Nuffnang Ads

Saturday, November 30, 2013

Allah Sayang Kita Semua, Sahabat

Baru ni gempar dengan satu kes daripada sahabat yang dah kami kenal selama lebih dari 5 tahun. Bukan baru kenal sebulan dua. Tidur baring pun dah pernah bersama. Apatah lagi makan sepinggan. Dia diuji dengan satu kisah sadis yang sangat menyayat hati dimana, diri I sendiri pernah mengalaminya. Hanya Allah yang tau perit dan seksa dijiwanya. Dan kami, orang luar yang pernah menyaksikan kebahagiaannya selama ini hanya dapat memandang dan membantu sepenuh hati kami untuk mengurangkan bebannya.

Sahabatku, saya tidak berada dalam keadaan awak, saya tidak berdiri di atas kaki awak dan saya tidak hidup di dalam dunia awak. Tapi saya tau perasaan awak ketika ini. Dengan kesungguhan hati awak untuk meneruskan hubungan yang kian hancur, saya pernah melalui segala keperitan itu. Tiada kata lain yang dapat saya ucapkan hanya, Allah sayang kita. Jangan pernah lupa janjiNya. Dugaan berat hanya pada orang yang kuat dan tabah seperti kita, yang mampu menghadapinya. Kerana Allah tahu dan Dialah yang mengaturnya semua untuk kita. Semuanya sudah tertulis. Sebagai hamba yang lemah, kita harus melaluinya sekuat yang mungkin.

Berbekalkan iman di dada dan akal fikiran yang dikurniakan, awak hadapilah semua dengan redha. Dia, yang awak tunggu bukanlah yang terbaik walaupun dia pernah membahagiakan awak. Dia, yang awak sayangi bukanlah pencinta yang setia. Dia, yang awak rindui, telah hanyut dengan dunianya sendiri. Yang tanpa awak sedar, dialah penyebab yang akan mendekatkan lagi awak dengan Pencipta kita semua, langit dan bumi. Tanpa dia, buku kehidupan awak akan kosong. Pengalaman awak hanya setahun jagung. Tapi dia telah mengisi warna dalam kehidupan awak. Allah telah mengirimkannya pada awak dan kita semua untuk menguji setiap insan disekeliingnya.

Saya bukan sahabat yang baik untuk membahagiakan awak sepanjang masa dan saya bukan insan yang begitu mulia untuk didukung semua kata-kata saya adalah benar semata. Awak sendiri mencorakkan kebahagiaan awak. Awak sendiri yang akan memberi kemanisan kepada semua di sekeliling awak. Kerana awak saja yang ada kekuatan itu. Kami, sahabat-sahabat awak hanyalah insan yang kerdil dan kami hadir memberi sokongan kepada awak agar tidak pernah hanyut dan leka dengan kesempitan ini. Pelangi tetap akan muncul suatu hari nanti sesudah hilangnya ribut. Percaya, Qada' dan Qadar sudah ditentukan untuk awak. Masanya juga sudah ada tapi awak jangan pernah menyesali semua masa silam awak. Itu semua panduan bagi kita untuk terus hidup di dunia bagi mencapai kebahagiaan di syurga kelak.

Saya, berdiri hari ini kerana Allah, tersenyum juga hari ini kerana Allah dan menikmati bahagia daripada Allah. Saya, pernah tersungkur kerana nikmat yang ditarik Allah, pernah terduduk meratapi kesedihan dan pernah 'mati' rasa dan jiwa kerana tipisnya iman. Telah hadir satu kekuatan, yang dibisikkan Allah supaya saya terus bangun dan berjalan dan berlari dan membebaskan saya dari belenggu itu. Telah hadir sang pelangi yang mewarnai segala hitam putih di dalam buku mewarna saya. Telah tiba juga hari dimana saya bangun dengan satu semangat, Islam bukan satu agama yang akan melemahkan umatnya tapi Islam mengangkat umatnya supaya lebih bersedia jika ada kemungkinan yang bakal merobek keindahan yang telah kita kecapi. Syukurlah ya Allah, dengan segala pinjaman dan nikmat dariMu.

Awak bangunlah, dari mimpi ngeri itu. Awak bangkitlah dari kejatuhan yang menyeksakan jiwa. Awak berjalanlah, mencari yang hakiki kerana Dialah yang akan membawa awak berlari selaju mungkin untuk meninggalkan bayang-bayang hitam yang mengganggu kewarasan awak. Percayalah, saya mula belajar redha. Pandanglah semua, ada insan yang lebih sakit jiwanya dari kita, ada insan yang lebih teruk lukanya dari kita, ada insan yang lebih parah kekecewaannya dari kita. Bersabarlah, kerana sifat terburu-buru itu akan mengundang kehancuran.

Doa saya kepada awak, sujudlah pada yang satu, ucapkanlah syukur pada segala nikmat dan taubatlah pada segala kekhilafan. Sesungguhnya, berimanlah kepada Allah, berbuat baiklah pada semua kerana kemudian hari nanti ada kemanisan yang akan awak terima. Jangan menangis, akan lemahlah jiwa awak nanti. Jangan meratap lagi, kecuali bila memohon dariNya.

Ya Allah, peliharalah kami dari semua kemungkaran yang tak mampu kami hadapi. Ampunilah segala kesalahan dan dosa kami. Berilah kami kesejahteraan dunia dan akhirat permudahkanlah semua urusan kami. Kau kuatkanlah keimanan dan ketaqwaan kami, Kau peliharalah aqidah kami agar tidak terpesong dan tersesat dari jalanMu. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kurniakanlah kami kesabaran yang tinggi, agar dimudahkan segala dugaan yang Kau berikan kami dapat hadapi dengan tenang dan kuat.....

Sahabatku, berdoalah. Kerana Allah selalu mendengar dan melihat setiap perbuatan kita tak kira masa.
Amin Ya Rabbal Alamin.

*sobss.. Sobss.. Menangis, bila ada insan senasib dengan I.. Moga Allah pelihara sahabat kami itu...*

Siap, Sedia... Jalan!

Aww, tomorrow is the day. We officially are the tenant of our Palace of Happiness on December 1st, according to our agreement with landlord. Baru senang hati nak move in barang-barang kelengkapan rumah. Barulah rasa lengkap. All the while kitorang masuk sebab nak basuh aje dan bawak sikit-sikit barang. Sekarang, barangan peribadi dah siap packing dari rumah family dan siap untuk dibawa. Tapi yang kecik dan senang angkut pakai kereta sahaja. Barangan besar kena pakai lori jugak. Nervous tau.

