkasa

... tapi lepas tu pitam seminggu hahaha! Sebabnya, umur dah 32 tahun (coming soon on October, I want iPhone!) tapi terasa macam 23 tahun. mana boleh tahan. Bak kata Sayang, memang rasa mampu tapi badan tu dah meraung-raung. Dari kepala sampai ke kaki. Tipu lah kalau korang kata korang power bebenor. Please, continue reading this blog entry. The mystery of body aching will be solved. Ceh!

Sabtu, 26 April 2014

Ligat berzumba. 120 minit non stop. Itu pun ada ngelat sikit sebab berenti minum air. Bangun seawal pagi macam hari bekerja. Drove for return journey Seremban-Putrajaya dalam keadaan jam pulak tu masa balik. Tak mau cerita panjang sebab boleh baca dekat sini cerita Zumba.

Petang harinya, sampai Seremban terus tidur sekejap. Nap apekemendenye sampai Maghrib. Lepas bangun rasa badan kuat je. Cewah... Akal nak ke KOMBES Paroi dalam poket je ni. Buat-buat tanya Sayang jadi ke dia tengok perlawanan akhir Liga Lykos. Dia jawab YA aje terus ligat I tukar kulit baju sukan balik. Weeehuuuu! Senamrobik pun I terpaksa buat ala kadar sebab perasaan mamai-mamai tu ada lagilah (padahal dah letih tu pagi tadi dah terluncat-luncat).

Habis cerita senamrobik di KOMBES, singgah minum di Paroi Jaya dengan kawan-kawan Sayang. Amboiii, planning power jugak kan birthday Syahmie nak pergi karoke. Boleh tahan u ni Sayang muahaha padahal hati sendiri pun meronta tak tahan dah lama tak pegang mikrofon. Last pun dekat Superstar, KL Festival City. Best gak situ kan! Haaaa karaoke sembang nak nyanyi 2 jam je. Pandai-pandai bebudak ni add on 1 jam lagi. Kesimpulan, sampai rumah jam 4.15 am.

Ahad, 27 April 2014

Memang dah planning awal untuk naik Broga pada pagi Ahad. Dapat lah tidur sejam setengah. Bunyi alarm terus bangkit. Rupanya budak Buyot dengan Apet tak tidur lepas balik karoke! Bila WhatsApp Buyot terus dia reply. Bagus bertuah punye budak. Nasib korang muda, kalo baya ahkak, pengsan. Muahaha. Serius, sampai dekat parking Broga dalam jam 7.10 am dan terus naik je. Bayangkan... Selepas berzumba dan aerobic dengan selambanya ke karaoke. Tidur ala kadar tak nyenyak pun dah touchdown puncak Broga. Selamba! Turun dari Broga dalam jam 9.30 am jugak. Isi perut dulu dik, ahkak lapor. Kang ahkak makan engkorang.

Nampak lakonan cemerlang yang pakai spek itam tu. Tengahari terus flat muahahahaha!
LBC tu ape? Sila tanya presiden :)
Turun Broga ingat terus balik ke? No way, u are wrong. Kitorang detour balik route dari Lenggeng terus ke Bukit Tangga. Jeram Toi sepam dua lah pulak. Baju memang dah standby bawak nak bermandi manda. Perghhhh! Sejuk ayornye! Tapi puas, air dia deras lepas tu hasil dari latihan di Broga kitorang gunakan untuk panjat tangga Jeram Toi. Grrrrrrrrrr.

We managed to reach home at 1.15 pm and the rain poured heavily. Tengok tilam dan bantal terus keghairahan nak tido naik maximum level. Gila kan! Tak jadi ke kenduri, kejut Sayang takde respon. Kena berlapar dan sambung tidur dalam keadaan hujan lebat sejuk best ngantuk. Pakej. Ermmm nasib baik.tak pergi Seremban 2 petang tu untuk aerobic lagi muahaha.

I dan Sayang sungguh abnormal! Perasan diri gagah perkasa padahal dah tau takat geli-geli gelak je. Help me, Sayang, minggu ni bagi I cheat day la ek. Tapi dengar cite, Khamis ni nak ke Broga lagi. Itupun kalau kaki Sayang yang bengkak sebab terpelecok tu dah ok. Kalau tak memang duduk rumah, tidur, sengih sesama sendiri dan tidur lagi. Phew! 

One Big Happy Family

Hey-ho! Baru sudah habis baca. It took me about couple months to finish reading 'em. Should I said it as couple months or a half-year reading? Hahaha busy, tak sempat nak baca. Lagipun commitment sebagai seorang isteri membantutkan usaha menghabiskan pembacaan. Duhhh~

The book consists of few short stories from few contributors that wrote about them, about their stories. Nama pun One Big Happy Family. All the stories are about issues regarding families. Grrrrrreat one! Try to read 'em. U will be like, "...ooowwwhhh.. Like that... Ermmmm no wonder... Really? Impressive..!"

Ini bukunya, picture from Google :)
The story that caught my attention is about the equality for each husband and wife. Sounds complicated. But they seems good eventhough at first, they've struggled towards their marriage to jump into equality. I need it. My Sayang also need it. It proven, we need this kind of equality to balanced up our relationship but I understand it does not fit for our beliefs. As for religion, Muslim wives are supposed to obey their husbands.

