Nuffnang Ads

Monday, October 6, 2014

Tips Membaca Novel Bahasa Inggeris

Owh, baca novel pun ada tips ek? Harussssssss! Untuk yang dah power cakap omputih tu janganlah pandang rendah pada kami-kami yang biasa-biasa aje ni. Setiap hari kami juga cuba untuk meningkatkan mutu hidup. Haha secebis kata-kata ucapan aluan sikit. Kalau ada yang alert, I ada satu tag / label dalam blog yang berbunyi BOOK REVIEW dan ianya berkenaan buku-buku yang I dah pernah baca sepanjang blog ini wujud.
 
Gambar hiasan. Tapi nampak menarik ek buku ni... Mu tunggu! hahaha
To be really honest, I read those books because I really wants to improve my English. So, I tujukan entri ini untuk semua sahabat-sahabat di luar sana yang bercadang untuk memajukan diri dengan cuba mempelajari semula Bahasa Inggeris, selain dari formal education masa di sekolah, jom kita belajar istiqomah untuk khatamkan novel atau buku dalam Bahasa Inggeris. I boleh, anda juga pasti boleh. Kemain tagline!
 
______________________________
 
1. MULAKAN DENGAN BUKU NIPIS DAN POCKET SIZE
Pertama sekali, kenapa I kata mulakan dengan buku nipis sahaja, ini kerana buku tebal mengambil masa yang lama untuk dihabiskan. Nanti cepat fed up. Kalau boleh, pilih buku yang pocket size atau senang dibawa dalam beg tangan. Sekarang kan beg besor-besor, masuk laptop boleh, masuk buku yang lagi ringan pun pasti boleh juga kan. Kalau boleh, pilih juga yang bertulisan besar dan bergambar. Supaya minat ingin tahu tu membuak-buak.
 
2.BELI BUKU MURAH-MURAH SAJA
Tak perlu nak beli buku mahal-mahal di MPH ke Popular ke Kinokuniya ke lepas tu tersadai dalam rak buku dan berhabuk dan bertukar warna. Its a NO! Kunjungilah Book Xcess ataupun Big Bad Wolf yang menawarkan buku-buku murah dan mampu milik (macam rumah pulak!). Trust me, berkunjung ke pesta buku akan membuatkan minat tu datang tiba-tiba. Tengok sendiri I review buku-buku, memang semuanya buku tak famous. Beli murah-murah aje jangan terikut orang yang dah ada favourite author mereka sendiri sebab kadang buku diorang limited, susah nak dapat dan kalau dapat pun mesti mahal.
 
3. BELI BUKU YANG MENGGUNAKAN SIMPLE ENGLISH
Beli koleksi Young Adult bagi penggemar fiction sebab bahasa yang digunakan sangat simple sebab untuk bacaan budak-budak muda, kan diorang tak suka benda complicated. Kita pun boleh feeling muda sekali. Jangan ke ruangan Literature dan grab buku Shakespeare, nanti berbelit otak nak baca. Kita baca untuk belajar sambil fun. Buat benda simple je, jangan pening-pening.
 
4. SUSUN DI TEMPAT YANG SENANG NAMPAK
Ini ialah psikologi yang I selalu tekankan pada diri sendiri. I selalu letak buku-buku I ruangan yang senang nampak, bila lalu lalang dekat situ I selalu ternampak, and I will talk to myself, "Eh, that book still there and it ain't moving at all, ermmm, like 2 years?? Oh, I need to read them!" gituuuuu bercakap sorang-sorang. Kadang tu buku yang belum habis baca I saja letak atas kepala katil nanti nak tidur, feeling sikit pasang lampu pastu baca buku sampai tertido. Jangan letak buku dalam rak tertutup nanti kita tak nampak dan rasa buku tu tak penting untuk kita baca.
 