Ni rumah Baby ngan Sayang ni hihihi. Takpelah Sayang, slow-slow kita lengkapkan rumah nanti ye. Macam-macam benda nak dibeli ni. Untuk keselesaan kita berdua. Takpe, setahun kita buat budget sama-sama. Kita tak mewah takpe, asalkan kita bahagia seadanya. Lagipun bukan semua kita kena beli, ada yang dah sedia ada dan tunggu masa untuk dipindahkan. Dah tak berapa terbeban.

We're getting married! These are the wishlist items that u people out there whose wiling to give the wedding gifts to us, as per our request and for more specific we prefer those in WHITE COLOR. Bahahaha jujur ok! Kitchen cabinet, washing machine, chest drawer for our clothes, 42" flat screen tv, air-conditions, water heater, kitchenware rack, 2-doors fridge and lamp shade with stand. Hamboiiiiiiiiiii! Tapi itu kira sikit je sebab yang lain kan dah ada *senyum mulut senget* muahahaha.

Actually, we're looking forward to buy them by ourselves. Those were the lists and we need to struggle more to gain them. The idea of wedding gifts was only a joke and for those who read this, duhhhhh, kalo bagi kitorang terima ajeeeeee. Lalala~

28 days to our BIG DAY, I'm here at home is doing the clearance on what stuffs to dump into the bin and what to bring to new place. But suddenly I forgot that I had new tasks on our wedding day. Some of our families and immediate friends that are going to celebrate us need a place to stay in Seremban. Obviously, a few homestays can fit them all. I open here for whom it may concern, I'm looking for homestays in Seremban. Harapnya kawan-kawan sudi membantu bagi contact number untuk homestay sekitar Seremban sebabnya satu-satu homestay harapan iaitu KRS Homestay di Ampangan telah penuh pada tarikh tersebut. Sekian dimaklumkan.

Eh, ni macam tajuk lain tapi cerita lain ye. Ok sambung mengemas. Sambil bersin! Haaaaaaaaaaaachum!!!

Friday, November 29, 2013

Cinta Habis-Habisan

Isi kandungan entri ini ialah totally about my feeling towards my future husband and our marriage life, which is, tak pernah rasa benda camni. Mungkin bagi orang lain benda macam ni dah basi. Come on, people! Think love, do love and make love. Don't ever get me wrong. Make love more stronger in every breath, everyday and every single moment. Bagi chance la I nak rasa semua ni. Sebelum ni takde rasa berkobar sangat. Awkward!

Baby, for your information, I tak pernah membenci u langsung walau u buat that silly dance at the shopping mall and it happening in front of other people. I tak kecewa dengan apa-apa komen dari orang berkenaan u sebab, I kan dalam proses nak kenal u lagi. Setahun lebih belum cukup. I need the rest of my life to study more about u and everything that cross in your mind. I will try and I'll always try harder. I tak pernah marah pun kalau u kacau-kacau I masa I tengah diam sebabnya u tak pernah fed up nak merangsang mood I supaya otak I cergas. Hehehe mesti u terkejut baca macam ni :)

U're one of a kind. Your uniqueness had killed my feeling towards other men. Your passionate and loyalty leads me to strengthen our relationship with more and more sweetness in our romances. Kenapa tak kenal dari awal dulu ek? Kalau tak, takdelah hidup kita tak tentu arah sampai dah umur 31 tahun ni. Ambik Rukun Iman yang Keenam, itulah sebabnya kenapa kita kahwin sekarang. Wahhhh, kenapa lah asyik nak ayat jiwang aje sekarang. Makin nak dekat makin menjadi-jadi ye, Samani. Bukan buang tebiat tapi nak menunjukkan penghargaan pada bakal suami. 

Bakal Mr & Mrs Hafizi :)
*us at Ain's Wedding Day*
Solex lah I sebanyak mana yang u nak nanti, I bersedia mental dan fizikal. I won't let u down, Baby. I doakan kita jadi 'love birds' yang loving sampai bila-bila hehehe. Wow! Dah nak kawin dah! 

Dup dap, dup dap!

Thursday, November 28, 2013

Kahwin Oh Yeah : Wedding Rentals Yang Best!


Ehehe, saje je ngajak join DIY sekali walaupun pelamin I tak jadi buat sendiri (sobs! sobs! *nanges*) sebab Mama taknak memeningkan kepala dia dan kepala I. Seriously, I was like, a lightning strike on my head and my brain was all came out from my skull and it burnt until 95% and smells like overcooked steak and it was considered as 3rd degree burnt :'(( This is how I felt when Mama told me to proceed with hiring Abang Ikmal for my wedding dais. Still, the passion of having my own dais I keep tight inside my soul. Ehhh, merepek kesedihan macam ni, hakikatnya memang camnilah I rasa.

Ada 2 blog yang mengusik jiwa raga gelora nafsu serakah I semualah. Terima kasih Kokpin dengan review dari Instagram beliau yang I cilok ni. This is so great! Kalau tau minah ni ade buat rental macam ni takdelah I kelam kabut sangat sampai Mama decided, "Dah, dah jangan serabut, kita suruh orang buat je," redho. Walaupun I tau takkan capai kriteria yang I nak.

First of all, I suka sangat page Something Borrowed by Nawal ni. Try aje click, malas nak cerita panjang, baik tengok sendiri dan kaji sendiri. Siap ada polisi dan harga yang diberi. Better u all check dulu dan siapkan kalkulator, nanti senang la calculate benda apa yang sebenarnya u all perlukan. I have all that on mind, tapi.... Ok taknak teruskan! By the way, it located in Putrajaya.

Suka kan? Suka kan? Kan?
Secondly, to the Weddings Board page we go. This more to vintages items. Not in my interests list but still it catches my attention when I first saw its website. Cool one, it even more guiding u on inspirations as they've posted in their blog, an I was like, whoa! Cantik, cantik, apakan daya, it doesn't suits well with my theme. My brother's wedding, perhaps. I'll think of it later, let the Kakak pass through first ok lil' bro :) More info, do visit them and their location is in Puchong

I just love the suitcase!
Good luck to all B2Bs ! 