Kemudian, ada juga cerita berkenaan polyamory (cari sendiri apa maksud dia), home-schooling, open adoption, single parent dan macam-macam lagi. Memang best sangat cerita-cerita dalam buku ni. All teh essays were inspiring cuma I kesuntukan masa, tu je. Asyik salahkan masa, hehehe. Whatever it is, if u want to borrow mine, u are most welcome to my mini library. Pinjam boleh, ambik terus tak boleh. Please, for those who had 'borrowed' my books for a about a very long time, I need u to return it back to me. I sayang buku-buku I...

Nak try baca buku susunan Rebecca Walker ni silalah. I dah habis baca baru u all boleh pinjam. Muahahaha Memang I kejam, kalau tak memang tak kuasa nak bagi, sendiri belum habis baca....

RSVP : Sekali Tiga!

Attending! Of course lah sebab dah lama gila tak makan nasi kenduri. Paling cool, hari Sabtu pergi Zumba Fiesta, hari Ahad pagi naik Broga, hari Ahad tengahari ada 3 jemputan kahwin. Best wey, best. Harus pergi sebab semua ni office-mate yang dah pangkat ibu dan ayah I aje. Semua memang dah lama kenal. Semua kena pegi weyyy!

Kitorang dah susun jadual. Konon nak konvoi dengan kawan-kawan pejabat. Dah fikir mana rumah first, mana rumah last. Adakah ini cheat day untuk I? Muahaha macam la hari-hari tak cheat day. Puii!
Jika diizinkan Allah, I dan suami akan hadir ke perkahwinan anak Kak Midah, anak Kak Sal dan anak Pakcik Rahim. Paling best, semua majlis adalah belah lelaki! Kebetulan, tarikh pun sama. Dah siap bawak balik kad jemputan dari office dan ada nombor turutan. Muahahaha.

Disebabkan Kak Midah dan Kak Sal duduk dekat-dekat di Taman Tuanku Jaafar, kitorang akan ke sana dulu. Ikut perancangan nak ke rumah Kak Midah kemudian barulah ke rumah Kak Sal. Last sekali, barulah ke Taman Panchor Jaya untuk ke rumah Pakcik Rahim. Nasib baik Seremban bukan macam KL. Nak ke mana-mana semua kena ikut highway. Seremban senang. Dekat aje.

Ok dah, tunggu je la gambar gojes we ols hahaha macam bagus je gojes.

Monday, April 28, 2014

I'm A Happy Girl!

Happy sebab Allah yang gantikan semua kesedihan jadi happy gila, bahagia dan disayangi. Nyum2 merenyam. Haha. Ok, memang happy. Sementara masih berdua, belum ada tapak kaki dan tangan kecil untuk diulit setiap malam, sementara itu lah I dan Sayang bebas berdua, tergolek terlentang, terbabas tidur atau terbang ke mana-mana. Alhamdulillah aturan Allah memang hebat :)

Eh eh, I nak cerita pasal satu event yang I join baru-baru ni. The event was awesome, totally crazy and my most sweaty day goes to the Zumba Fiesta. Yerp, selepas netball, Zumba is my passion now. This is the only way untuk gadis gemok macam I ni mengeluarkan peluh dengan cara yang disukai. Tak kira lah orang suka joging dan pergi boot camp tapi masing-masing ada citarasa sendiri kan.

I sampai di Parcel E, Putrajaya ngam-ngam jam 7.30 am dan pencapaian yang memberangsangkan sebab I bertolak dari rumah jam 6.50 am nampak kan girl racer camnilah hehehe. Pung pang pung pang tunggu Kecik bagai, teruslah kitorang berdua ke Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Presint 3. Sampai je dekat Dewan Harmoni, wow! Sungguh best ramai dah menunggu. Lepas daftar dan bayar, amik goodie bag, lepak, tunggu kecik beli seluar, tunggu lagi pastu jam 9.00 am dah boleh masuk. 

My first Zumba pants!
With Kecik, dalam jamban, selesaikan hajat dulu baru selesa
Hey, semua perempuan, dewan tertutup, lampu dim gitu, dan kitorang nak rock n roll the hall! Mula-mula I tekad lagi malas la nak bukak tudung, selalu dekat KOMBES Paroi pun berpeluh macam ni. Kecik dah open dulu, keliling I semua pun dah took off diorang punya scarf, after a while, I pun tak tahan! Merecik-recik peluh dari rambut I bila bukak aje tudung I. Ahhhh, bukan ada lelaki!
Curik-curik tangkap, sorry, pic lain semua tah hape-hape
Bapak best, serius, bapak best gila. I don't know what they really meant by Zin but there were 3 Zins in the house and they called themselves as SAKA. Memang kakak-kakak sangat best. Kalau ada event lagi yang ada salah sorang atau ketiga-tiga daripada Zin Shah, Zin Aliez atau Zin Eija, nak pegi! Best, choreograph diorang pun gempak. Mereka sangat groove, tak terikut ok. Last time in Sungai Ujong Club, Seremban pun gitu jugak. Kontang kanting I dengan Anip nak ikut step. Muahaha.
Yay! Dapat pun tangkap gambar dengan 3 SAKA. meletop korang ni kak oi! Yang baju dan seluar oren tu kawan baru.
Ok, back to Dewan Harmoni. The day was awesome. Opening dia, wahhhh dasyat berlilin bagai hahaha. I never regret paying RM60 for this event that have been organized by Bangi Fitness. Its all about a healthy lifestyle, I need to rid-off my fats around my obese body. Ada je I nampak seorang dua yang datang sendiri je sorang-sorang. No company at all, dan I pun berdua je dengan Kecik. Ok je! Nak malu apa kan. Kalo malu sangat macam takde hidung tu apa kata main je telefon sementara belum start dan habis je terus chow. Senang cerita kan. Dan mereka, tak tau step tu pun! Don't worry my dear friends, tariannya berulang-ulang dan pastinya u all akan dapat catch up. Jangan compare kan diri dengan Zin dan back up mereka di stage, look around, you are not alone! Tak caya tanye Kecik! Hehehe.
The hall, walaupun ada air-cond, tapi peluh!
Tandanya I buat bersungguh-sungguh sangat bahaha
I wasn't lucky enough to get the prizes. Sokay :)
Lepas ni kita jumpa dekat Nilai pulak pada 18 Mei 2014. Best wey! Siapa nak kirim beli tiket bolehlah roger I. Bersama duit sekali ek muahaha. Ok bai!

