Nuffnang Ads

Tuesday, November 26, 2013

Jom Makan : Burgerbyte Seremban

Entri ni adalah tersasar sama sekali dengan niat nak diet hahaha ape-ape pun nak jugak I cerita jugak tempat makan best yang kitorang terjah. Alhamdulillah Allah bagi lagi nikmat merasa makanan. Kali ni kitorang bebudak HAUS berjaya terjah Burgerbyte yang terletak di Seremban. Taman apa jangan tanya sebab tak tau, yang tau Jalan Senawang - Paroi. Landmark, sila cari Taman Guru. Exact address memang tak tau ye.

Sampai sana lebih kurang 9.10 pm memang wrong timing la sebabnya dinner time memang full, kerusi meja pun terhad. Terpaksa tunggu orang bangun untuk chop kan tempat hehehe. Syukur dilimpahi rezeki kedai ni bila ramai orang datang. Oh ya, mula-mula I dan Wawa dapatlah jugak duduk dekat meja piknik yang kayu tu tapi memang tak cukup punye sebab kekuatan ahli makan pada malam tu memang ramai. Lagi sekali nasib menyebelahi kami, dapat satu table bulat ok cukup untuk mak-mak, bapak-bapak dan anak-anak. 

Makanan pilihan I ialah Chicken Burger with cheese, RM10.50 dan air Grape. Punyalah kenyang! Syukur. Sambil mengunyah, sambil berborak. Macam biasalah semua cerita keluar. Sambil tu bergambar. Puas! Dah lama tak jumpa, sejak I macam busy sangat. Hahaha busylah sangat. Apa pun, memang seronok jumpa kawan-kawan makan yang lain iaitu Wawa dan keluarga, Eyna dan keluarga dan Kak CT Rock bersama Abang Rockstar. Gamat gelak jangan cakaplah, ada je korang ek. Masa ni Kecik dekat Vietnam tengah shopping sakan. 

Meh la tengok gambar pulak ye. Sorry kalau gambar di bawah sangat tidak membantu hahaha. Terlupa nak amik gambar makanan.

Entri makan seterusnya ialah Murni. Marvelous!!

Adam! with his cheeky face. Geram aih!
Picture courtesy of : Wawa's IG
Inilah meja piknik yang rasa kami takkan muat. Hahaha!
Gambar kenangan :(
Picture courtesy of Wawa's IG

No comments:

Post a Comment