Terjah! Destinasi makan seterusnya ialah Restoran Murni SS2, Petaling Jaya. Dah complete alamat I bagi tu. Nak tau direction sila Waze aje lah ye. Tapi penggemar durian mesti tau tempat ni kat mana. Confirm dapat cari punya. Macam biasa, I bergerak dari Seremban hampir jam 8.00 pm, tuntutan latihan bola jaring menyebabkan I agak lambat. Tapi berjaya jugak sampai sebelum jam 9.00 pm. Ops, Kak CT Rock yang paling lewat ye lagipun mereka naik motor, sangat Erra dan Awie! Hehehehe.
Actually, kitorang datang Murni ni ada 2 tujuan. Tujuan pertama, melampiaskan nafsu Eyna yang dah hampir sangat bersalin nak makan dekat Murni dengan air I Love You yang dikecohkan selama ni. Kesian pulak nanti Eyna berpantang kena tunggu berbulan baru dapat apa yang dihajati. Lagipun memang dah lama plan, cuma belum terlaksana je impian masing-masing. Tujuan kedua, ada macam-macam kiriman yang Kecik bawak dari Vietnam. Terutama kain cotton. Seronok sangat tengok kawan-kawan bersungguh kirim dekat Kecik kain baju yang nak dipakai masa hari pernikahan I nanti. Ada yang dah siap tempah baju lagi. Ini yang tak sabar nak kahwin tau! Hahaha.
Kali ni ramai ye yang hadir, sampai penuh koridor kedai tu panjang jugak table kami. Kecik dan keluarga, Nuin dan keluarga, Reen dan keluarga, Put dan suami, Kak CT Rock dan suami, Wawa dan anak. Ramai! Best! Masing-masing nak memuaskan nafsu makan. Hihihi. Apa pun korang memang best, I terharu tengok masing-masing dengan kain baju yang dikirim. Semua corak sama, maklumlah flower girl. Punyalah kecoh semuanya, memang kecoh sangat hahahaha. Tak dilupakan, jeruk yang dah kirim dekat Kecik jugak. Memang tauke la Kecik ni tau!
Kaum bapa apa kurangnya memenuhkan koridor :D |
Nampak! Tak cukup koridor ko pegi table lain kan |
No comments:
Post a Comment