Nuffnang Ads

Tuesday, October 28, 2014

PENAFIAN Iklan Jawatan Kosong RISDA

Tolonglah, jangan bagi harapan palsu dekat kami-kami orang yang memerlukan pekerjaan yang lebih baik. Masalah yang melanda sekarang ialah, semua benda nk di'forward'kan dan bahasa media sosialnya ialah VIRAL. Kadang-kadang bagus, untuk sekadar nasihat dan pengetahuan am. Tapi bila melibatkan jabatan dan peluang pekerjaan macam tu, memang menyedihkan...

Kalau yang ada WhatsApp, mesti perasan kan sekarang dikhabarkan ada Iklan Jawatan Kosong di RISDA. Baru ni, I ada terbaca mengenai Penafian dari pihak RISDA. Sila klik terus ke link di bawah :


Ini adalah tidak bagus sama sekali. Macam mana orang kata tu, memberi harapan palsu kepada, terutamanya, fresh graduate yang dahagakan jawatan kosong lebih-lebih lagi di agensi-agensi Kerajaan. Pernah terjadi, adik kepada rakan pejabat I sendiri telah beriya-iya bersiap sedia menghadiri temuduga terbuka sebuah badan beruniform, namun, ianya bukan terbuka tapi hanya untuk mereka yang telah dipanggil melalui surat panggilan.

Pada pendapat I, benda-benda macam ni sebelum di'forward' silalah buat siasatan dan selidik terlebih dahulu. I tau mengenai penafian ini pun sebab I nak mencuba memohon. Tengok-tengok website RISDA terus nampak link pada penafian... Frust!

Please, kawan-kawan. Kita tak tau, berapa orang lagi yang kecewa dengan tindakan kita yang sewenang-wenangnya forward berita palsu macam ni... 


No comments:

Post a Comment