Nuffnang Ads

Thursday, October 2, 2014

Double Parking Di Wisma Negeri

Kisah ini harus dijadikan teladan terutamanya mereka yang bekerja ataupun yang berurusan di Wisma Negeri, Seremban.

Kalau yang pernah ke sini, mesti akan menghadapi masalah yang satu ni. Bukan sini je I rasa. Banyak lagi jabatan kerajaan ataupun kompleks pejabat yang bermasalah macam ni. Masalah tersebut ialah TEMPAT MELETAK KENDERAAN. Kita pun tau kan kan yang lot untuk parking makin kurang disebabkan kenderaan makin bertambah. Sebab tu lah terjadinya pelbagai peristiwa yang tak diingini. Disini I teringin sekali menyatakan kekecewaan akibat daripada permasalahan ini. Bukanlah salah kereta yang bertambah tu, tapi SIKAP MANUSIA yang memandu kereta itu...

Tak dinafikan, dah hampir 10 tahun berkhidmat di sini, most of the time memang I akan block kereta orang @ double park sebab I bekerja di WP3 yang waktunya bermula jam 8.30 am. Waktu ni, semua lot kebiasaannya penuh dan kami yang lewat, nak tak nak terpaksa cari option untuk meletakkan kereta. Inilah puncanya kena double park. Yang I nak ceritakan ialah masalah-masalah sikap sesetengah pemilik kenderaan yang menyusahkan, iaitu : 

1. TIDAK MELETAKKAN NOMBOR TELEFON
Kakak-kakak, abang-abang, kalau dah block kereta orang tu tinggalkanlah nombor telefon. Make sure, nombor telefon yang available dan berbateri penuh. Kalau boleh tinggalkan sekali nombor telefon pejabat. Kalau handphone takde coverage senang boleh call pejabat je. Janganlah selfish sangat, walaupun sekejap je nak block kereta orang.

2. TIDAK MENURUNKAN HANDBREAK
Turunkanlah handbreak kalau rasa-rasa nombor telefon tu ialah privacy anda sampai orang nak contact pun tak boleh. Retis sangat ke u ols sampai tak tinggal nombor??? Ok sila turunkan handbreak senang nak tolak ke depan ke belakang ke. Budaya di sini jarang ada yang turunkan handbreak, kalau macam di office Mama sebelum ni memang macam ni caranya,

3. TELEFON TIDAK BERJAWAB
Ini ialah peel seorang pegawai di jabatan I, sudahlah datang tu lambat, block kereta orang pulak, nombor telefon memang dia tinggalkan, boleh pulak pergi meeting di luar kawasan wisma. Berjam-jam orang call untuk minta dia alihkan kereta. SELFISH and STUPID! I pernah dengar alasan dia, siapa suruh masuk dekat parking yang dia selalu masuk. Oh hello, who do you think you are?! Kalau ada hal kecemasan mengakibatkan kematian, dan dia jadi punca mungkin barulah insaf kot. Tengokkan dia memang belagak macam bagus sikit hahahaha. Ops!

4. MENJULURKAN KERETA KELUAR DARI LOT
Ada sesetengah kakitangan yang datang awal dan berniat nak keluar awal di waktu tengahari ataupun mahu pulang awal pada waktu petang akan buat perkara seperti tersebut diatas. Kebanyakannya akan menjulurkan sedikit keretanya supaya orang tak boleh double park depan kereta dia. Dan ada sesetangah yang keluarkan kereta dengan menjulur separuh daripada lot. Gila kot. Agak-agak la kalau taknak bagi orang park pun, jangan sampai kenderaan jabatan yang besar-besar macam 4WD tu TERlanggar kereta u ols ok.

5. TAK PANDAI BUDGET DALAM KAWASAN SEMPIT
Kebiasaannya ni orang yang tak biasa lalu dalam kawasan di sini. Tak reti nak budget kalau corner tu nak kena ambil side lebih sikit supaya tak bersagat dengan kereta lain yang sedang parking. Ada jugak yang teragak-agak kiri kanan sampai bercalar-balar kereta orang. Kereta Sayang dah cacat kedua belah fender. Apakan daya....

Antara yang diatas, I pernah mengalami orang tak jawab call. Memang sakit hati. Apa lagi, dapat makian dari kawan I. Siap dia mengadu dengan laki dia. Laki dia pulak sound I. Tapi, memang kena bahasa la dengan I balik. Ohhhh, bini dia turun lambat siap suruh orang alihkan lepas tu tak minta maaf. Hahahaha! Tapi tak baik la gaduh-gaduh kan... I andaikan dia hanyalah seorang yang gila.

Untuk mereka yang akan berurusan di sini, kalau boleh pergilah parking dekat luar yang berbayar tu, jangan nyemak sini arrrrrrr hahahahaha *kidding*

No comments:

Post a Comment