Friday, April 25, 2014

Tak Mau Sayang Yang Lain

Rindu... Suami kerja pulak hari Sabtu. Takpe kan Sayang, nak cari rezeki. While I'm staying at home and do some chores, thinking of what will happen to our life in the next 2 years. I suke la tau nak fikir benda jangka panjang pendek macam tu. Pelik gila kan. Does it make sense??

I see us in 2 years time holding our children of our own and walk away for a better life than now. I didn't regret for what I have now but I always proud for being Sayang's wife and him sending me to heaven with this beautiful relationship of ours. Banyak gile motivasi dari idola I. Tak sangka, she came up with her stories while we're having something that can't be solve now. Its not only us, Sayang. There are strangers out there that felt the same way we do, NOW.

When I was sick, my husband took a very good care of me. Takkan dengan senang-senang I nak lupakan Sayang. Takkan senang-senang I nak abaikan Sayang. Takkan senang-senang I nak kecikkan hati Sayang. Tak kisah pun orang nak pandang life kitorang macam mana sebab satu je I pegang,

Tanpamu, hilanglah manjaku.

I tak mau Sayang yang lain, sebab I selesa dah tidur bawah ketiak Sayang, peluk perut Sayang dan lentok dekat dada Sayang. I tak mau, tak mau, tak mau Sayang lain, sebab I suka makanan yang Sayang masakkan. I seronok hidup macam ni dengan Sayang. Tak senang macam orang lain, mewah sana sini. Makan cukup-cukup je, masih dapat jamu tetamu, kiranya Alhamdulillah.

Terasa nak berbicara, sebab hati terasa. Dengan macam-macam. Kiri kanan depan belakang, kerusi meja dinding pintu, atas bawah siling lantai semuanya bercakap. Bercakap merungut-rungut tak tentu butirnya. Tak salah kalau nak bercakap, hak masing-masing berdasarkan kewarasan fikiran, tapi mulut tu Allah yang pinjamkan.

I tak heran orang nak kata, "gediklah kau Wanie, poyo lah kau Wanie, loser lah kau Wanie," u all lagi loser sebab tak berpijak atas kaki I kot :) Its ok, people can talk much about us but only Allah knows what is the best for us. 

Manja. Tembam. Comel. Geram. Semualah!



p.s. ini ialah draft yang dah sekian lama KIV. Abaikan kata-kata di perenggan pertama. 


Friday, April 18, 2014

Perangai Tu....

Macam-macam perangai manusia. Ada yang tak sedar diri, ada yang macam bagus, ada yang cakap tak serupa bikin. Tak lupa juga, ada yang baik dan ada yang jahat, ada yang penyibuk dan ada yang buat derkk. Memang susah nak cari orang yang betul-betul baik. Makin lama kena makin tau perangai sebenar makin meluat rasa.

Sekadar nak mengadu rasa. Bila kita lambat sampai pejabat, bila kita selalu hilang dari pejabat, bila balik awal sikit, semua tu dipandang orang. Yang menjadi kemusykilan, bila I tiba awal ke pejabat jam 7.32 am sedangkan waktu masuk pejabat I ialah 8.30 am (WP3) kenapa tak nampak ek? Musykil lagi sekali, bila I tak keluar minum pagi dan makan tengahari kerana berpuasa, kenapa tak tanya, "...wanie, u tak minum ke.." Jom layan musykil lagi, bila I sorang-sorang je yang ada di pejabat sebab yang lain berkursus, cuti dan pelbagai hal lain, I lah yang mengangkat telefon pejabat, dia takde skali bersama I kot tu yang tak nampak. 

Lepas tu, ditanya laporan perakam waktu, tiada kah nama I dalam laporan kelewatan? Perghhhh, tamparan yang hebat sekali. Diperkukuhkan lagi dengan kenyataannya, "..eh, wanie tu bukan selalu lewat ke?" Hello, takde kerja lain ke? Nak tengok kelewatan I je. Macam biasa la, lepas punch card I minum lah, sama kan dengan orang lain? Kenapa I yang dipandang? Jarang sekali I keluar makan dan minum berjam-jam pada waktu pagi selalunya tak sampai sejam! Yang lain? Sejam lebih, keluar berkumpulan, oooo, itu tak salah. Nak cuba buat jugak lah harap tak jadi kesalahan :)

I takde masa nak tagih Anugerah Cemerlang atau APC atau apa-apa je lah. Sebab sedar diri ni di tahap mana. Tapi jangan lah aniaya I sampai macam ni ye. Dahlah disuruh tanggung kerja yang I memang tak mampu nak buat, semuanya nak urgent belaka. Bila I menolak sikit demi sikit dengan alasan tak mampu kenapa tak dipandang masalah I? Bila yang lain menolak nak buat tanggung kerja tu, oh tak mampu, oh tak reti, oh banyak keje, oh Wanie kan ada! Hahahaha senang nye... Cuba duduk dekat meja I.

Ye, I masih mampu lagi nak senyum-senyum, update blog dan online dengan WhatsApp. Sebab apa tau, sebab tak kuasa nak menyemakkan diri dengan benda keliling. Baik I buat kerja I, sampai habis then boleh bersuka ria. Nak fokus sangat pun buat apa pening kepala. Takde yang sudi pandang dengan semua pengorbanan. Menyusahkan lagi ada. Bila mintak tolong bukan main manis ucapan dan muka tapi bila ada satu silap kecil yang besar kuman, sampai gajah depan mata pun boleh dia buat tak tau. Standard lah.

Bosan lah dengan orang-orang perangai macam ni. Baik buat kerja diam-diam, asalkan settle. Tak perlu lah nak 'menjilat' sangat punggung orang atasan. Takkan ada hasil apa-apa. Trust me, sekali orang dah nampak busuk kita, sampai bila-bila la takkan nampak baik yang kita dah tabur. I sedih sebenarnya, kerja  9 tahun tapi, NOTHING. Takpelah... Yang pasti, Allah kan ada. Allah beri kesusahan ni sebab Dia sayang kita. Ingat tu je ok... 

Chow!~

The Tickets Are Here!

Not here but with Kecik in Putrajaya. Nanti hari kejadian barulah amik je terus dari Kecik. Kalau I simpan nanti tah mana-mana. Hehehe saja je title gempak. Apa pun I dah happy sangat ni sebab Kecik dah berjaya belikan tiket Zumba Fiesta kitorang. Untuk Kecik sendiri, Kak CT dan I le...! Tak sabar sesangat dah ni. Mesti best sebab semua gegerl je, no boboiboi. Semuanya satu spesis takdelah segan sangat. Lagipun I ada baca yang fitness center ni memang untuk Muslimah sahaja.

Terima kasih Kecik, awak memang superb!
Eh ada lagi satu event tau. Kali ni dekat Nilai pulak dan tengok aktiviti ni macam menarik sangat. Tengah dalam proses nak racun pemikiran kawan-kawan. Kali ni nak ajak Aqma pulak. Dia memang kaki Jazzercise dekat area Seremban. I sendiri tak pernah join apa itu Jazzercise nanti nak join jugak tapi belum ada masa yang sesuai. In shaa Allah, soon!

Jom! Jom!
Jom! Siapa yang kesunyian bolehlah ajak I geng ok. Tak habis-habis promote diri sendiri lagi ni. Hahaha. Kawan-kawan semua di KL. Kalau diorang dekat Seremban kan best! Ataupun I ada dekat KL. Either one should be ok la kot. Hehehe.

Buku Lagi, Yay!

Allah... Terbuka pintu hati nak ajak Sayang ke Ekspo Buku Islam di Terminal One, Seremban. Asyik-asyik ternampak bunting tepi jalan. Mata meliar je tengok bunting tu, hati tergerak-gerak nak pergi jugak tengok keadaan ekspo tu. Pertama kali pergi, rasa seronok meluap-luap dalam hati. Banyak gile buku! I macam nak grab semua. Apakan daya, kewangan terhad, kalau tak memang macam-macam dah buku I ambik.

Kali kedua pergi, ajak Mama sekali. Sebab Mama nak cari Al-Quran yang tulisannya besar. Baru puas mata memandang katanya. I pun dengan riang hati terus melompat pergi tak sabar nak beli buku yang I dah aim. Macam biasa, aim benda lain, beli benda lain. Hahahaha. Kali ni I dapat sambar dua buah buku je. Pada I, dua-dua pun best.


1. Untuk Kita Pendosa - Harapan Selalu Ada
Memang betul, harapan masih ada pada kita. Tak perlu risau, rahmat Allah sentiasa ada. In shaa Allah, I tak sabar nak baca buku ni. Terasa diri dibayangi dosa-dosa silam. Semoga dengan pembacaan buku ni dapat menyedarkan lagi kita, walau sejauh mana pun diri sendiri tersasar dari landasan, kita perlulah percaya yang pintu taubat masih terbuka. Tiada istilah, sudah terlambat untuk berubah. Rahmat Allah tak pernah berhenti, tak pernah putus.


2. Pesanan Penting Untuk Wanita - Jangan Terpedaya
Buku ni banyak sentuh pasal apa yang kita, kaum wanita kena berhati-hati. Lebih lagi dalam dunia yang penuh dengan macam-macam jenis dugaan. I jadi tertarik dengan buku ni sebab ianya banyak berkenaan dengan hal biasa-biasa dalam kehidupan seharian kita, namun, tanpa kita sedar terdapat juga perkara yang kita kena ambil perhatian. Tunggu ye, nanti lepas I dah baca baru boleh review.

Lepas ni akan ada lagi pesta buku di PWTC pada 25 April 2014. Tak sabar nak ajak Sayang pergi ke sana. Mesti ada banyak lagi bahan bacaan yang best. Sejak habis sekolah dah tak pergi ke pesta-pesta buku macam ni kecuali Big Bad Wolf. 

Dulu, Ayah dan Mama lah orang yang bertanggungjawab memupuk minat I untuk membaca. Diorang yang akan bawak ke pesta buku, ke kedai buku dan bacakan I buku-buku cerita. Sampai sekarang, masih pergi dengan Mama ke Ekspo Buku Islam. Mama galakkan sangat beli buku-buku berunsur agama. Sebab katanya I dah banyak sangat buku-buku cerita, novel.