30-days

I cant' wait to be like this :)
Nope, we're not counting months now but DAYS. I was lying down and dreaming on how the beautiful ceremony will be in 30 days. In this short of time there are things should be done to smoothen the wedding day. It was only yesterday when I first met him. It was only yesterday when he proposed. And it was only yesterday when we quarreled a bit, on who supposed to call first :)

It's not only on how the wedding will be held but what will happen to our life when we had tie the knot. It kept running here in my adrenaline since a few months back. We have to balanced up both families, without hurting anyone. The time we spend together will be longer, it can be as long as 48 hours during the weekend. This is what we always talk about, we want to spend each second to compliment, to help, to accompany and to love each other in the most beautiful place in this world, our own Palace of Happiness. 

In this 30 days, we'll keep on falling in love to each other, and will keep counting till our last breath. Trust me, dear, there will be obstructions, hurdles, constraints, obstacles and whatever they've called it, I want to overcome it with u, only u. Give me your protection and held your arms around me to keep me away from the thunderstorm.

Today is November 28th and in only 30 days we will getting married. Photographer, caterings, wedding dais, wedding gifts, door gifts, wedding dress and the most important are the forms that should be completed on our big day, later. We are preparing ourselves to distribute cards to all guests. This is also the time for us to settle down our bills, accordingly. From my side, I need to struggle on my headscarf, wedding dais, cards and door gifts. In addition, my house also needs to be clean and paint to brighten up the dim house.

I can feel the adrenaline rushed. How do I look on that day. How many beautiful people will surround me. How am I going to smile to them. How if my teardrops fall. How am I going to wear Henna. How good the food will be. And I've got soooo many HOW in my head now.. I am nervous and I have cold sweat now in this aircond room.

This is funny, in 30 days, call me Mrs.Hafizi :)

The Hunger Games : Catching Fire

Lemah betul la ending cerita tergantung macam tu. Saje je nak buat sequel lagi pastu suruh I pegi tengok. Pandai korang! Lagi satu pandainya ASTRO pun sama, dia tau sequel nak keluar, dia tayang la cerita-cerita lama tu. Sebab utama I pergi tengok Katniss ni lagi sebab I tengok The Hunger Games dekat ASTRO la. Aiseyyyy, terus melekat dan excited nak tengok yang baru punya.

Dah menang 74th Hunger Games kena masuk Quarter Quell pulak. Sian korang!
Yang first tu ok, tapi mungkin watak Katniss ni blur sikit. Asyik tercengang je. Pastu sian la Peeta dengan Gale. Alahai, selalu lupa nama pun cerita... Tapi antara Gale dengan Peeta mestilah Gale lagi handsome ok! This is how girls interpret the movie review. Ke'handsome'an yang ditengok. Muahaha. Cerita first tu I kesiankan Prim yang kena pilih tapi Katniss volunteer gantikan adik dia. Ok part macam ni semestinya air mata ahkah tumpah.

Peeta Mellark & Katniss Everdeen
*ala, situ pun ada tulis nama diorang*
 Yang second ni pulak Katniss dengan Peeta kena belakon jadi couple. Dan nak kahwin! Ok dalam sequel dia ni bertambah lagi mamat handsome ok. Gale memang la handsome, Finnick pun handsome. Just stop with the handsome thingy. Let's talk about the movie. I'd love to see Katniss in the game again. Memang nampak arrogant sangat Katniss ni I suka. Paling suka muka belagak beliau. Style whoaa! Dengan cara berlawan yang tak berapa best, oklah untuk tengok perjalanan cerita. Peeta lagi lah, ada ke berlawan? Hurmmmm. Kali ni diorang pergi district by district untuk tour. Patutlah, ada kasta-kasta jugak. Finally, District 12 dah takde. How come? Mungkin sequel lagi kot lepas ni.

Haa yang tengah-tengah tu mamat Gale (Liam Hemsworth)
So far, memang nampak betapa science fiction betul cerita ni. Dia punya costume dia punya scenery, dia punya hutan berlawan-lawan boleh set ok nak ribut taufan semua. Sama je macam LOTR atau Harry Potter, both required a very high level of imagination from their producers and directors. 

Cuma satu je nasihat, kalau taknak membazir duit tiket wayang, tunggu je la ASTRO tayang tak lama lagi. Bukan nak down kan, tapi best memang best. Klimaks dia masa ending tu, sooooo whatever! Baik tengok Twilight, lagi berbaloi. Haha mulalah nak compare. Tunggu je lah tayangan dekat ASTRO. Bahahaha! Tapi camne ni, cerita Thor pun I belum tengok lagi. Ada-ada je la Samani :)

Thanx, Sayang.. Lepas penat basuh rumah, bawak jugak I tengok wayang ni. Siap tengok show 12.15 am sampai jam 2.15 am kot macam tu. Dengan kerja pagi jam 7.00 am, u teman jugak I.

Love you!

Tuesday, November 26, 2013

Hari Inovasi dan Sukan JKR 2013 : Kumpulan Koir

I mencadangkan Kumpulan Koir JKR N.Sembilan diberi nama komersial. Ecehhh, baru dapat sekali tepukan gemuruh dah nak nama komersial kan.... Kerlasssss ko nok! Untuk tahun ini, rasanya cukuplah dengan pencapaian yang hebat ni. Hebat, sebab kitorang diberi kepercayaan untuk membuat persembahan pada hari pembukaan Hari Inovasi dan Sukan JKR Semalaysia Tahun 2013. Bunyi retiss sangat lah! Menakutkan sangat ni hahaha.

Kumpulan koir kami terdiri dari Zana, Anirah, Mazlina, Zaidi, Fendi, Muaz, Zaki Black, Ila, Fira, Siti Azlina, Ah Leng, Huda, Helmi, CC Mail, Sobree, Hajar, Majlah, Shidah Mek, Rubi dan Aisyah. Seronok bekerjasama dengan geng koir ni. Semua sporting! Kaku keras pun bila disuruh joget semuanya joined in. Takde malu, cuma depan audience agak gigil dan keras sejuk beku semua lah. Hehehe. Apa lagi nak up diorang ni ek. Oh lupa, kumpulan koir kami ni dilatih oleh dua orang guru muzik yang berpengalaman dan mempunyai passionate yang tinggi terhadap muzik dan nyanyian, iaitu, Cikgu Zakaria dan Cikgu Mizan. Mereka memang member kitorang yang terbaik. Sangat berdisiplin dan kreatif. I yang selalu lewat ni malu dengan cikgu. Hihi.

