Nuffnang Ads

Tuesday, November 26, 2013

Hari Inovasi JKR 2013 - AJK Penginapan

Walaupun I tak involve dengan kumpulan kreatif tapi I masih lagi bertugas untuk Hari Inovasi JKR 2013. Nampak la sikit peranan penting tu walaupun tak banyak. Dengan bangganya, I bertugas sebagai AJK Penginapan dan Ahli Kumpulan Koir JKRNS. Selepas hari sukan pada 16 November 2013, bersambung pulak pada 17 November sehinggalah ke 19 November 2013. Amboi, lamanya bertugas. Sampai dah lupa macam mana nak buat kerja-kerja perkhidmatan untuk kakitangan JKR N.Sembilan. Hahaha, itu tipu. Tapi memang ye, ada la dalam 2 minggu jugak jiwa kucar-kacir, keluarga tah kemana, makan minum mewah dan hidup tak tentu arah. Sampai macam tu... Mana kan tidak, JKR N.Sembilan ni kecil saja dan kekuatan kakitangan tak macam JKR negeri lain yang besar dan ramai, mempunyai banyak daerah. Jadinya, staf itu yang main sukan, staf itu yang KIK, staf itu menyanyi koir dan staf itu AJK Hari Sukan dan Inovasi.

I love the colors! 
Bukannya senang, jadi AJK Penginapan. Siapa kata senang sila angkat hidung sebabnya u memang belagak hahaha. Bukan nak membesar-besarkan tapi kerja uruskan penginapan ni soooo complicated. Pertama, penerimaan jawapan daripada peserta untuk menginap. Termasuklah, gred jawatan, bilangan ahli, ketibaan dan cara pembayaran. Kena selaraskan, tak mau tersasar nanti susah nak kira semula. Hotel? Owh, diorang hanya sediakan bilik dan serahkan kunci dan claim pada kita. Perkara kedua yang penting ialah pemilihan hotel yang boleh sediakan perkhidmatan macam yang kita mahu. Meh tengok pengalaman I, Cik Eda, Helmi, Zana dan Siti menguruskan penginapan. Tanpa mereka siapalah I.

Tengok, nama Ayah silap.. Pfffttt!
Goodies bag - oleh Bahagian Bangunan dan Pendidikan JKR N.Sembilan
Pengasingan gred jawatan ni penting sikit ye sebab lain gred lainlah biliknya. Macam yang kita tau dalam kerajaan ada pelbagai gred. Untuk tugasan I kali ni terpaksa menjadi AJK Penginapan di Hotel Royale Bintang, Seremban. Peserta yang akan check-in sini ialah JUSA, Pegawai Utama, Pegawai Kanan, Pegawai Kader dan Jurutera Daerah seluruh Malaysia. Bayangkan! Keraskan hati, Samani. Redah je. Sesetengah profesional memang sangat profesional dan mereka faham tugasan AJK seperti kami. Dan lainnya, sangat-sangat perlukan kesabaran. Apa pun, 90% daripada pegawai yang kami deal di Royale ni sangatlah best dan sporting. Tak seperti yang kita sangka, mereka ini arrogant. Rasa seronok bekerja dengan mereka yang merupakan pegawai Gred 41 dan ke atas, golongan Pengurusan dan Profesional.


10.50 pm - masih bertugas *nangis*
Bilangan ahli yang akan menginap ni tertumpu kepada peserta KIK di Klana Resort, Seremban. Ini sebab nak mudahkan hotel buat pengasingan bilik dan menyusun mereka yang perlu berkongsi. Di Royale takde masalah macam ni sebab kebanyakan pegawai memang akan duduk satu bilik, satu pegawai sahaja.

Di Royale Bintang ni memang kami kena berusaha keras sikit berkenaan dengan ketibaan pegawai. Sebabnya, bukan semua pegawai datang menaiki kenderaan sendiri tapi bagi pegawai dari Pantai Timur dan Pantai Barat Malaysia, kebanyakannya menaiki kapal terbang dan sebagai AJK, jam 10.00 am dah melepakkan diri di lobby. Jangan tak tau, kami bertugas sehingga hampir jam 12.00 malam. Menangis!

Antara masalah yang sikit-sikit mengganggu kami ialah cara pembayaran. Bagi perserta KIK memang takde masalah langsung sebab diorang memang bawak LO untuk semua dalam satu sahaja. Bagi yang menginap di Royale Bintang, hahahahaha, gelak dulu sebab ni kali pertama I uruskan semua perkara macam ni. Baru I tau, Pegawai Kader kebanyakannya akan bayar secara tunai. Yang lainnya, memang melalui LO jugak. Ada juga kes terlepas kad kredit. Pening jugak bila nak uruskan. Bagi LO yang tidak mencukupi jumlah, pegawai terpaksa bayar tunai. Perghhhhh! Memang pening sangat-sangat tapi bekerja dengan kakitangan Bahagian Kewangan JKR N.Sembilan memang mudah sebab diorang memang expert. Syukurr!

Habis dah karangan pasal AJK Penginapan yang menuntut kami balik sehingga lewat malam. Peluh, pening dan pitam. Berdiri sepanjang hari dan bercakap tanpa henti. Sampai Majlis Makan Malam Negeri pun kami tak dapat attend sepenuhnya. Tumpang makan aje lah ye. Jom-jom sambung cerita koir pulak.

Nasib baik dapat makan jugak ngehehehe

No comments:

Post a Comment