Hello Negeri Sembilan! Pagi yang indah pada Hari Sabtu, 16 November 2013 menjadi saksi kepada perlawanan besar kepada semua peserta sukan di Hari Sukan JKR SeMalaysia 2013. Sebagai tuan rumah, I sungguh tak dapat tidur malam tu. Hahaha memang takde kena mengena tapi begitulah ceritanya. Debar bukan main. Takut nak menghadapi tiupan wisel pertama. Harapan semua memang tinggi dan memang kemenangan yang kami cari. Takut, seram dan gelabah, these three words were the best word to described me. There are more... more... more... words to describe me but three is enough.
Perlawanan Bola Jaring bertempat di Center Court, Paroi dan berkongsi bumbung dengan perlawanan Bola Tampar. Maknanya kami saling support antara satu sama lain. Sama-sama bersukan, sama-sama penat tapi sama-sama menunjukkan semangat kesukanan. Cewahhhhh!
Tak payah cerita panjang kot pasal keputusan perlawanan, semuanya ada dalam gambar di bawah. Memang kami Johan bagi Kumpulan C, tapi, masuk pusingan suku akhir kami tewas dengan Johor dan Wilayah. Alhamdulillah dapat masuk hingga ke suku akhir secara bermaruah. Hanya 1 mata membezakan pasukan kami dan pasukan Wilayah. Apa pun I bangga sangat.
Cuma ada sedikit kekecewaan bila pelipat lutut kanan I mulai tegang dan I tak dapat membantu pasukan. Takut terjatuh :'( Tapi I memang kecewa tak dapat menyumbangkan tenaga dalam perlawanan terakhir menentang pasukan Johor. Takpe, Allah Maha Berkuasa, ada hikmah dari kejadian itu dan kami semua redha walaupun ada air mata yang tumpah kerana tak dapat meneruskan perjuangan tapi kami bangga, seronok dan puas hati dengan segala latihan dan perlawanan yang ada. Memang kenangan manis.
Terima kasih Puan Azreen, Pengurus Pasukan Bola Jaring JKR N.Sembilan kerana memberi kepercayaan kepada I untuk bermain dalam pasukan. Terima kasih Coach Rafli, Jurulatih yang penuh dengan disiplin dan ilmu, sangat berbangga dapat jurulatih yang berilmu tinggi dan macam-macam kelemahan dapat diperbaiki. Terima kasih team, u are all the best! Kita kalah bermaruah, diorang tu sayur je sebenarnya tapi kita dah cuba sehabis baik. Maafkan I atas semua keterlanjuran kata-kata dan perbuatan. Semoga dapat berjumpa lagi dalam sukan yang akan mendatang.
Dah macam ucapan hape je! Ko hengat ko retis??? Bahahaha! Sebenarnya nak cover kesedihan. Insya Allah ada masa boleh cuba lagi Pasukan Bola Jaring JKR.N.Sembilan. Amin. Sebenarnya I bangga jadi sebahagian daripada team.
Tak payah cerita panjang kot pasal keputusan perlawanan, semuanya ada dalam gambar di bawah. Memang kami Johan bagi Kumpulan C, tapi, masuk pusingan suku akhir kami tewas dengan Johor dan Wilayah. Alhamdulillah dapat masuk hingga ke suku akhir secara bermaruah. Hanya 1 mata membezakan pasukan kami dan pasukan Wilayah. Apa pun I bangga sangat.
Tengok Kumpulan C aje ye... yang lain tak yah fokus hahahaha |
Terima kasih Puan Azreen, Pengurus Pasukan Bola Jaring JKR N.Sembilan kerana memberi kepercayaan kepada I untuk bermain dalam pasukan. Terima kasih Coach Rafli, Jurulatih yang penuh dengan disiplin dan ilmu, sangat berbangga dapat jurulatih yang berilmu tinggi dan macam-macam kelemahan dapat diperbaiki. Terima kasih team, u are all the best! Kita kalah bermaruah, diorang tu sayur je sebenarnya tapi kita dah cuba sehabis baik. Maafkan I atas semua keterlanjuran kata-kata dan perbuatan. Semoga dapat berjumpa lagi dalam sukan yang akan mendatang.
Berdiri dari kiri : Syahida, Miza, Coach Rafli, Wanie, Ila, Chaa, CC Misah Duduk dari kiri : Ija, Syera, Linda, Mazlina, Ija Zumba, Ain Tiada dalam gambar : Puan Azreen (Pengurus) dan Mai. |
No comments:
Post a Comment