Nuffnang Ads

Friday, October 10, 2014

Tiga Puluh Dua

"Di Hospital Kuala Lumpur, tepat pada tarikh dan waktu pada entri ini, seorang insan telah dilahirkan atas nama cinta dan kasih sayang. Selama 38 minggu dikandung oleh seorang wanita yang paling tabah dalam dunia yang dibantu oleh seorang lelaki yang paling hebat. Alhamdulillah, tiada sebarang komplikasi kepada si ibu, walaupun dengan bayi seberat 4kg, beliau telah melahirkan secara normal. Inilah bayi sulung kepada dua insan hebat yang diberi gelaran Ayah dan Mama.

Betapa hebatnya kasih sayang Ayah dan Mama ini kepada bayi mereka. Diabadikan beratus gambar bayi mereka sejak dilahirkan, bila berusia sebulan, dua bulan, dan seterusnya. Iya, waktu dahulu tiada digital camera mahupun smartphone, gambar diambil menggunakan kamera filem dan dihantar kedai untuk dicuci. Siap dicuci, disusun elok pula dalam satu album koleksi yang memuatkan aturan gambar mengikut usia bayi mereka. Elok gambarnya, siap dilabel dan tersimpan rapi agar tidak dimakan hari.

Walaupun dibesarkan di rumah sewa yang kecil di Kampung Baru, Kuala Lumpur, itu bukanlah masalah bagi mereka. Walaupun hanya menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama untuk menghantar anak mereka yang masih kecil ke Subang Jaya untuk dijaga sementara mereka ke pejabat, meredah hujan dan panas, memang aturan Allah sangat bagus, semuanya selamat...

Di rumah, dibacakan buku cerita sebelum anak kecil mereka itu hanyut dibuai mimpi. Dibelikan mainan yang bagus-bagus untuk merangsang minda anak tersebut. Diberikan susu yang baik sebagai sumber pemakanan untuk tumbesaran anak itu. Dicurahkan sepenuh kasih sayang kepada anak mereka dengan penuh memori di dalam album yang menunjukkan sambutan ulang tahun kelahiran dengan kek dan hadiahnya..."

Allah, besar sangat pengorbanan Ayah dan Mama sejak I dilahirkan. Sudah 32 tahun, masih I ingat setiap cerita yang Ayah dan Mama pernah beritahu. Ayah, Mama bukanlah kaya raya, pendapatan yang sederhana namun dimudahkan oleh Allah. Kami duduk di rumah kampung dan sejak kecil I dijaga oleh pengasuh setiap kali Ayah dan Mama keluar mencari rezeki seawal pagi.

Hari ini, I nak mengucapkan terima kasih pada Allah kerana dikurniakan kedua ibubapa yang hebat belaka ini. Terima kasih kepada Mama kerana mengandungkan, membesarkan dan menjaga I dari hari pertama dia tau adanya I dalam rahimnya dan sampai ke hari ini, saat ini. Terima kasih Ayah dengan semua kasih sayang, perlindungan dan kudrat yang dicurahkan sejak dari Mama mengandungkan I sehingga ke hari ini, I masih di bawah ketiak Ayah.

Ye, hari ini dengan genap usia 32 tahun, semua cabaran dan kemanisan dalam kehidupan I dah lalui. Tak ada sambutan mahupun hadiah hebat yang dapat menandingi doa dari insan-insan tersayang. Cumalah secebis ingatan dan ucapan kepada insan-insan yang terpenting dalam hidup I...

...Ayah, Wanie masih lagi anak manja Ayah. Wanie akan jaga Ayah sampai bila-bila dan dalam apa jua keadaan. Susah senang Ayah, sakit pening Ayah, Wanie selalu ada untuk Ayah. Jangan toleh kebelakang melihat kesengsaraan kita satu ketika dulu, Ayah berjalanlah kehadapan terus dan doa Wanie setiap masa mengiringi Ayah. Wanie jugak berniat nak jaga Ayah macam mana Ayah jaga Wanie. Wanie nak lindung Ayah dari semua kesusahan dan kesulitan. Hanya Allah yang mampu membalas semua jasa dan kebaikan Ayah pada kita sekeluarga..

Mama, Wanie masih lagi nak duduk bawah ketiak Mama. Wanie belum puas nak jaga Mama juga. In shaa Allah, doakan Wanie dapat jadi ibu terbaik dan hebat sama macam Mama. Dari Wanie kecil, Mama selalu membahagiakan Wanie dan sekarang giliran Wanie pulak nak bahagiakan Mama. Walaupun Wanie tak mampu buat macam orang lain, tapi Wanie harap Mama terima secebis usaha Wanie untuk buat semua benda untuk menggembirakan Mama. Allah nampak dan tahu semua pengorbanan Mama, janji Allah itu pasti untuk membalasnya kemudian hari..

Adik, Kakak sayang Adik sampai syurga. Hanya Adiklah darah daging Kakak, teman gurau senda dan teman bergaduh Kakak. Adik dah besar sekarang, jangan lupakan Kakak ye Dik.. Adik dah nak kahwin dan nak ada kehidupan sendiri, Kakak doakan adik berjaya dunia akhirat. Tak ada kesenangan dan kemewahan untuk Kakak bagi pada Adik selain dari doa dari sudut hati Kakak yang paling dalam untuk tengok Adik dipermudahkan semua urusan. Adik masih lagi adik yang kalau boleh Kakak nak dukung, peluk, cium sampai bila-bila....

Sayangku, terima kasih sebab terima semua kekurangan diri I, terima semua kelemahan diri I dan paling kuat membantu I untuk perbaiki hidup I. Sayang, I akan lemah kalau tak ada u dekat sisi I pada hari ni. Pedulikan semua penghinaan orang pada kita, abaikan semua kutukan dan kritikan sebab kita tau siapa kita dan dimana kemampuan kita. Kita jaga keluarga dan rumah kita sama-sama ye Sayang. Jangan pernah rasa nak terjatuh sebab kita akan saling berpeluk dan berpegang sekuat mungkin antara satu sama lain..

Shipitam, kucing terbaik Samani. Tenanglah kau disana disisi Allah. Cukuplah semua penderitaan kita bersama dulu, Allah dah gantikan kebahagiaan untuk Shipitam kesayangan Samani. Sedaya upaya dah Samani cuba nak bantu Shipitam, sampai Samani sedar yang Allah lagi sayangkan Shipitam. Doa Samani agar satu hari nanti kita akan berjumpa di syurga dan Shipitam akan jadi peneman Samani jugak. Samani rindu Shipitam sayang...

No comments:

Post a Comment