Actually, pada Malam Pembukaan Hari Sukan JKR SeMalaysia 2013 pun kitorang dah mula menyanyi. Dimulakan dengan lagu Negaraku, memang dah mula seram sejuk. Diikuti pulak dengan Lagu Standing In The Eyes Of The World. Syok! Sebab kontijen pun menyanyi sama-sama dengan kami. Akhir sekali, lagu yang diubah suai lirik dari Malaysia Baru ke lagu Sukan JKR Malaysia dan yang ni paling best sebab ada menari sikit. Oklah kan kalau semua suka. Sedih sikit, bahagian suara Soprano iaitu I, Anirah, Zana dan Mazlina tak kuat langsung mikrofon tu.

Picture courtesy of Zairil from Mekanikal
Warna warni JKR Malaysia 2013
Kumpulan Koir kami :)
Selepas menyanyi, haruslah posing.
Selesai pembukaan sukan, kitorang ke Perasmian Hari Inovasi JKR 2013 pulak pada 18 November 2013, 3 hari selepas pembukaan sukan. Kali ni kitorang menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Inovasi dan lagu Anak Nogori. Lagu Anak Nogori yang Aishah nyanyi tu sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan. Rajin-rajinlah menonton dalam YouTube kalau nak tau macam mana lagu tu.

Setiap pembukaan mesti ada penutupnya. Majlis Penutup Hari Inovasi JKR 2013 adalah hari yang ditunggu. Rasa nak gugur jantung sebabnya selepas lagu Malam Ku Bermimpi dan Umpan Jinak Di Air Tenang, I akan menyanyikan solo lagu Seindah Biasa. Ala, yang Dato Siti Nurhaliza nyanyi masa Final AF. Nak jugakkkkk hahahahaha. Tapi I dah berjaya menyanyi, dan paling penting semua audience happy dan suka. Dan yang seronoknya, Dato Ketua Pengarah Kerja Raya pun enjoy. Syukur!

Sampai sini aje kemuncak Kumpulan Koir JKR N.Sembilan. Tahun depan ada event lagi kitorang akan beraksi lagi. Cewah! Moh tengok gambar di bawah.

Picture courtesy of Abang Muaz's iPad 

Amboiiiihhh, sukanya kome ye!
Bersama mantan Pengarah.

Hari Inovasi JKR 2013 - AJK Penginapan

Walaupun I tak involve dengan kumpulan kreatif tapi I masih lagi bertugas untuk Hari Inovasi JKR 2013. Nampak la sikit peranan penting tu walaupun tak banyak. Dengan bangganya, I bertugas sebagai AJK Penginapan dan Ahli Kumpulan Koir JKRNS. Selepas hari sukan pada 16 November 2013, bersambung pulak pada 17 November sehinggalah ke 19 November 2013. Amboi, lamanya bertugas. Sampai dah lupa macam mana nak buat kerja-kerja perkhidmatan untuk kakitangan JKR N.Sembilan. Hahaha, itu tipu. Tapi memang ye, ada la dalam 2 minggu jugak jiwa kucar-kacir, keluarga tah kemana, makan minum mewah dan hidup tak tentu arah. Sampai macam tu... Mana kan tidak, JKR N.Sembilan ni kecil saja dan kekuatan kakitangan tak macam JKR negeri lain yang besar dan ramai, mempunyai banyak daerah. Jadinya, staf itu yang main sukan, staf itu yang KIK, staf itu menyanyi koir dan staf itu AJK Hari Sukan dan Inovasi.

I love the colors! 
Bukannya senang, jadi AJK Penginapan. Siapa kata senang sila angkat hidung sebabnya u memang belagak hahaha. Bukan nak membesar-besarkan tapi kerja uruskan penginapan ni soooo complicated. Pertama, penerimaan jawapan daripada peserta untuk menginap. Termasuklah, gred jawatan, bilangan ahli, ketibaan dan cara pembayaran. Kena selaraskan, tak mau tersasar nanti susah nak kira semula. Hotel? Owh, diorang hanya sediakan bilik dan serahkan kunci dan claim pada kita. Perkara kedua yang penting ialah pemilihan hotel yang boleh sediakan perkhidmatan macam yang kita mahu. Meh tengok pengalaman I, Cik Eda, Helmi, Zana dan Siti menguruskan penginapan. Tanpa mereka siapalah I.

Tengok, nama Ayah silap.. Pfffttt!
Goodies bag - oleh Bahagian Bangunan dan Pendidikan JKR N.Sembilan
Pengasingan gred jawatan ni penting sikit ye sebab lain gred lainlah biliknya. Macam yang kita tau dalam kerajaan ada pelbagai gred. Untuk tugasan I kali ni terpaksa menjadi AJK Penginapan di Hotel Royale Bintang, Seremban. Peserta yang akan check-in sini ialah JUSA, Pegawai Utama, Pegawai Kanan, Pegawai Kader dan Jurutera Daerah seluruh Malaysia. Bayangkan! Keraskan hati, Samani. Redah je. Sesetengah profesional memang sangat profesional dan mereka faham tugasan AJK seperti kami. Dan lainnya, sangat-sangat perlukan kesabaran. Apa pun, 90% daripada pegawai yang kami deal di Royale ni sangatlah best dan sporting. Tak seperti yang kita sangka, mereka ini arrogant. Rasa seronok bekerja dengan mereka yang merupakan pegawai Gred 41 dan ke atas, golongan Pengurusan dan Profesional.


10.50 pm - masih bertugas *nangis*
Bilangan ahli yang akan menginap ni tertumpu kepada peserta KIK di Klana Resort, Seremban. Ini sebab nak mudahkan hotel buat pengasingan bilik dan menyusun mereka yang perlu berkongsi. Di Royale takde masalah macam ni sebab kebanyakan pegawai memang akan duduk satu bilik, satu pegawai sahaja.

Di Royale Bintang ni memang kami kena berusaha keras sikit berkenaan dengan ketibaan pegawai. Sebabnya, bukan semua pegawai datang menaiki kenderaan sendiri tapi bagi pegawai dari Pantai Timur dan Pantai Barat Malaysia, kebanyakannya menaiki kapal terbang dan sebagai AJK, jam 10.00 am dah melepakkan diri di lobby. Jangan tak tau, kami bertugas sehingga hampir jam 12.00 malam. Menangis!

Antara masalah yang sikit-sikit mengganggu kami ialah cara pembayaran. Bagi perserta KIK memang takde masalah langsung sebab diorang memang bawak LO untuk semua dalam satu sahaja. Bagi yang menginap di Royale Bintang, hahahahaha, gelak dulu sebab ni kali pertama I uruskan semua perkara macam ni. Baru I tau, Pegawai Kader kebanyakannya akan bayar secara tunai. Yang lainnya, memang melalui LO jugak. Ada juga kes terlepas kad kredit. Pening jugak bila nak uruskan. Bagi LO yang tidak mencukupi jumlah, pegawai terpaksa bayar tunai. Perghhhhh! Memang pening sangat-sangat tapi bekerja dengan kakitangan Bahagian Kewangan JKR N.Sembilan memang mudah sebab diorang memang expert. Syukurr!

Habis dah karangan pasal AJK Penginapan yang menuntut kami balik sehingga lewat malam. Peluh, pening dan pitam. Berdiri sepanjang hari dan bercakap tanpa henti. Sampai Majlis Makan Malam Negeri pun kami tak dapat attend sepenuhnya. Tumpang makan aje lah ye. Jom-jom sambung cerita koir pulak.

Nasib baik dapat makan jugak ngehehehe

Jom Makan : Restoran Murni

Terjah! Destinasi makan seterusnya ialah Restoran Murni SS2, Petaling Jaya. Dah complete alamat I bagi tu. Nak tau direction sila Waze aje lah ye. Tapi penggemar durian mesti tau tempat ni kat mana. Confirm dapat cari punya. Macam biasa, I bergerak dari Seremban hampir jam 8.00 pm, tuntutan latihan bola jaring menyebabkan I agak lambat. Tapi berjaya jugak sampai sebelum jam 9.00 pm. Ops, Kak CT Rock yang paling lewat ye lagipun mereka naik motor, sangat Erra dan Awie! Hehehehe.

Actually, kitorang datang Murni ni ada 2 tujuan. Tujuan pertama, melampiaskan nafsu Eyna yang dah hampir sangat bersalin nak makan dekat Murni dengan air I Love You yang dikecohkan selama ni. Kesian pulak nanti Eyna berpantang kena tunggu berbulan baru dapat apa yang dihajati. Lagipun memang dah lama plan, cuma belum terlaksana je impian masing-masing. Tujuan kedua, ada macam-macam kiriman yang Kecik bawak dari Vietnam. Terutama kain cotton. Seronok sangat tengok kawan-kawan bersungguh kirim dekat Kecik kain baju yang nak dipakai masa hari pernikahan I nanti. Ada yang dah siap tempah baju lagi. Ini yang tak sabar nak kahwin tau! Hahaha.

Kali ni ramai ye yang hadir, sampai penuh koridor kedai tu panjang jugak table kami. Kecik dan keluarga, Nuin dan keluarga, Reen dan keluarga, Put dan suami, Kak CT Rock dan suami, Wawa dan anak. Ramai! Best! Masing-masing nak memuaskan nafsu makan. Hihihi. Apa pun korang memang best, I terharu tengok masing-masing dengan kain baju yang dikirim. Semua corak sama, maklumlah flower girl. Punyalah kecoh semuanya, memang kecoh sangat hahahaha. Tak dilupakan, jeruk yang dah kirim dekat Kecik jugak. Memang tauke la Kecik ni tau!

Bukti! Koridor penuh dek omak-omak datang makan ;D
Kaum bapa apa kurangnya memenuhkan koridor :D
Makanan pilihan I kali ni di Murni ialah Seafood Olio Aglio, air Milo Dinosour dan air I Love You. Kenyang! Terpaksa bagi dekat SiDia. Selalunya makan memang I habis tapi mungkin kali ni sebab I dah isi perut dekat rumah.

Nampak! Tak cukup koridor ko pegi table lain kan

Jom Makan : Burgerbyte Seremban

Entri ni adalah tersasar sama sekali dengan niat nak diet hahaha ape-ape pun nak jugak I cerita jugak tempat makan best yang kitorang terjah. Alhamdulillah Allah bagi lagi nikmat merasa makanan. Kali ni kitorang bebudak HAUS berjaya terjah Burgerbyte yang terletak di Seremban. Taman apa jangan tanya sebab tak tau, yang tau Jalan Senawang - Paroi. Landmark, sila cari Taman Guru. Exact address memang tak tau ye.

Sampai sana lebih kurang 9.10 pm memang wrong timing la sebabnya dinner time memang full, kerusi meja pun terhad. Terpaksa tunggu orang bangun untuk chop kan tempat hehehe. Syukur dilimpahi rezeki kedai ni bila ramai orang datang. Oh ya, mula-mula I dan Wawa dapatlah jugak duduk dekat meja piknik yang kayu tu tapi memang tak cukup punye sebab kekuatan ahli makan pada malam tu memang ramai. Lagi sekali nasib menyebelahi kami, dapat satu table bulat ok cukup untuk mak-mak, bapak-bapak dan anak-anak. 

Makanan pilihan I ialah Chicken Burger with cheese, RM10.50 dan air Grape. Punyalah kenyang! Syukur. Sambil mengunyah, sambil berborak. Macam biasalah semua cerita keluar. Sambil tu bergambar. Puas! Dah lama tak jumpa, sejak I macam busy sangat. Hahaha busylah sangat. Apa pun, memang seronok jumpa kawan-kawan makan yang lain iaitu Wawa dan keluarga, Eyna dan keluarga dan Kak CT Rock bersama Abang Rockstar. Gamat gelak jangan cakaplah, ada je korang ek. Masa ni Kecik dekat Vietnam tengah shopping sakan. 

Meh la tengok gambar pulak ye. Sorry kalau gambar di bawah sangat tidak membantu hahaha. Terlupa nak amik gambar makanan.

Entri makan seterusnya ialah Murni. Marvelous!!

Adam! with his cheeky face. Geram aih!
Picture courtesy of : Wawa's IG
Inilah meja piknik yang rasa kami takkan muat. Hahaha!
Gambar kenangan :(
Picture courtesy of Wawa's IG

Untuk Tiga Hari - Ini Bukan Review Filem

Dah habis mengemas! Can u believe that? Hahaha memang fantas kami mengerjakan rumah sewa baru itu. Dengan lafaz Bismillah, kami sudahi semua kerja dalam masa 2 hari saja dan disudahi dengan lafaz Alhamdulillah. Kesemuanya kami berdua saja dan pada hari kedua Ayah dan Mama datang membantu sikit. Seronok sangat tengok rumah dah bersih dan diakui terjamin kesuciannya. Tahap keterujaan tu memang dah high sangat. Sekarang hanya tunggu masa nak memasukkan barang. Tapi sebelum tu nak kena sapu rumah dan mop sikit baru hilang habuk.

