I don't have any Wordless Wednesday like others but I did have my own restless day. And this is how I spent my restless day with my love one, and yeah, the day was totally dedicated to him. Me? Being a parasit next to him. Refreshing my direction skill to locate places in KL. Let's roll!
Early that day, masa ni muka ceria Rasanya tak perlu post sini muka terpeleot waktu petang kot Ngeeee~ |
1. Jabatan Pendaftaran Negara, Kompleks KDN, Jalan Duta
Alahai, nak buat kad pengenalan sampai ke sini bang. Hehehe. Kisahnya, SiDia ni hilang dokumen peribadi dan selepas laporan polis dah dibuat, kena buat semula kad pengenalan, lesen memandu dan kad atm. Ini tempat pertama lah, nak buat semua benda WAJIB ada kad pengenalan kalau takde... APTB. Perjalanan lancar, parking pun senang, terus masuk dan Say Cheese! In a glance, siaplah kad pengenalan. Tapi kan, Publika tu macam memanggil I pulak. Next destination, JPJ please.
2. Jabatan Pengangkutan Jalan, Maju Junction.
Senang hati dah ada kad pengenalan kena bergerak ke JPJ untuk tujuan penggantian lesen memandu. Sama jugak, parking pun senang, tangkap gambar pun senang cuma tempoh menunggu agak lama. Silap timing la pergi lunch hour. Tapi u puas hati kan Sayang sebab dapat lesen memandu versi baru. I jeles!
Gambar pun express. |
3. AmBank, Jalan Yap Kwan Seng
Kiri kanan jalan agak sibuk. Alhamdulillah dapat jugak sampai dalam jam 3.00 pm. Sambil mata sempat menjeling KLCC. Tunggu I ye Kinokuniya. Ada urusan sikit dengan tempat ni muahahaha. Agak lama la jugak urusan di AmBank ni sebab nak jumpa customer service lah katakan... Ramai customer katanya. Ok, berapa round bowling dah kitorang main barulah nombor di panggil. Nasib baik ye staff dekat kaunter tu mesra, baik dan pantas. Terubat sikit rasa bengkek sebab lama benor menunggu tu dengan layanan beliau. Tq! Dan paling terubat bila duit dah boleh draw. Phewww~
3 orang tu mengambil masa hampir sejam! |
4. Kinokuniya, KLCC
Ni bukanlah urusan rasmi, tapi urusan nak kahwin. Sebelum melangkah masuk Kinokuniya, kitorang dah isi perut yang kosong ni dekat Signature. Langkah yang baik oleh Sayang. Sebab I rasa kalau I dah pergi masuk sana memang dah rasa tak lapar. Dapat corner punch! Jadilah, untuk DIY project.
5. Sg. Wang, Bukit Bintang
Hah, menapaklah anda dari Pavilion ke Sg.Wang ye. Dek kerana jalan jammed, Sayang decided to park his car in Pavilion and we walked. Sampai terus cari wallet Sayang yang dah lebur bersama id UiTM (satu-satunya kenangan yang ada masa I study untuk degree.. serius, sedih!) dan kedai pun dah agak nak tutup. Sedihnya tak dapat ronda lama-lama. Tapi bila nampak Daiso, terus lupa semua penat. Nanti nak kena check balik bebarang yang beli dekat Daiso tu, rambang mata lah.
6. Mali's Corner, Danau Kota
Late dinner lah orang kata. Mulanya nak ke Taman Bunga Raya tapi macam dah nak hujan tu yang retour ke Danau Kota. Grrr. Dek dah lama tak makan tu yang rasa sedap bebenor padahal dulu kemain tetiap minggu ke Taman Bunga Raya, sebelum wujudnya di Danau Kota. Cuma frust sikit lah sebab I tak dapat minum teh ais yang I gilai sampai dua gelas kadang tu.. Faktor kesihatan. Redha je la.
7. Burger Bakar Kaw Kaw, Wangsa Maju Section 2
Tanahair tercinta ni! 5 tahun akak conquer ini kawasan. Hahahaha. Sebab sekolah sini lah.. Tapi ni pertama kali I cuba burger ni. Yang orang beratur seawal petang semata-mata nak burger besar, bagak, very rich dan yummeh! Tapi takde orang pun, order cepat, dapat pun cepat. Terus tapau sekali untuk Mama. Mesti Mama suka ni.
Sangat jauh perjalanan. Kalau ada calorie counter tu pakai sepanjang masa mesti dah bagitau berapa banyak kalori kitorang yang terbakar sepanjang hari. Tak sempat pergi Payless Paradigm Mall dan Nilai 3 sahaja. Ikutkan banyak lagi spot yang kitorang dah highlighted cuma kekangan waktu dan tenaga. Takpe, yang penting diutamakan.
** I dah dapat alatan untuk berperang menyiapkan kad. Tak sabar, tak sabar, tak sabar nak pening sampai muntah hahahaha. Prototype akan dibuat ASAP! Semangat dah ni **

No comments:
Post a Comment