Taman Paroi Jaya, Seremban,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
__________________________________________________________________
Cik Bakal Isteri
Taman Dusun Setia, Seremban,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 9 September 2013
Tuan,
UCAPAN PENGHARGAAN DAN DEDIKASI CINTA SAMPAI KE SYURGA
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan lamaran dari tuan bertarikh 13 Mei 2013.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa lamaran yang dihulurkan oleh pihak tuan telah keluarga saya terima dengan tangan dan hati terbuka. Kami sekeluarga telah berbesar hati untuk menyambut lamaran penambahan ahli keluarga dan mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga. Sebagaimana yang telah dibincang dan dijanjikan, ketetapan untuk Majlis Akad Nikah adalah seperti berikut :
Tarikh Akad Nikah : 28 Disember 2013
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi sehingga Makan Tengahari
Tempat : Taman Dusun Setia, Seremban
Masa : 10.00 pagi sehingga Makan Tengahari
Tempat : Taman Dusun Setia, Seremban
3. Di samping itu, perbincangan berkenaan persiapan serba sederhana juga telah disambut baik oleh kedua belah pihak. Kehidupan selepas bernikah adalah yang lebih penting dan perlukan perhatian yang lebih khusus. Di samping perbincangan lamaran, ada juga dinyatakan bahawa Majlis Bertandang ke pihak tuan juga dipersetujui oleh kedua pihak seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 29 Disember 2013
Hari : Ahad
Masa : 12.00 tengahari - 4.00 petang
Tempat : Taman Paroi Jaya, Seremban
Hari : Ahad
Masa : 12.00 tengahari - 4.00 petang
Tempat : Taman Paroi Jaya, Seremban
4. Sehubungan dengan itu, saya ingin melahirkan rasa cinta tanpa penghujung kepada tuan atas hubungan kasih sayang yang telah diberikan oleh tuan kepada saya selama hampir setahun perhubungan kita ini. Tiada jurang yang akan menjadi jarak dan pemisah kepada hubungan yang terjalin sekian lama dan segala tohmahan serta permasalahan akan disingkirkan serta merta demi menjaga kesucian dan keikhlasan di dalam hubungan yang bakal menjadi rasmi dengan ikatan pernikahan ini. Segala janji akan ditunaikan dengan kejujuran yang akan saya tanamkan setelah saya bergelar isteri tuan kelak. Malah, semua urusan dan kekeliruan akan diuruskan secara bersama tanpa diragui. Pakaian, makanan dan kesihatan tuan juga akan saya jaga agar tersusun jadual kehidupan tuan. Tidak seperti sebelum-sebelum ini dimana tuan telah menguruskan kehidupan tuan sendiri, sesudah dinikahkan saya berjanji akan memberikan segala yang terbaik demi kebahagiaan tuan. Kesetiaan dalam perhubungan juga akan saya berikan komitmen sebanyak 100% kepada tuan sahaja.
5. Oleh yang demikian, saya juga memberi sepenuh pengharapan agar segala impian pernikahan kita bersama juga dapat tuan realisasikan seperti yang telah dibincangkan pada awal perhubungan kita. Segala permasalahan dan keraguan yang terbuku oleh tuan hendaklah dibincangkannya bersama saya sendiri dan kita perlu mengambil langkah keselamatan agar tidak berlarutan dan membawa kesan yang buruk kepada semua pihak. Jika tidak ada langkah pencegahan ianya diakhuatiri akan mendatangkan rasa ketidakpuasan hati dan menyinggung hati masing-masing. Harapan setinggi ini diharapkan agar kita dapat menjadi pasangan yang serasi bersama dan berkaliber di dalam mencapai cita dan angan yang tidak akan dikaburi oleh jerebu hitam yang menyesakkan dada setiap insan di dunia ini.
6. Semoga dengan berlangsungnya kedua majlis ini akan mengeratkan lagi silaturrahim antara kedua keluarga dan merapatkan lagi ukhwah sesama umat Islam. Di kesempatan ini juga saya amat berharap agar kehadiran keluarga dan teman rapat akan memberkati lagi majlis.
7. Segala kerjasama dari pihak tuan didahului dengan setinggi penghargaan dan sepenuh kasih sayang.
Sekian, terima kasih.
"TAK MATI DEK KEJI, TAK HIDUP DEK PUJI"
Saya yang menyayangi awak selalu,
....................................................
(WANIE YANG SEKUNTUM )
Teruja,
Bakal Mendirikan Rumahtangga,
6. Semoga dengan berlangsungnya kedua majlis ini akan mengeratkan lagi silaturrahim antara kedua keluarga dan merapatkan lagi ukhwah sesama umat Islam. Di kesempatan ini juga saya amat berharap agar kehadiran keluarga dan teman rapat akan memberkati lagi majlis.
7. Segala kerjasama dari pihak tuan didahului dengan setinggi penghargaan dan sepenuh kasih sayang.
Sekian, terima kasih.
"TAK MATI DEK KEJI, TAK HIDUP DEK PUJI"
Saya yang menyayangi awak selalu,
....................................................
(WANIE YANG SEKUNTUM )
Teruja,
Bakal Mendirikan Rumahtangga,
No comments:
Post a Comment