Nuffnang Ads

Monday, September 30, 2013

Tiada Keseronokan Lagi

Bukan bercakap besar, bukan menafikan kewujudannya. Kebelakangan ni memang I dah rasakan tiada lagi rasa seronok dan bahagia bila melayari Facebook, Twitter dan Instagram. Makin jelak kata orang. Setiap kali online, ada saja punca yang membuatkan I rasa tidak puas hati bagi sesetengah post atau entri. Bukan semua tapi kebanyakan. Mungkin juga I sudah mula bosan. Atau kekangan masa? Yang pasti, Facebook rasa sudah kurang perlunya kecuali untuk track rakan lama dan mencari peniaga online yang kadang-kadang diperlukan.
 
Bagi rakan lama dan ahli keluarga sendiri, kadang bahasa berterabur buat I kurang faham. Tak perlu kot nak buat orang pusing. Bahasa-bahasa SMS ringkas dah satu hal untuk difahami, susunan ayat pun PPPFFFFTTTTT! What was your result for Bahasa Melayu SPM? And English. Think great enough to built sentence in your FB's status but did u ever think about the audience? Just don't fooled yourself. Paling penting I tak suka serabut. Biar sempoi asal orang faham. Nak post gambar then bubuh caption yang baik dan teratur. What makes me think like old peeps now?
 
Penghinaan, memalukan orang lain, sarcasm, fitnah dan mengikut orang. Perghhh ini lagi satu budaya yang tak kenan di mata I. Share sebanyak benda mungkin yang kadangnya tiada manfaat untuk diri sendiri dan rakan FB. Rasa tak pasti dan ragu akan kewujudan sesuatu benda tolonglah jangan mengikut orang sangat. Contoh, kucing boleh bertelur keluar anak ayam yang sangat comel tapi mengiau. Logik kah? Naaaahhhhh! Dari segi penulisan, semua boleh menulis. Kesahihan sesuatu maklumat, kadang perlu dipertikaikan. Tak patut kita share sesuatu yang, "dari sumber yang boleh dipercayai..." Hahaha get a life! Kadang tu u cakap pun I tak percaya apatah lagi benda yang u share.
 
Timbulnya riak, takbur dan bangga diri. Hehehe lagi satu benda nak dikupas bila setelah sekian lama tak berFB mata tertumpu pada satu status yang seseorang link dari Twitter, "out from here untuk mengerjakan Solat Isya' dan kemudian Solat Taubat dan kemudian Solat Hajat agar semua rakan di FB saya dilindungiNya.." Alhamdulillah dan terima kasih kerna mendoakan I juga. Mana keikhlasannya disitu? Tak update pada FB pun Allah tahu niat kita. Buat diam-diam lagi Allah sayang. Seumpama menderma tapi terpampang cek besar memberitahu satu dunia kita menderma RM5000 kepada yang memerlukan. In addtition, "saya telah memiliki kereta dan rumah mewah ini atas usaha berlipat ganda. Anda juga boleh!" sambil post gambar kereta berkilat-kilat yang khabarnya usaha sendiri. Itu Allah izinkan, sayangku.. Trend di Instagram, post gambar bilik tidur dengan caption, "jom masuk tidur sekarang... Good nite, world". Kakak, u bangga ke kawan u seorang lelaki komen, "I wish I can be in that room, with u." Astaghfirullahala'zimmm..
 
Penghancur hubungan, pemisah kekeluargaan dan cerai berai. Percaya tak? Tak caya sudah. Mungkin belum merasai. Apa pun, hati-hati jangan sampai kena batang hidung. Salah cakap, salah komen dan salah adab boleh mencincang hubungan 30 tahun bersama rakan dari zaman Tadika. Bahaya dik. Untuk orang yang dah berumahtangga, perlu ke add bekas kekasih? Nak concern sangat pada life orang yang dah merobekkan hati kita pada satu masa dulu kenapa kenapa kenapa? Berapa hubungan yang telah terputus akibat media sosial, pernah kita fikir? Tak payah fikir sangat, jaga sillaturrahim masing-masing. Senang cerita, fahaman politik juga boleh menimbulkan huru hara. Ops, jaga-jaga dengan stalker. Fake account berleluasa sekarang. Tujuan? Ask them.
 
Saingan perniagaan yang tidak sihat dan mengganggu ketenteraman peribadi sesetengah orang pun membuatkan I bosan. Jangan khuatir, bukan tak suka pada perniagaan online cuma sesetengah peniaga tak kena gaya. Paling I hot kalau di Instagram dengan kata-kata, "follow saya untuk produk kecantikan yang terhebat..." yang sengaja ada di ruangan komen-komen. Annoying! Sekali dua boleh tahan, nak promote katanya. Kalau setiap gambar u komen yang sama. Nasib baik ada Setting untuk Block User. Amekaw!
 
Semua yang di atas adalah pendapat peribadi semata-mata tapi memang ada kena mengena dengan semua yang I kenal di Facebook, Twitter dan Instagram. Kalau ada insan yang terasa itu adalah kerana termakan cili. Sebabnya, I juga termakan cili sekarang. Pedas wooo. Taknak buat lagi dah... Gigih I search pasal nak kahwin dan kuruskan badan. Nak semakkan otak fikir semua benda yang orang share memang tidaklah. Jadi berserabut kepala.

No comments:

Post a Comment