Dah habis mengemas! Can u believe that? Hahaha memang fantas kami mengerjakan rumah sewa baru itu. Dengan lafaz Bismillah, kami sudahi semua kerja dalam masa 2 hari saja dan disudahi dengan lafaz Alhamdulillah. Kesemuanya kami berdua saja dan pada hari kedua Ayah dan Mama datang membantu sikit. Seronok sangat tengok rumah dah bersih dan diakui terjamin kesuciannya. Tahap keterujaan tu memang dah high sangat. Sekarang hanya tunggu masa nak memasukkan barang. Tapi sebelum tu nak kena sapu rumah dan mop sikit baru hilang habuk.
HARI 1 : JUMAAT, 22 NOVEMBER 2013
Perkara pertama sekali kami tukar ialah penutup mangkuk tandas bagi kedua-dua bilik air. Memang yang ditinggal tuan rumah adalah nampak baru tapi I tak confident! Dan kami beli juga padlock untuk grill sliding door dan pagar depan. Lepas tu ada jugaklah beli sikit-sikit sabun dan perkara lain untuk bersihkan rumah.
HARI 2 : SABTU, 23 NOVEMBER 2013
Mula melakukan samak untuk rumah. Menggunakan Sabun Taharah saja. Perlulah yakin dengan perbuatan kita. Sebenarnya kalau kita sendiri tak nampak najis tu dengan mata kita, iaitu, kita tak tau kesahihan najis tu memang tak perlu disamak. Tapi, I buatkan saja untuk meningkatkan keyakinan nak baring, tidur, makan dalam rumah kami sendiri, walaupun hanya menyewa. Sabun Taharah ni wangi dan best. Nanti I share macam mana cara kami melakukan samak ye. Lepas dah selesai, kami mencuci dengan sabun pulak bilik air, dapur dan lantai seluruh rumah. Phew! Mungkin inilah punca sakit pinggang. Hehehe. Dah selesai sabun, kami mop kan pulak, bagi kering dan terus pasangkan kipas dengan laju. Dah hampir malam, Mama dan Ayah datang bawak kerusi dan air-air sikit. Selesai hari kedua.
HARI 3 : AHAD, 24 NOVEMBER 2013
Hari ni macam tinggal sikit je keje. Lagipun, Sayang masuk kerja morning shift dan kena lah tunggu sampai Sayang balik. Sampai je rumah, kami terus mengerjakan semua cermin tingkap. Bersih! Kena maintain selalu, lap kan semua habuk. Selesai semuanya dah sekarang. Rumah tu memang dah dicuci tapi ada sikit-sikit habuk yang mengganggu. Itu yang dibersihkan juga.
Selesai semua perkara. Tinggal nak masukkan barang aje lepas ni. Dengan murah hati, Baba dan Mama dah belikan kami set bilik tidur. Yahuuuuuuuuuuuuuuu! Hamboih, sukanya! Mestilah suka, PIL bagi hadiah. Bersyukur sangat-sangat, dapat kami jimatkan duit ke perkara lain pulak :) Senyum lebar sampai dahi dah ni. Ngehehehe~
p.s. Gambar masih tidak dapat disiarkan :P
Selesai semua perkara. Tinggal nak masukkan barang aje lepas ni. Dengan murah hati, Baba dan Mama dah belikan kami set bilik tidur. Yahuuuuuuuuuuuuuuu! Hamboih, sukanya! Mestilah suka, PIL bagi hadiah. Bersyukur sangat-sangat, dapat kami jimatkan duit ke perkara lain pulak :) Senyum lebar sampai dahi dah ni. Ngehehehe~
p.s. Gambar masih tidak dapat disiarkan :P
No comments:
Post a Comment