5. DICTIONARY!
Jangan malu nak bertanya, nanti sesat jalan. Kadang tu simple word je 'whipping' ape tah maksudnya. Kita kena juga Google Translate dan buka kamus. Sebab nak tanya orang ala malu-malu kucen. Apalah salahnya beli dictionary paling latest yang kecik-kecik je, taknak bawak merata, tinggal je dekat rumah nanti tandakan perkataan tu dan balik rumah boleh check. Ala mula-mula je, nanti expert dah tak payah dictionary lettew. Hihi.
 
6. TETAPKAN TARGET
I ada terbaca status seorang kawan di FB yang ada beli buku baru-baru ni yang menyatakan dia target 3 buku setahun. A good start! In shaa Allah, novel Bahasa Melayu yang 200% kita boleh baca tak sampai seminggu kalau laju bacaan, tetapkan satu buku Bahasa Inggeris kita kena baca sebulan. Oklah, dua bulan satu buku. Camne? Boleh kan?
 
7. CURI MASA UNTUK MEMBACA
Ini pun I selalu buat, curi banyak gila masa untuk membaca. Kami di Seremban ni pegi balik keje dari office ke rumah tak sampai 15 minit driving, kalau di KL, contohnya, naik LRT dari Pasar Seni ke Wangsa Maju dah dekat setengah jam atau lebih. Daripada memandang orang, hati berkata-kata tak tentu arah, baik focus membaca. Dapat juga faedah mempelajari perkataan baru. I selalu curi masa dalam Bilik Termenung. Feel wo!
 
8. TULISKAN REVIEW
Dulu-dulu dekat sekolah, akan ada kempen membaca. Cikgu akan pastikan setiap murid ada satu buku untuk murid-murid tulis synopsis setiap buku yang mereka baca dan siapa baca paling banyak akan dapat hadiah dan nama terpampang di papan kenyataan sekolah. Best sangat masa tu kan? Cuba terapkan aktiviti sekolah dulu tu untuk keadaan sekarang. I selalu tulis dalam blog je, at least kalau ada yang ingin membaca buku yang pernah I baca tu boleh tengok review. Pandangan orang berbeza. Satu buku tu, mungkin dalam 5 orang yang membaca, 4 orang berminat nak suggest buku itu sesuai dibaca dan mungkin 1 orang lagi rasa buku itu mengarut. Review ni untuk kita uji kefahaman mengenai cerita yang dibaca sambil asah skill menulis IN ENGLISH! Penekanan disitu ye.
 
9. YAKINKAN DIRI
Jangan pernah menyesal dengan buku-buku yang kita beli. Jangan pernah menyesal kalau cerita yang kita baca tu sangat lousy dan tak menepati ciri-ciri cerita yang kita minat. Yakinkan diri yang kita boleh baca walau macam mana pun bentuk cerita dan struktur buku tersebut. Jangan rasa yang Bahasa Inggeris itu terlalu hebat, naik semula ke NO.5 di atas, DICTIONARY! Hehehe.
 
10. ISTIQOMAH
Buku-buku mana pun, pada I, permulaan buku memang mengantuk kita baca. Macam tengok movie, dah tengah-tengah cerita, dah faham cerita, barulah rasa syok dan keterujaan itu muncul. Sama dengan membaca, monolog, prolog apa tah semua kita akan rasa bosan sikit membaca. Tetapkan hati, teruskan membaca. Sikit-sikit pun takpe, nanti lama-lama perasaan nak baca tu sendiri akan datang. My previous book, How To Talk To A Widower, bosan gilos mula-mula. Dah tengah-tengah barulah datang rasa tak sabar wey nak baca ending. Istiqomah, penting dalam apa jua. Niat nak belajar, kena istiqomah, kalau takde, semuanya tin kosong aje :)
 
______________________________
 
Ini caranya macam mana I belajar Bahasa Inggeris. Tak pergi tuisyen atau private class. Belajar sendirian berhad je. Selain dari membaca, I banyak jugak dengar lagu omputih sambil cari lirik. I selesa begini. Orang lain I tak tau. Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Tips di atas banyak I tekankan novel sebab itu paling I suka. Kalau boleh, bacalah buku yang berunsur pengetahuan, binatang, manusia atau motivasi. Terpulang pada individu punya minat.
 

2 comments: