Alhamdulillah! Berjaya 5kg dalam 2 minggu. Arghhhh bukan senang tau tak. I bergaduh-gaduh dengan Mama dan SiDia yang sibuk suruh I makan sedap-sedap. Tidak! I nak diet, mengembalikan bentuk badan yang asal. Seronok bila ada baju-baju yang longgar sikit. Ok orang kata 5kg takde kesan apa-apa kan tapi sikit pun tu semua tak patahkan semangat I. Makin berkobar-kobar hado.
Apa yang I buat sampai berjaya turun 5kg secara susah payah? Dengan nasib yang dikelilingi insan-insan yang suka makan, melantak, menketedarah dan lain-lain. Share sikit lah...
First of all, air masak @ mineral @ sky juice. Ni formula penting. Lupakan milo ais tabur kegemaran anda. Lupakan air tin. Lupakan air-air bancuhan dan teh ais, nescafe ais dan ais kosong pun. Hanya minum air masak. tujuannya, untuk memudahkan proses pembuangan air besar.. Jangan minum ais ye. Akan membuncitkan perut. Kesian perut... Kan bagus minum air mineral biasa. Tak kira cuaca panas macam mana pun. Ingatlah, tak elok minum ais dan minuman manis.
Makan buah dan buah dan buah. Buahan tempatan kegemaran I ialah pisang dan betik. Kalau rasa nak makan manis silalah beli stok pisang banyak dekat rumah. Capai je. Tengok kan kenapa monyet kurus *joking! Tidak kepada goreng pisang, tidak kepada talam suci (gulp! my favorite, ever!), tidak kepada toufu fa, tidak kepada coklat Cadbury, Ferrero Rocher, Kit Kat dan tidak kepada carrot slice by Secret Recipe. Nak kurus tak? Makan buah.
Nasi, hujung senduk, waktu tengahari sahaja. Lauk, ayam goreng ke sayur ke udang ke ketam ke it doesn't matter. Tapi nasi silalah beragak, derr. Nasi banyak karbohidrat. Ambik sikit je. Malam, no way nasi please get out of my mouth. Jangan makan nasi malam, Sayang. Sayangilah perut anda. Makan yang ringan sahaja. Minuman oat boleh juga tapi I tak praktikkan. Cuma roti sahaja dan Nutella. Yummeh! Makan dalam kuantiti yang sikit ye.
Bukan tak percayakan susu kurus, teh kurus dan fiber kurus. Tetapi semuanya menuntut wang ringgit yang berganda. Siapa yang tak mau mencuba. Buat masa sekarang, I cuma mengamalkan cara yang biasa dan terbukti ianya sukses. Alhamdulillah.
Join la kelas aerobic atau Zumba. Aerobic manja sikit tapi sila ikut Zumba Dance memang sangat berpeluh dan banjir seluruh baju. I memang suka tiba-tiba dengan Zumba. Tarian Latin ye kawan-kawan. Buat dengan bersungguh baru terasa. Untuk yang tinggal di kawasan Seremban bolehlah join kelas seperti gambar di bawah ini. Menarik ok!
Ini kelas Kak Eja. |
Ini I tak pernah pegi. Seremban 2 dekat belah mana ni? |
Dapatkan tidur yang mencukupi. Jangan tidur lewat sebab kalau tidur lewat akan mengundang perut lapar bila dah tengah malam. Tahan diri daripada makan lewat malam. Berikut adalah cara pemakanan yang I amalkan. Dan akan diteruskan sampai mencapai berat unggul.
- Bangun awal dan terus minum air suam. Confirm! Perut selesa.
- Selepas mandi, sapulah Losyen Mustajab ataupun Felinna Inchloss
- Makan breakfast macam biasa. Mihun goreng, mee kari. soto dan BUKAN nasi lemak.
- Lepas breakfast kalau lapar bolehlah ambil biskut ataupun roti. Takpun beli la buah potong untuk makan sebelum lunch
- Tengahari boleh makan nasi di hujung senduk ye. Jangan ditambah! Lauk pauk kegemaran makanlah puas-puas nanti petang nak bersenam
- Petang selalunya I ambil roti untuk tenaga
- AEROBIC!
- Untuk dinner kalau lapar sangat ambillah makanan yang dapat menggantikan nasi
- Akhir sekali, minum air mineral sepanjang hari..
Terpulang kepada individu.. ada yang selesa berpuasa. Sikit hari lagi memang I akan ganti puasa juga. Sememangnya berpuasa pun dapat merehatkan organ penghadaman kita. Cubalah :)
Berapa setiap sesi?
ReplyDeleteBerapa setiap sesi?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete