Nuffnang Ads

Tuesday, September 24, 2013

Kahwin Oh Yeah : Keputusan Door Gifts

Bismillahirrahmanirrahim... Dengan ini dimaklumkan bahawa keputusan untuk door gifts adalah muktamad. Dalam jangka masa 3 bulan ni I akan bekerja keras nak merealisasikan door gifts yang dah lama terpendam dalam kepala. Allah memang dah bukak pintu hati dengan menurunkan idea paling bernas yang diharapkan akan mendatangkan manfaat kepada semua tetamu, insya Allah...

Selepas difikir dan ditimbang kati semua perbandingan, pemberian Surah Yassin atau Al-Mathurat atau amalan doa harian adalah yang terbaik. Most preferable ialah Surah Yassin. Akan dimanfaatkan oleh semua. Lagipun Mama dan Ayah setuju.

Task sekarang ialah, mencari pencetak Surah Yassin yang bagi harga berpatutan. Kalau boleh nak cari area Seremban je senang sikit. Kalau luar Seremban, aduhaiiii, bercinta nak sampai ke sana. Tapi tak pasti lah lagi sebab tengah mencari ni semalam Sabtu dah tutup pulak kedai. Paling senang beli bundle dekat Mydin dan custom made cover Surah Yassin sendiri. Ini yang paling I sukaaaaaaa! Bergelumang dengan kertas lagi. Muahahaha. Sayang, jangan bosan bekerja dengan kertas I lagi ye hihihi.

Banyak choice jugak... Setakat 200 pieces cukup ni. I dah survey hahaha
Al-Mathurat pun ada... 
Lagi satu...
I dah jumpa kedai yang boleh print sticker. Kedai tu banyak manfaatnya tu. Sebab sticker tu I nak tempah untuk kad kahwin nanti. Wow, lagi 3 bulan jangan buat main...

Kalau DIY macam ni pun dah ok :)
Kalau tempah, macam ni pun ok! Hihihi. Ada sesiapa nak sponsor tak?
Wiwiwiwiwiwi
Untuk budak-budak, tit bits! Yeayyyy! Dan ada perancangannya untuk itu jugak. Selesai berfikir pasal door gifts. Cuma belum ada pergerakan je lagi. Insya Allah, hujung bulan ni akan dilaksanakan. Yang penting nak pergi ke pameran pengantin dulu. Feeling nak kahwin sangat hehehe

No comments:

Post a Comment