Pertama kali I menjejakkan kaki ke Kompleks Kraf ni. Selalu mengagumi rekabentuk lama tu dari luar je. Kali ni I ikut kawan-kawan masuk. Tujuan? Konon-kononnye nak cari Baju Batik ke Kain Batik tah. Sekali sangkut dalam kompleks ada lah nak dekat nak 2 jam. Berjaya jugak Kak Leen dan Hajar sambar baju 1 Malaysia yang berharga RM69 sahaja dan ada 2 jenis corak untuk wanita. Selain baju 1 Malaysia tu memang ada banyak lagi barang-barang menarik dan semestinya yang tertarik dekat biji mata I ialah ruangan BEG! Dari yang kecil sampai yang besar semua I duk belek-belek. Kalau beli nanti nak letak apa? Nak simpan mana lagi rumah dah takde ruang. Hahaha positif2.
Keadaan dalamnya yang macam-macam ada! |
Macam gambar dekat atas ni, ada 2 kedai baju di dalamnya. Barang-barang dalam ni memang dijual pun di bawah pengurusan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Kalau betul-betul minat akan kraftangan memang patut datang sini ye. Berbeza dari kedai-kedai lain, Kompleks Kraf hanya ada barangan kraf buatan Malaysia, yang mungkin generasi muda sekarang pun tak pernah tengok Tepak Sirih.
Nampak puas lepas duit melayang hahaha |
Yang menarik hati I dalam kraftangan ialah seni Tekat. Buat yang tak pasti, Tekat tu macam sulaman emas pada kain baldu ye. Mungkin juga Mama dan adik beradik tau seni Tekat buatkan I berminat dengan seni tu. Satu hari nanti ilmu Tekat memang I nak belajar dari Mama dan makcik-makcik I sementara mereka masih mampu nak bagi tunjuk ajar. Tak terkira dengan wang ringgit seni halus kita kan...
Oh ye, gambar di atas menunjukkan muka Kak Leen dan Hajar sedang berbincang size baju yang mereka beli dan rancangan bila untuk pakai baju tersebut. Hampir-hampir I nak beli kebaya labuh yang cantik tu. Dapatlah akal baju tu warna cokelat kalau shocking pink dah memang I balik pun bawa paper bag agaknya.
Nampak tak first time pegi kannn |
Dah moh balik! |
Kalau yang berkesempatan nak tengok-tengok Kompleks Kraf Negeri Sembilan bolehlah ikut peta seperti di bawah :
Senang saja ye :) |
Akhir kata, sokonglah barangan kraftangan Malaysia. Kalau bukan kita, siapa lagi kan? Walaupun I sendiri bukan peminat tegar tapi kadang-kadang kita memerlukan seni kraftangan ini lebih-lebih lagi seperti majlis pertunangan, perkahwinan, berendoi dan macam-macam lagi. Tak salah kalau mengambil tau daripada tak tau langsung. Terbaca satu artikel:
http://www.mysuara.net/seni-kraf-ketandusan-generasi-pelapis/
Kata-kata terakhir, selain dari seni Tekat, I sukakan kain songket :)
Cantik
ReplyDelete