Nuffnang Ads

Wednesday, October 1, 2014

USB Modem

Alhamdulillah! Tak sangka sangat Sayang berjaya buatkan untuk I. Rupanya pembantu kedai telefon tu menipu kitorang. Sudahlah menipu, nak melariskan barang diorang pulak. Nasib baik tak tergadai duit. Rupanya, benda tu boleh dapat percuma. 

Selama ni memang I ada USB modem yang dibeli bersama sim card Celcom. Dekat modem tu dah ada logo Celcom, I pun dengan lurus bendulnya memang percaya dekat orang yang menjual tu yang modem ni untuk Celcom saja. Kalau masukkan sim card untuk carrier lain mesti tak boleh function. Dan ianya adalah BENAR! Sebab I pernah cuba buat.

Baru-baru ni I dah tak berapa nak keruan sebab telefon pun rosak, data 2G masih berjalan. Rugi woo kalau tak pakai. Gigih I try ke kedai telefon lagi sekali untuk cari USB modem yang dikhususkan untuk Digi sahaja. RM50 katanya... Ok nanti kalau rasa perlu sangat I belilah. Siap mamat tu cakap kalau I nak draw duit dia tunggu dulu. Ehhhhhh!

Akhirnya, Sayang berjaya jugak menemui solution yang tak disangka-sangka. Maklumlah I ni kan buta IT, mana nak reti benda canggih-canggih gini. Godek punya godek, modem Huawei itu berjaya digodam dan di'unlock' oleh Sayang. Punyalah senang! Dasar kedai-kedai ni memang menipu betul la.. Kalau tak kerana kegigihan Sayang tu mesti I pun tak guna lagi data I. Kalau tak kerana Sayang, I takkan dapat online dekat rumah dan depend pada PC di office sahaja.

Kesimpulan dari cerita kelam kabut I ni ialah, benda lama jangan dibuang, satu hari nanti pasti akan ada kegunaannya yang kita sendiri tak sangka. I memang dah pasang niat nak buangkan je USB modem ni sebab macam dah takde kegunaan dan eloklah disisih. Tapi, I silap.... Dengan itu, bolehlah I bertenet tanpa had di rumah. Harapnya waktu membaca I tak terganggu langsung. Hehehehe.

Apa pun I nak wish, Terima kasih banyak-banyak Sayang! Tanpa u, siapalah I, dan tanpa u, tiadalah entri ini :)

boleh je kalau nak unlock USB Modem ni k... Jangan dibuang-buang
Sumber gambar : Google

No comments:

Post a Comment