Thursday, April 17, 2014

RSVP : Reunion Ex-KYPM Bangi Batch 2000 - 2002

At last! Akan ada reunion untuk kitorang, ex-student Kolej Yayasan Pelajaran MARA Kampus Bangi (sekarang Kolej Poly-Tech MARA) untuk batch Tahun 2000 - 2002. Masa ni kitorang ambik Diploma Pengajian Perniagaan yang franchise dengan UiTM. Ada jugak program JAD (Japanese Association Degree), program matrikulasi dan Pra-Perdagangan dengan Pra-Perakaunan. Tapi sebab kitorang ni berapa kerat je tu yang jadi rapat. Sebab 2 ke 3 course aje. Bukan ramai pun...
Sopan santun je kan kitorang :)
Memang best duduk Desa Siswa Raja Nong Chik dekat Teras Jernang, Bangi. Pergi kelas jalan kaki ramai-ramai. Kalau pagi dapatlah naik bas yang kolej sediakan. Semester pertama I duduk dengan Anis dan Diana. Masuk semester 2, diorang pindah ke Kampus KL. I pun berpindah duduk dengan jiran sebelah bilik iaitu As dan Arwah Intan (meninggal dunia beberapa tahun yang lepas akibat denggi. Al-Fatihah) yang memang dari kampung dan sekolah yang sama.
Intan dan As. I miss u both!
Time ni la fun fun fun bermula. Macam-macam kitorang belajar, bukan belajar yang dalam kelas je tau. Maklumlah first time lepas habis sekolah duduk berjauhan dengan family. Dapat pulak pinjaman MARA setiap bulan. Memang habis seluruh KL dan Selangor kami tawaf. Orang takde kenderaan, masa tu kan Bangi ada UKM, student ramai, perkhidmatan kereta sewa pun banyak.
Lecturer kitorang!
Alahai... Rindu giler masa ni kanak-kanak sangat muka kitorang hahaha!
So far, zaman kolej memang sel-sel otak sedang berhubung. Hahaha kalau nak cerita memang panjang lebar. Nanti sambung cerita lagi. Apa yang penting, sejak dah jejak kasih, sejak dah ada group dalam WhatsApp kitorang memang tak sabar nak buat reunion gathering. Cadangannya ialah :

Tarikh : 25 May 2014 
Hari : Ahad
Masa : 11 am - 5 pm
Tempat : Clubhouse, Sri Carcosa Seremban 2
Menu : Potluck

Haih, macam mana la rupa masing-masing. Riang dah hati ni. Walaupun I dengan geng-geng lain memang gerakan underground sangat tapi kitorang menyambut baik la majlis ni. Mungkin I akan usulkan untuk ajak sekali kawan-kawan lain yang masih contact. Dalam FB ramai lagi yang tak masuk dalam group. Tu yang rasa macam tak berapa nak lengkap.
Konvo @ PGRM Cheras 
Actually, ini post untuk RSVP majlis reunion tapi kenapa ada gambar memori sekuntum dua rindu yang mekar di laman entah! Hahaha~ Apa pun u all memang the best!

Monday, April 14, 2014

Senamrobik Di Seremban

Nah! Suddenly I came up with this idea to share with you girls who really need to burn their fat off. But, strictly for Seremban people only. Untuk warga Seremban saja sebab I memang jarang keluar dari sini. Buat apa pergi jauh-jauh kos tinggi. Kita sepatutnya lagi jimat kos kan hahaha. For the time being, I masih lagi mengikuti satu group ni. Entah, I rasa selesa kot. Walaupun I memang pergi sorang diri membawa diri yang lara ni je. Tapi I redah lantak lah...

Sekarang ni ada 3 tempat yang group akak ni buat. Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Taman Tasik Seremban dan Taman Tasik Seremban 2. Orang Seremban familiar la dengan tempat ni. Orang luar Seremban tapi balik Seremban hujung minggu melawat sedara mara dan mertua boleh la erobik jugak. Kalau nampak I tegur-tegur la insan kesepian ni ye :)

KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN, PAROI
Hari : Rabu malam dan Sabtu malam
Jam 9.00 pm - 10.00 pm
Bayaran : RM3.00 sahaja
Pakaian : Pink (hari Rabu) dan Merah (hari Sabtu)

TAMAN TASIK SEREMBAN
Hari : Sabtu pagi dan Ahad pagi
Jam : 7.45 am - 8.45 am
Bayaran : tak pasti ada atau tak sebab tak pernah join.
Pakaian : tak pasti jugak, boleh rujuk FB untuk group ini

TAMAN TASIK SEREMBAN 2
(Betul-betul belakang Restoran Oriental sahaja)
Hari : Ahad petang
Jam : 5.30 pm - 6.30 pm
Bayaran : Percuma
Pakaian : so far, akak tu kata colorful hehehe.

Yang dekat Seremban 2 tu baru je mula sebab I pun first time pergi semalam, hari perasmian la kot ek. Strategik jugak la tempatnya dan kalau boleh datang awal sebab space kecik je nanti kena erobik atas rumput hehehe. Yang KOMBES tu memang I wajib pergi sebab tah bila lagi I nak berpeluh kalau 2 hari tu I tak join. Yang dekat Lake Garden tu I tak pernah pergi sebab awal sangat 7.45 am I ada banyak komitmen la kalau weekend. Komitmen tidur kot. Haha.

So, jomlah orang Seremban yang sporting. Satu benda je nak cakap, kalau nak fikir orang yang tengok kita dekat tempat public tu akan tergelakkan kita sebab step ke laut, lagi better kita dari diorang sebab at least kita boleh lah buat daripada diorang kan. Cuba letak diorang pulak dekat sebelah kita suruh buat jugak. Entah-entah ke gunung banjaran mana tah.

Cuba.. cari dalam FB. Paling malu, ada gak gambo I :')

Nak Komen Ke Tak?

Tapi kalau tertaip dekat sini kiranya nak komen la kan. Selama ni I pandang je tapi tiba-tiba rasa nak komen jugak pasal kes satu tudung eksklusif dekat Malaysia ni. Tak payah sebut nama pun orang dah tau. Sebab memang famous sangat sekarang ceritanya. Merata-rata dalam FB orang share itu ini. Tak kira la yang share tu ada jugak orang yang tak pernah beli dan ada jugak bekas peminat tegar.

Yang konon tak pernah beli sebab mahal tu, tak payah la nak cakap tudung RM10 lagi selesa dan mengikut syariat. Sebelum bercakap tu pandang cermin, tudung u memang bawal tapi silang ke atas bahu nampak juga dada :) Allah.... Dah bercakap dengan niat mengeji dan memburukkan jenama tudung eksklusif tu pun Allah dah marah ye wahai kakak-kakak semua. Nak boikot buat diam-diam tak perlu hasut orang. Pilihan masing-masing gitu.....

Kadang-kadang orang yang tak pernah beli dia mencemuh jugak orang yang beli tudung eksklusif tu kan, tapi atas alasan apa ya? Mungkinkah cemburu sebab warnanya cantik-cantik tapi harganya cekik darah? Ye, ada kemungkinan. U all yang berbunyi sebab tak dapat beli tu tau tak macam mana kami jaga tudung beratus RM tu? Hahaha meh datang rumah we all, tengok macam mana we all sangkut tudung-tudung tu. Sayang woi, ratusan ringgit la katakan. Bukan berlagak. Standard la barang mahal kita jaga lebih. I bet u, tudung u all mesti berlipat dalam drawer dan basuh dengan washing machine. Sorry, tudung mahal basuh tangan dengan penuh rapi. Kalo yang lagi mampu hantar dry clean.

Tak perlu pertikai kalau pakai tudung eksklusif tu pendek la hape la. Kadang tu u all memang pakai shawl tapi baju korang cutting baik punye! Alhamdulillah shawl tu dah cover dada sampai pusat. Nauzubillah pakai baju atas punggung dengan skinny jeans. Lu fikir la sendiri. At least, I sendiri pakai dengan baju kurung yang longgar no cutting cutting like kerengga one u know. Dekat dada pun longgar je. Inilah yang I kata, tak semua orang begini kan. So, jangan cakap kami bukan-bukan. Nak cakap pandang kiri kanan dulu.

Bukan I tak tau ada jugak bawal ratusan ringgit. Bukan I tak tau ada jugak tudung tiruan yang harganya hampir nak sama dengan original. Bukan I tak tau ada jugak yang beli tiruan dia boleh kata original. Allah... Apa lah sangat nak mengaku tiruan tapi jangan tipu kami yang boleh nampak jelas mana betul mana fake. Kesian sangat, sampai ada yang kata mereka yang keluarkan tudung tiruan ni adalah bekas pekerja di butik tudung eksklusif tu. Biasa dah benda macam ni. Kalau betul bekas pekerja tu maknanya memang dia tak amanah la tu je nak cakap sebab I sendiri tak.tau hal sebenar.

Lagi satu, I terbaca satu komen pasal barang tiruan kan. Kalau masakan masak lemak ke rendang ke kalau semua orang masak adakah makcik yang mula-mula cipta akan naik angin? What de heck??? Apa punya komen macam gitu? Sampai kait benda tak masuk akal camtu, Allah.... Orang cerita tudung la brader bukan pesta makcik kantin.

Untuk Puan M, memang bagus tindakan tegas dari pihak u. I kagum jugak dengan pencapaian jenama u. Seluruh Malaysia kenal produk u. Seluruh Malaysia beli dan pakai. Sampai beratur tidur-tidur dekat kaki lima kedai u. Alhamdulillah memang orang suka tak boleh buat apa. Rezeki u. Tapi tindakan u buat tu dengan kata-kata indah sangat I tak berapa nak support u. Nak rampas then dah, jangan komen yang menjerat diri. Reporter ni semua memang nak hot story je. Tak pasal-pasal statement u jadi isu. Memang diorang suka berfesyen tapi tak mampu. Sama dengan beg jenama ribu-ribu. Orang nak pakai tapi mampu beli dekat GM Plaza atau Kenanga atau Uptown je. Nak buat camne. Jangan buat statement gitu la kot..

I memang peminat dan pemakai tudung eksklusif tu yang tegar sejak tahun 2011. Baru lagi, ada yang dah pakai lama dari I. Tapi koleksi takdelah sampai beratus. Berangan je la. Walaupun tak banyak, itu yang I pakai ulang-ulang. Jaga elok sebab tu bubuh dalam plastik. Maklumlah, benda mahal susah nak dapat. I hargai setiap barangan I. I percaya kawan-kawan I yang lain pun macam tu. Walaupun ada sorang dua yang join sekali mengutuk. Dulu u jugak gila, sekarang berubah betul statement. Sian, itulah dia buat apa-apa tak pakai otak. Orang perhatikan je u. Sebab itu I cakap, nak buat apa-apa pun masing-masing je la. Tak perlu luahkan sampai satu dunia tau. Dan kakak yang itu, dulu masa I pakai u cebik dekat I kata mahal la apa la. I tengok pastu u yang meroyan. Sekarang?? Kutuk balik. Hahahahahaha. Bodoh. Tu je I dapat gelarkan u. Buat apa pun kena sabar... Mengelupor sangat macam tu lah jadi.

