Nuffnang Ads

Monday, October 6, 2014

RSVP : Temuduga Jawatan Penguasa Kastam Gred W41

Dengan munculnya RSVP ini maka penyertaan I ke Pink Aerobic pada 18.10.2014 adalah terbatal serta-merta. Ini kerana ingin memberi laluan kepada I untuk menghadiri temuduga jawatan yang dinantikan selama ini. Sedih tu sedih jugak sebab dah lama tak join event Zumba. Masa pelancaran FIT Malaysia tu I tak dapat pergi.
 
I dapat SMS dari Fira malam tadi (thanx babe!) yang bagitau pada I dia akan ditemuduga pada hari Selasa ni, which means, ESOK! Ya Allah, tiba-tiba dating rasa stress tu sebab pusat temuduga Fira di Wisma Negeri je. I punya yang di Putrajaya. Confirm ramai :( Ada ke harapan... Masa Fira SMS tu I tengah memandu nak ke Dusun Setia. Sampai je dekat rumah, terus I online dan semak nama I. Untuk sesiapa nak check bolehlah click terus :
 
 
Alhamdulillah, I punya interview adalah pada 18 Oktober dan terus I teringat I memang ada event Zumba pada hari tersebut. Perkara pertama I buat ialah SMS pada Sayang untuk minta bawakkan I ke Putrajaya nanti. Nak suruh I memandu dalam keadaan nervous entahlah boleh ke tidak hahaha. Ini adalah kali pertama I ke temuduga selepas 2 tahun lepas temuduga Penolong Pegawai Tadbir di Wisma Persekutuan, Seremban. Berdebor!
 
Alhamdulillah lagi sekali... I pun nak ke pejabat esok dengan persiapan dokumen untuk ditemuduga. Hari ni nak start prepare dah sijil-sijil sebab Hari Rabu nak berkursus di Penang. Esok, macam-macam kena buat. Yang penting, nak sediakan surat untuk Fira. Nasib baik interview petang, boleh la pagi tu I bantu dia mana patut.
 
Doakan kami berdua yang terbaik ye :)
 
Semoga Allah permudahkan semua urusan I. Aminnnnnn!
 

No comments:

Post a Comment