HARI 1 : JUMAAT, 22 NOVEMBER 2013
Perkara pertama sekali kami tukar ialah penutup mangkuk tandas bagi kedua-dua bilik air. Memang yang ditinggal tuan rumah adalah nampak baru tapi I tak confident! Dan kami beli juga padlock untuk grill sliding door dan pagar depan. Lepas tu ada jugaklah beli sikit-sikit sabun dan perkara lain untuk bersihkan rumah.

HARI 2 : SABTU, 23 NOVEMBER 2013
Mula melakukan samak untuk rumah. Menggunakan Sabun Taharah saja. Perlulah yakin dengan perbuatan kita. Sebenarnya kalau kita sendiri tak nampak najis tu dengan mata kita, iaitu, kita tak tau kesahihan najis tu memang tak perlu disamak. Tapi, I buatkan saja untuk meningkatkan keyakinan nak baring, tidur, makan dalam rumah kami sendiri, walaupun hanya menyewa. Sabun Taharah ni wangi dan best. Nanti I share macam mana cara kami melakukan samak ye. Lepas dah selesai, kami mencuci dengan sabun pulak bilik air, dapur dan lantai seluruh rumah. Phew! Mungkin inilah punca sakit pinggang. Hehehe. Dah selesai sabun, kami mop kan pulak, bagi kering dan terus pasangkan kipas dengan laju. Dah hampir malam, Mama dan Ayah datang bawak kerusi dan air-air sikit. Selesai hari kedua. 

HARI 3 : AHAD, 24 NOVEMBER 2013
Hari ni macam tinggal sikit je keje. Lagipun, Sayang masuk kerja morning shift dan kena lah tunggu sampai Sayang balik. Sampai je rumah, kami terus mengerjakan semua cermin tingkap. Bersih! Kena maintain selalu, lap kan semua habuk. Selesai semuanya dah sekarang. Rumah tu memang dah dicuci tapi ada sikit-sikit habuk yang mengganggu. Itu yang dibersihkan juga.

Selesai semua perkara. Tinggal nak masukkan barang aje lepas ni. Dengan murah hati, Baba dan Mama dah belikan kami set bilik tidur. Yahuuuuuuuuuuuuuuu! Hamboih, sukanya! Mestilah suka, PIL bagi hadiah. Bersyukur sangat-sangat, dapat kami jimatkan duit ke perkara lain pulak :) Senyum lebar sampai dahi dah ni. Ngehehehe~

p.s. Gambar masih tidak dapat disiarkan :P

Samak Rumah

Syukur, selesai sudah kami samak rumah. Dengan beberapa research yang kami buat melalui Google dan bertanya pada yang pakar, berjaya jugak memastikan cara-cara dan peralatan yang betul digunakan. Yang penting, yakin dan tawakal pada Allah. Kami menggunakan air tanah dari Sabun Taharah, yang dah dijamin kesuciannya dan boleh digunakan dalam proses samak. Tak perlu nak cerita panjang lebar sebab kesahihannya boleh kita Google sendiri. In shaa Allah, tawakal pada Allah, mesti dipermudahkan. Aminnnnn.

Banyak pendapat dah mengatakan bahawa kalau najis tu kita tak nampak dengan mata yang jelas maka tak perlu lah disamak. Tapi kan Islam mementingkan kebersihan jadi apa salahnya kita samak. Kalau rasa membebankan tak perlu la kot. Pilihan masing-masing. Untuk rumah sewa kami, kesemua lantai dan dinding bilik air saja yang perlu disamak. Sebabnya, dinding ruang tamu dan semua bilik dah dicatkan, maka, tak timbul keraguan disitu. Cuma bahagian lantai, I kurang yakin.

Peralatan yang diperlukan :

Baldi
Sabun Taharah
Cebok / gayung
Paip air yang panjang

Cara-cara samak : 

1. Kocakkan Sabun Taharah dalam baldi berisi air. Sabunnya wangi jangan risau. Tapi tak berapa bersabun. Sampai keluar warna putihnya tu, kira bolehlah gunakan air itu untuk proses samak.

2. Terpulang, nak mulakan dari bahagian depan rumah ke belakang atau sebaliknya. Kami memulakan dari bahagian dapur, diikuti bahagian ruang tamu, bilik-bilik tidur dan diakhiri dengan tandas. Kalau boleh buatlah satu persatu bilik agar mudah nak kira 6 kali air tu hehehe.

3. Pastikan paip air sangat panjang boleh sampai seluruh rumah.

4. Standby la cebok anda, niatkan untuk samak kerana Allah. Jirus air perlahan-lahan agar rata keliling lantai.

5. Bukak paip, jiruskan air sampai keliling kawasan bilik, contohnya, dan itu dikira satu air mutlak. Lepas tu bolehlah proceed, 2 dan seterusnya...

Itu saja cara mudah kami membersihkan dan menyucikan rumah dengan Sabun Taharah. Semoga panduan ini dapat digunakan dan memudahkan lagi pemahaman tentang cara samak. Kami yang dah buat ni, rasa yakin sangat punggung tu nak dilabuhkan pada lantai. Kalau tak, sebelum ni, memang kami masuk rumah pakai sandal. Macam geli sikit kot. Walaupun tau yang tuan rumah dah bersihkan rumah dia.

Selamat mencuba!

Friday, November 22, 2013

Hari Sukan JKR SeMalaysia 2013

Hello Negeri Sembilan! Pagi yang indah pada Hari Sabtu, 16 November 2013 menjadi saksi kepada perlawanan besar kepada semua peserta sukan di Hari Sukan JKR SeMalaysia 2013. Sebagai tuan rumah, I sungguh tak dapat tidur malam tu. Hahaha memang takde kena mengena tapi begitulah ceritanya. Debar bukan main. Takut nak menghadapi tiupan wisel pertama. Harapan semua memang tinggi dan memang kemenangan yang kami cari. Takut, seram dan gelabah, these three words were the best word to described me. There are more... more... more... words to describe me but three is enough.

Perlawanan Bola Jaring bertempat di Center Court, Paroi dan berkongsi bumbung dengan perlawanan Bola Tampar. Maknanya kami saling support antara satu sama lain. Sama-sama bersukan, sama-sama penat tapi sama-sama menunjukkan semangat kesukanan. Cewahhhhh!