Untuk yang tak pernah beli atau pakai better elakkan. Benda macam ni ada ketagihan sendiri. Lagipun makin mahal harganya. I sendiri takde pattern yang latest sebab rasa dah cukuplah dengan apa yang ada sekarang. Kalau u all takde perasaan macam tu baguslah. Sebab I ingat setiap insan yang ada dalam FB dekat friends list I yang mulut lancang. Wahahaha jangan sampai I terungkit itu je. Boo!
Sekarang I sendiri pakai tudung tu bercampur la dari yang ada awning, syria, bawal, shawl dan pashmina. Duduk diam-diam, baca dan dengar je jangan bukak mulut. Satu dunia perhatikan kita. Baik berhati-hati ok sayang sayang semua :)

Sebelum tu nak belanja gambar pakai tudung yang sekarang ni heboh satu Malaysia tak ikut syariat sangat.

Friday, April 11, 2014

TTC Abbreviations Yang Biasa Digunakan Dalam Perbualan Seharian

Ahha, pernah tak baca ruangan forum untuk TTC atau segerombolan geng TTC macam I ni berborak sesama sendiri? Dan, u all faham tak dengan bahasa-bahasa yang diorang keluarkan secara ringkas tu? Selalunya kalau dalam blog rakan-rakan TTC ade guna juga bahasa ni. Macam biasa, akan ada yang tanya maksud itu ini. Orang kata apa tu, short-form haaaa gitulah. So, untuk mengelakkan kekeliruan I cubalah jugak leraikan kebuntuan tu ye. I don't have the full list of the TTC abbreviations but I hope this plenty words might help you. 

2WW - 2 weeks wait (tempoh menunggu untuk ujian kehamilan)
AF - Aunt Flow (period)
BBT - Basal Body Temperature
BD - Baby dance (sex/intercourse)
BFN - Big Fat Negative (Not Pregnant/Tidak Hamil)
BFP - Big Fat Positive (Pregnant/Hamil)
CD - Cycle Day (diikuti nombor, cth : CD1 ialah hari pertama period)
CM - Cervical mucus
CO - Cervical opening
CP - Cervical position
D&C -  Dilation and curettage (untuk orang keguguran)
DH - Dear husband / darling husband :)
DPO - Day past ovulation
DTD - Do the deed (sex/intercourse)
ECM or EWCM - Eggwhite cervical mucus (ada waktu paling subur)
EDD - Estimated due date
EPO - Evening Primrose Oil
FMU - First morning urine
HPT - Home pregnancy test
HSG - HysteroSalpingoGram
ICSI Intracytoplasmic Sperm Injection
IUI - Intrauterine insemination
IVF - In vitro Fertilization
LMP - Last menstrual period
LP - Luteal phase (sama dengan DPO)
MC - Miscarriage
O - Ovulation
OHSS Ovarian hyperstimulation syndrome (komplikasi dari sesetengah rawatan kesuburan)
OPK - Ovulation Predictor Kits
PCOS - Polycystic ovary syndrome 
POAS - Pee on a stick (pregnancy test)
RU - Retroverted uterus
TVS - Transvaginal scan

I budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Ni je yang mampu terlintas dalam kepala ni sekarang. Kalau ada lagi dan ada yang tersalah maksud tolong betulkan I. Harapnya kawan-kawan TTC (Trying To Conceive) boleh gunanya sebagai panduan untuk berborak nanti. In shaa Allah, abbreviations ni universal. Masuk mana-mana forum pun diorang guna yang sama jugak. 

Ok kalau ada silap sila tinggalkan komen anda.

Terima kasih :)

Ingat tau!

Friday, April 4, 2014

Cara Mudah Kurangkan Berat

Alhamdulillah. Lega sikit, baju semua pun dah ok. Takde sendat lagi. Dah rasa selesa sikit bila berpakaian. Tak macam sebelum-sebelum ni. Bila nak pakai sesetengah baju fikir juta kali lepas tu bertukar baju macam dekat fitting room je, nak mengemas dah satu hal. Pathetic sangat.

Kesinambungan dari post sebelum ni, nak jugak cerita macam mana I buat sampai turun 5kgs dalam masa seminggu. Sebelum ni 2 minggu bekerja keras baru dapat cut down 5kgs. Fuh, kerah tenaga bukan main! Lepas habis kenduri kahwin, masih maintain berat badan I dalam angka 78kg. Masa tu rasa selesa lagi. Duduk rumah selesa sangat. Masak dan makan dan masak dan makan lagi dan masak dan makan. Haih!

Selepas 3 bulan, dan selepas berjaya mengumpul 10kgs yang menjadikan berat I ialah 88kg, maka, I pun berubah balik. Muahaha! Terpaksa, atas sebab-sebab yang peribadi. Lagi satu I dapat rasakan dengan pengambilan Clomid tu buat I jadi selera dinosaur.  

