Nuffnang Ads

Monday, October 20, 2014

Checked!

Alhamdulillah dan terima kasih Ayah dan Mama. Bestnya hadiah birthday tahun ni. Dan tanpa Sayang, ianya takkan menjadi realiti. Bersyukur sangat-sangat bila salah satu wishlist I dah termakbul. Walaupun agak terkilan, bukan dengan hasil titik peluh sendiri tapi ianya tetap menjadi realiti kepada I. Cewah, panjangnya intro!

Tapi jangan tak tahu, nak mendapatkan dan nak memakai tu macam-macam cobaan dan godaan dan halangan dan sakit pening semuanya ada. Kehabisan stok di semua Authorized Reseller sekitar Seremban - kehabisan stok di stor-stor utama di Bukit Bintang dan Midvalley (kalau OU ke area-area PJ tu rasa macam jauh sangat dari Seremban) - kehabisan stok warna putih - kehabisan stok untuk yang storage 32G - kesuntukan masa sebab nak berkursus lagi - kena tukar pulak ke nano simcard - simcard baru tak boleh pakai - kena potong simcard lama, kena bayar bil - kena tukar ke simcard baru pulak sebab simcard lama NO SERVICE dan ini sangat sangat sangat menguji I. Itu belum pertanyaan dari Mama, kenapa tak beli casing dengan screen protector ape semua.. Huarghhh!

Apa-apa pun, berjaya jugak semua halangan itu diharungi. Dan, berjaya jugak I bawak berkursus. Semoga ianya akan mendatangkan manfaat seperti yang lepas-lepas. In shaa Allah, akan dijaga sebaik mungkin supaya tak tercela. Siapa tak sayang woi, sedangkan barang RM20 ke RM30 pun kita sayang bagai nak rak. 

Panduan untuk yang nak membelinya. Setakat yang I tau, untuk iPhone 5S warna putih silver dan gold, 32G memang dah habis stok dan I tak pasti pulak bila sampai yang baru. Untuk yang nak jugak, try telefon dulu Machine di Garden untuk tanya ada stok lagi atau tak sebab masa I pergi hanya ada 16G itupun gold color. Dekat sana ada banyak warna hitam dan ada dedua 16G dan 32G. Nak lagi senang, sebelum pergi ke mana-mana reseller ni better telefon dulu agar tak kecewa bila dah sampai. Kalau ikutkan dalam website masih lagi ada stok.

Alhamdulillah, selepas 2 tahun ber'3GS' dan setelah 3 tahun setengah ber'Note 1'
Tiba masa nak cari angin baru... LIKE!

No comments:

Post a Comment