20 tahun memang lama bagi I kalau ditakdirkan kisah ni memang betul terjadi. Tapi filem sedih lakonan
Anne Hatheway dan
Jim Sturgess yang diadaptasi dari novel bertajuk
'One Day' memang sangat menyentuh hati. Berjaya tengok dari awal sampai akhir, dengan menitiskan airmata walaupun dah 3 kali menonton. Rasa pilu tu memang tersentuh di jiwa I yang ropol-ropol ni. Tapi baru harini nak tulis
review.
|
Tengok dekat HBO ye. |
Emma dan
Dexter bertemu sewaktu
graduation day. Hari pertama mereka berkenalan sesama sendiri.
Dexter, sangat
handsome dan
Emma betul-betul sukakan dia sangat-sangat.
Dexter dan
Emma telah bagi kata putus untuk jadi sahabat. Dari saat itu memang mereka jadi sahabat baik yang saling melengkapi antara satu sama lain. Selepas pelbagai kejadian suka dan duka dalam hidup masing-masing,
Emma masih menjadi sahabat
Dexter yang selalu menenangkannya. Ada juga babak yang menunjukkan
Emma memutuskan persahabatan mereka, kerana
Dexter dengan sikap buruknya. Antara yang menarik juga ketika mereka bercuti bersama dan pengakhiran cerita yang menunjukkan ketika mereka bersama di atas sebuah bukit. Kelakar tapi romantik hubungan mereka.
|
The novel, must-have :) |
Walaupun filem ni mendapat banyak kritikan tapi dari pelbagai pihak namun permainan emosi I dan filem ini telah meragut dan merentap dan membanjirkan airmata I di penghujung ceritanya. Dalam
review yang telah I baca,
WAJIB baca novel yang lagi menyentuh hati. Ada juga beberapa babak yang tak dimasukkan dalam filem katanya. Di bawah ni beberapa
review, bolehlah
click dan baca untuk puaskan hati :
From its author - http://www.davidnichollswriter.com/one_day
Review by Daily Mail that condemned on the actress -
http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/reviews/article-2030270/One-Day-film-review-Jim-Sturgess-Mr-Right-Anne-Hathaway-Miss-Wrong.html
Dapat pun cari dekat Malaysia mana tempat yang jual novel ni. So far, belum buat risikan betul-betul dekat
Popular tapi akan diusahakan. Yay!
|
Ada pun, ada pun! |
Terfikir jugak kadang-kadang, ada ke orang yang akan sayang kita selama 20 tahun tanpa ada sebarang ikatan apa-apa melainkan persahabatan. Kalau I jadi
Emma mungkin agak mereng la sebab I memang jeles tak bertempat... Ops! Haha. Mana boleh tengok orang yang I sayang ber
'hooked-up' dengan semua perempuan. Kata-kata nak sedapkan hati, nama pun cerita.......
No comments:
Post a Comment