Untuk kali ni I ada add on sikit perkara-perkara yang boleh dibuat untuk mengurangkan berat badan. It works! Walaupun baru seminggu tapi I rasakan perubahan tu mendadak.
  • Minum air dengan kuantiti yang sepatutnya mengikut berat badan. Janganlah minum sekaligus, kembung pulak nanti. Minum sikit-sikit ye.
  • Tidur awal, bangun awal. Tidur dalam 6 ke 8 jam. Baru rasa puas. Please elakkan dari lepak sampai lewat malam dan tidur lambat. Bangun seawal 6 pagi. Takdelah Subuh gajah nanti.
  • Puasa. I baru je mula selama 2 hari berpuasa. Di samping ganti puasa, dapat kawal nafsu itu ini. Alhamdulillah, rasa ringan badan.
  • Senaman secara konsisten pun memainkan peranan penting. Rabu malam dan Sabtu malam memang I free kan diri sebab waktu ni je lah untuk I erobik. Setakat ni masih konsisten dan belum ponteng.
  • U-Trim. Setiap pagi, sebelum breakfast. Dan malam, kalau nak berpuasa esoknya. Tapi I kalau puasa memang tak shake langsung U-Trim. Alhamdulillah. Cuma rasa lemah di hujung-hujung petang. 
I tak mampu untuk berjogging sebab tak minat. Apatah lagi threadmill bukan ada dekat rumah. Tak register untuk apa-apa gym atau fitness center langsung. Soon, maybe. Sekarang I buat cara sendiri je. Harap dapat capai target. Dan untuk TTC juga.

In shaa Allah. Aminnn~





Tuesday, April 1, 2014

Dua - Terbangnya Duit Melayang-Layang

Yeah! Melayang lagi duit gaji bulan ni. Harapan nak simpan untuk ke pulau, terbang jugak sikit untuk my best buddy ever. Nak panas hati sangat pun tak boleh sebab handphone tu bila dia rosak, lagi panas body dia macam nak terbakor. Dan inilah kali kedua telefon I dinodai perjalanan sistemnya. 

Pertama dulu, sebab software tiruan. Memandai-mandai konon dekat home screen tu nak ada air kocak-kocak macam S3 tapi apakan daya, tak mampu telefon I nak tampung ye. Telefon jadi panas, meracau-racau, sawan agaknya. Nasib tak cirit-birit. Alhamdulillah, beratus jugak duit ubatnya, nyawanya masih dapat diselamatkan. Lega seribu tahun tau!

Kali kedua, dia punya hang, macam kena stroke. Kadang gegar-gegar badannya, kadang celik elok pulak. Cuma badannya macam dah kebas, bila click dekat touchscreen dah takde respon. Memang lain macam, sebab tekanan bateri pun menurun laju. Risau tak dapat selamat je ni. Macam-macam khazanah dalam tu, jangan mati dulu sayang!

Jalan penyelesaiannya, bawak pergi Terminal One, kedai leng chai yang first dulu I baiki telefon dan dia bagi 50-50. Kalau pasal system boleh fix lagi tapi kalau pasal nyawa jantung telefon tu, sila survey iPhone 5S untuk kegunaan harian. Wahhhhhh~ 

Alhamdulillah, nyawanya masih panjang. Jodoh kami kekal lagi. Jangan buat hal lagi tau. Cerai mati nak buat macam mana, redha je la... Tapi kalau u buat hal, i terpaksa jatuhkan talak dekat u. Bertahan ok dengan perangai I. Hahaha, kasih sayang sangat dengan telefon!

RSVP : Zumba Fiesta

Kalau ramai geng baru pergi. Aci tak? Still nak buat RSVP gitu. Kalau ikutkan I memang teruja. Nak pergi benda-benda fitness ni rather than shopping kan. Baik join in Zumba ke, erobik ke. Dapat info ni pun dari Kecik, katanya event ni kawan dia buat. Oklah tu, at least ada geng. Kalau jauh-jauh ni nak pergi sorang segan sikit. Hehehe. Kalau dalam Seremban ok lagi.

Dah try ajak kawan-kawan lain untuk memeriahkan. Harap diorang pun join jugak la. 2 jam non-stop puas ke? Selalu kalau dekat KOMBES pun ada lah dalam 2 jam lebih sikit. Bila dah ramai-ramai macam tu sampai lupa tengok jam. Tapi kebiasaannya memang diorang selalu lebihkan masa.

Oh ye, yang paling best buat I nak join Zumba Fiesta ni sebab Kak Eija pun dalam senarai instructor. Best tau! I suka step Kak Eija. Tapi sorry kakak, I tak pernah join kelas u dekat. Betul-betul I free nanti I tetap akan pergi. Macam biasa, tetap keseorangan. Takde teman nak pergi. Nak ajak Fira jauh sangat Senawang ke Seremban 2. Makanya, I sorang aje lah... Again! Forever alone.

Jom la u all, kita berjoget sama-sama. Best sebab, 'for women only' dan takkan ada lelaki. Lagipun dia buat indoor. Hehehe jangan malu jangan segan. Compare kan dekat KOMBES, open air u all! Redha je la kalau orang nak kutuk I tersalah step ke apa ke. Tapi tak mungkin kutuk kot sebab orang yang duduk tepi-tepi tu pun mampu tengok je, tak mampu buat macam mana makcik-makcik yang bersemangat waja tu melompat.

So, confirmed, I memang akan pergi ke event ni. Jom! Jom! Salah satu cara untuk menguruskan badan, untuk TTC pun :)

Jom! Jom!

Tapi kan, nak pakai baju apa ek? Hahaha baru nak berhenti shopping dah terpaksa tengok website nak beli baju ala-ala gitu. Semangat lah katakan. Muahahahaha