Tak payah cerita panjang kot pasal keputusan perlawanan, semuanya ada dalam gambar di bawah. Memang kami Johan bagi Kumpulan C, tapi, masuk pusingan suku akhir kami tewas dengan Johor dan Wilayah. Alhamdulillah dapat masuk hingga ke suku akhir secara bermaruah. Hanya 1 mata membezakan pasukan kami dan pasukan Wilayah. Apa pun I bangga sangat.

Tengok Kumpulan C aje ye... yang lain tak yah fokus hahahaha
Cuma ada sedikit kekecewaan bila pelipat lutut kanan I mulai tegang dan I tak dapat membantu pasukan. Takut terjatuh :'( Tapi I memang kecewa tak dapat menyumbangkan tenaga dalam perlawanan terakhir menentang pasukan Johor. Takpe, Allah Maha Berkuasa, ada hikmah dari kejadian itu dan kami semua redha walaupun ada air mata yang tumpah kerana tak dapat meneruskan perjuangan tapi kami bangga, seronok dan puas hati dengan segala latihan dan perlawanan yang ada. Memang kenangan manis.

Terima kasih Puan Azreen, Pengurus Pasukan Bola Jaring JKR N.Sembilan kerana memberi kepercayaan kepada I untuk bermain dalam pasukan. Terima kasih Coach Rafli, Jurulatih yang penuh dengan disiplin dan ilmu, sangat berbangga dapat jurulatih yang berilmu tinggi dan macam-macam kelemahan dapat diperbaiki. Terima kasih team, u are all the best! Kita kalah bermaruah, diorang tu sayur je sebenarnya tapi kita dah cuba sehabis baik. Maafkan I atas semua keterlanjuran kata-kata dan perbuatan. Semoga dapat berjumpa lagi dalam sukan yang akan mendatang.

Berdiri dari kiri : Syahida, Miza, Coach Rafli, Wanie, Ila, Chaa, CC Misah
Duduk dari kiri : Ija, Syera, Linda, Mazlina, Ija Zumba, Ain
Tiada dalam gambar : Puan Azreen (Pengurus) dan Mai.
Dah macam ucapan hape je! Ko hengat ko retis??? Bahahaha! Sebenarnya nak cover kesedihan. Insya Allah ada masa boleh cuba lagi Pasukan Bola Jaring JKR.N.Sembilan. Amin. Sebenarnya I bangga jadi sebahagian daripada team.

Dengan Cinta Ku Bina Istana..

Syukur ya Allah! Sekian lama mencari sekarang baru jumpa. Bukan satu je, dah berpusing pun barulah dapat yang berkenan di hati. Secara tidak rasminya, sebuah rumah teres setingkat bakal dijadikan Istana Cinta kami. Owh, terasa sangat nak jadi isteri orang dah ni. To manage my own house, to cook my own meal and the most important is we can do all the decorations on our own. Seriously, I can't wait to be his wife! 

Senang cerita, kami BAKAL hidup dalam dunia kemanisan kami sendiri. Melayari perkahwinan yang dah lama dihitung detiknya. In shaa Allah, sebulan lebih aje lagi. Walaupun rumah yang bakal diduduki dah dapat kuncinya tapi kelengkapan nak kena siapkan jugak kan. Baru senang hati lepas kahwin nanti. Berdebar di dada tak usah cakap. Huhu. Adakah rumah ini akan menjadi macam wishlist I dalam post sebelum ni?

Secara ringkasnya, Istana Cinta kami hanyalah disewa dari seorang tuan rumah yang baik hati. Kejiranan adalah penghuni berbangsa Cina. Tak terlalu sibuk dan tak terlalu bising kawasannya. Memang tepat sangat dengan kriteria yang kami cari tu. Rumahnya simple sangat. Tiga bilik tidur dan dua bilik air. Porch bolehlah masuk dua biji kereta dan sebuah motor. Bolehlah kan, sebagai permulaan..

Keadaan rumah bersih. Memang dah dikemaskan dan dicat baru oleh tuan rumah. Sebelumnya rumah ni adik dia yang duduk selama lebih 10 tahun tapi berpindah sebab dah dapat rumah sendiri. Senang hati I sangat tengok keadaan rumah ni yang selamat dan cukup untuk kami berdua.. Walaupun agak jauh sedikit dari keluarga tapi kami yakin dengan pilihan ini. Semoga Allah lindungi kita ya Sayang. Gambar dan alamat rumah adalah dirahsiakan. Nanti dah siap decor, decor, decor, bak kata Eric Leong barulah I akan bagi clear view on what have been done :)

Oh mai! I'm so excited to go through this. Stuffs listed must be prepare earlier as we are going to move in to our new place and this B2B is getting her enthusiastic kind of feeling now!

Phew ~

Friday, November 8, 2013

Nak Kurus : Makan Cara Samani

Lupakan kesedihan.. Ye sedang mencuba. Hanya Allah yang tahu...
Fyi, I masih lagi dalam usaha menurunkan berat badan. Cuma hasil belum ada. Berat badan cuma maintain di angka tersebut. Inci? Belum ambil ukuran lagi. Yang penting ada cita-cita nak berubah, boleh set dalam mind dan kawal. Baru-baru ni I terbuat satu penemuan baru.. Actually, penemuan dah macam-macam cuma pelaksanaan ada yang terbantut dan ada yang dihalang oleh alasan semata. Jujur ok!
Kita selalu baca dalam Internet dan bahan bacaan yang lain, kalau nak kurus kena kunyah makan secara perlahan dan banyak kali. Biar makanan tu hancur betul-betul. Dan makan dalam kuantiti yang sikit. I dah try macam-macam option tapi tak berjaya sangat. Akhir sekali, I came out with this method..


1. MAKAN DALAM MANGKUK KECIL 
Tak percaya? Tengok macam makanan baby kan, sikit je dapat portion makanan tu. I amalkan ini setiap hari di rumah. Kecuali kedai makan, tak boleh banyak cekadak sangat. Memang dekat rumah I makan dalam pinggan lauk je, kecik banyak dari pinggan makan.



2. MAKAN GUNA SUDU KECIL
Hahahaha jangan cakap tak puas. Memang kuantiti yang masuk dalam mulut sikit aje. Possibility untuk tercekik pun kurang. Bukan sudu BESAR tapi SUDU KECIL ye.



3. MAKAN GUNA GARFU
Ops, takde sudu kecil? Jangan risau, tolak aje sudu besar tu. Ambil garfu saja. Sauk dan makan, sauk dan makan. Mula-mula memang rasa sakit hati tapi lama kelamaan dah tau skill dapat la banyak sikit butir nasi hahaha. Nak kurus kan? Jangan stress woi.



