I mencadangkan Kumpulan Koir JKR N.Sembilan diberi nama komersial. Ecehhh, baru dapat sekali tepukan gemuruh dah nak nama komersial kan.... Kerlasssss ko nok! Untuk tahun ini, rasanya cukuplah dengan pencapaian yang hebat ni. Hebat, sebab kitorang diberi kepercayaan untuk membuat persembahan pada hari pembukaan Hari Inovasi dan Sukan JKR Semalaysia Tahun 2013. Bunyi retiss sangat lah! Menakutkan sangat ni hahaha.
Kumpulan koir kami terdiri dari Zana, Anirah, Mazlina, Zaidi, Fendi, Muaz, Zaki Black, Ila, Fira, Siti Azlina, Ah Leng, Huda, Helmi, CC Mail, Sobree, Hajar, Majlah, Shidah Mek, Rubi dan Aisyah. Seronok bekerjasama dengan geng koir ni. Semua sporting! Kaku keras pun bila disuruh joget semuanya joined in. Takde malu, cuma depan audience agak gigil dan keras sejuk beku semua lah. Hehehe. Apa lagi nak up diorang ni ek. Oh lupa, kumpulan koir kami ni dilatih oleh dua orang guru muzik yang berpengalaman dan mempunyai passionate yang tinggi terhadap muzik dan nyanyian, iaitu, Cikgu Zakaria dan Cikgu Mizan. Mereka memang member kitorang yang terbaik. Sangat berdisiplin dan kreatif. I yang selalu lewat ni malu dengan cikgu. Hihi.
Actually, pada
Malam Pembukaan Hari Sukan JKR SeMalaysia 2013 pun kitorang dah mula menyanyi. Dimulakan dengan lagu
Negaraku, memang dah mula seram sejuk. Diikuti pulak dengan Lagu
Standing In The Eyes Of The World. Syok! Sebab kontijen pun menyanyi sama-sama dengan kami. Akhir sekali, lagu yang diubah suai lirik dari
Malaysia Baru ke lagu
Sukan JKR Malaysia dan yang ni paling
best sebab ada menari sikit. Oklah kan kalau semua suka. Sedih sikit, bahagian suara
Soprano iaitu
I, Anirah, Zana dan Mazlina tak kuat langsung mikrofon tu.
|
Picture courtesy of Zairil from Mekanikal |
|
Warna warni JKR Malaysia 2013 |
|
Kumpulan Koir kami :) |
|
Selepas menyanyi, haruslah posing. |
Selesai pembukaan sukan, kitorang ke Perasmian Hari Inovasi JKR 2013 pulak pada 18 November 2013, 3 hari selepas pembukaan sukan. Kali ni kitorang menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Inovasi dan lagu Anak Nogori. Lagu Anak Nogori yang Aishah nyanyi tu sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan. Rajin-rajinlah menonton dalam YouTube kalau nak tau macam mana lagu tu.
Setiap pembukaan mesti ada penutupnya. Majlis Penutup Hari Inovasi JKR 2013 adalah hari yang ditunggu. Rasa nak gugur jantung sebabnya selepas lagu Malam Ku Bermimpi dan Umpan Jinak Di Air Tenang, I akan menyanyikan solo lagu Seindah Biasa. Ala, yang Dato Siti Nurhaliza nyanyi masa Final AF. Nak jugakkkkk hahahahaha. Tapi I dah berjaya menyanyi, dan paling penting semua audience happy dan suka. Dan yang seronoknya, Dato Ketua Pengarah Kerja Raya pun enjoy. Syukur!
Sampai sini aje kemuncak
Kumpulan Koir JKR N.Sembilan. Tahun depan ada
event lagi kitorang akan beraksi lagi. Cewah! Moh tengok gambar di bawah.
|
Picture courtesy of Abang Muaz's iPad |
|
Amboiiiihhh, sukanya kome ye! |
|
Bersama mantan Pengarah. |
No comments:
Post a Comment