4. MAKAN DENGAN ORANG KURUS
I have friend here in my office. Normally, nasi sepinggan penuh dia akan tapau separuh. Ni selalu kejadian di kedai makan ye. Caranya, dapat aje nasi goreng yang sedap tu terus dia request untuk polystrene dan siap-siap asingkan separuh nasik. Mereka, orang kurus memang makan lambat dan sikit. Follow them! Untung-untung dapat cutting mereka sikit. Hehehe.



5. SHARING IS CARING
Last, bawak-bawak la berkongsi sepinggan nasi. Especially Nasi Arab lah ye. Banyak tuh camne u boleh jabis sepinggan? Kalau dah sedap....

Kalau rasa boleh tahan, amalkan la perkara di atas. Kalau dekat pejabat memang I sediakan garfu aje dalam drawer. Tak caya? Meh datang office I, boleh interview kakak-kakak di sekeliling. Macamana cara Waniesamani makan. 

Good luck!

Thursday, November 7, 2013

Tenanglah Disana, Sayang

Segala puji bagi Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tiada Tuhan yang aku sembah melainkan Allah. Terima kasih ya Allah, kerana Kau telah pinjamkan seekor kucing yang baik, manja, pandai dan kuat sebagai peneman aku serta seluruh ahli keluargaku. Terima kasih ya Allah atas kebahagiaan selama seluruh 4 tahun yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih dengan segala dugaan yang terus menerus telah menjadikan aku semakin kuat dan bersabar selama 4 tahun ini. Alhamdulillah...

"Assalamualaikum... Ma, kenapa Tam baring situ?", I bertanya Mama dengan nada terkejut.

Tak sampai beberapa hari entri Allah Bagi Pinjam yang berkenaan dengan Shipitam, kucing kesayangan I, dia dijemput Illahi. Setelah sekian lama menanggung kesakitan, Shipitam pergi jua *nangis* menemui penciptanya. Ya Allah, tak dapat digambarkan kesedihan itu hanya yang memahami saja yang tau betapa kecewanya perasaan I menghadap Shipitam terbaring kaku..

Shipitam pergi meninggalkan kami sekeluarga pada 31 Oktober 2013, setelah empat tahun memberikan kasih sayang kepada kami. Shipitam pergi setelah puas menahan segala kesakitan selama bertahun lamanya. Shipitam hidup dengan izin Allah, datang kepada kami dengan izin Allah dan dijemput Allah kerana telah tiba masanya untuk kembali kepada Penciptanya. Sekuat mana kasih sayang kami pada Shipitam, sayang lagi Allah pada Shipitam. Redha, daripada terus menerus Shipitam hidup dalam penuh seksa. Setiap solat ada doa I utuskan pada Shipitam, berterima kasih pada Allah kerana kebahagiaan sementara yang diberikan kepada ku, kegembiraan seketika yang mampu membuat I tersenyum di kala sedih. Teman berbual di kala I kesedihan, selalu I berbual dengan Shipitam mengenai kesakitan yang I tanggungi. Dia memandang tanpa kelip, itulah sifat Shipitam yang kadang digeruni pengunjung rumah kami. Shipitam selalu mendengar rintihan I, seolah dia faham perasan yang diluahkan. Selalu, I pangku Shipitam dan menggosok-gosok badannya sambil airmata jatuh di badannya, tak sedikit pun badannya dialihkan, malah, lagi dilentokkan kepalanya di pangku. Ya Allah... Terlalu sekejap 4 tahun itu kalau diikutkan....

Redhalah Mama, redhalah Ayah, redhalah Adik... Shipitam dah tiada dalam keluarga kita. Dalam kita berempat, dia yang dijemput Illahi dulu. Shipitam mendahului kita, memang lebih kasih sayang Allah pada makhluknya berbanding kita sesama makhluk. Tak sama, kucing lain di luar sana berbanding Shipitam. Lain, manja kucing lain dibezakan dengan Shipitam. Kecewa, bila tengok dalam sangkar, Shipitam tiada. Menangis, bila menoleh di meja makan, tiada Shipitam berbaring disitu.. Menangis lagi, bila mata mengerling di tempat perbaringan Shipitam yang terakhir, selalu I duduk untuk siapkan kad kahwin dan bunga pahar. Dah tiada alunan lagu untuk menimang Shipitam yang selalu I nyanyikan padanya. 

Sebak sangat... Tak mampu tengok gambar Shipitam lagi.. Menitik airmata yang mengalir tanpa henti semasa menulis entri ini, sama juga bila doa dipanjatkan kepada Allah supaya diri I lebih kuat, menerima ketiadaan Shipitam. Kata semangat dari yang tersayang semuanya I genggam jadi semangat.. Lumpuh jiwa, bila yang paling I sayang pergi... 

Shipitam telah pergi sekitar jam 10.00 pm ke 12.00 am pada 31 Oktober 2013 menjelang ke 1 November 2013. Seperti yang diberitau oleh vet pada siang hari, Shipitam menghidap radang paru-paru dan jaundice yang kritikal, badannya dah tiada cecair dan terpaksa dimasukkan air kepadanya. Jam 10.00 am pada 1 November 2013, Shipitam telah dikebumikan dengan penuh rasa hormat di hadapan rumah I sendiri dengan digali sendiri oleh SiDia dan tangan I... Tak sanggup melihat wajah terakhir Shipitam, kain batik Mama membungkus badan Shipitam yang telah keras. Hingga ke hari ini, tanah tempat persemadian Shipitam masih gembur dan ditandakan dengan batu agar tiada yang memijaknya atau meletakkan kenderaan di atasnya. 

Hingga ke saat ini, Shipitam tak pernah hilang dari kotak ingatan...

Tiada, yang akan jadi pengganti Shipitam, sebab Shipitam ialah Shipitam... 

Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini. Aku tau, Kau lebih menyayanginya...

Tenanglah disana, Sayangku Tam.

........................

I can't help myself from crying everyday. Because i love him so much.... It took me a while to wrote in this post. It took me a lot of strength to type in his name. No one knows but Allah always knows what is in my heart right now. I pushed out my frustration just to walk again through my path of life although I can't accept the fact that he was gone. He is not dead but he walks to heaven. He is going to a better place, I believe he'll remember me someday when its time for me to go there to find him. Insya Allah...