Nuffnang Ads

Tuesday, September 17, 2013

Paling Geli Kalau...

Sorry! Ini cerita tandas. Kalau ada yang jijik dan geli dan tak suka nak membaca, GET LOST! Blah sekarang jugak hahaha. Ini cerita busuk dan agak tak sedap. Tapi inilah realiti, yang kita semua kena hadapi. Lagi-lagi tandas awam, di pejabat dan pusat membeli belah, selalunya. Sama ada berbayar atau tidak. Tak tau bila pemikiran kelas ketiga ni nak berubah ke arah kebaikan. Ada beberapa punca kegelian I kalau masuk ke dalam jamban atau tandas atau bilik air. 

1. Tak flush out semua najis - Fikir logik sikit, lepas kita poo poo atau wee wee kenapa sakit sangat mata tu nak memandang ke dalam mangkuk jamban ek? Alasan biasa, "terlupa" memang tak boleh dinafikan. Alasan kedua yang biasa, "Flush rosak, macam mana nak tarik" hehhhhh senang nye hati u. Orang selepas u masuk dengan muka, "Perghhhh, muka macam Emma Maembong tapi tak reti flush ke????" malu kot... Lalukan je la air paip tu supaya mengalir ape ke susah benar?

2. Paip terendam dalam mangkuk - Kan ada penggantung paip tu kenapa u tak sangkut ek? Yang dibiarkan je termasuk dalam mangkuk tu kan ke kotor?! Eishhhh, macam-macam kuman dan bakteria dalam tuh please la, gunakan tandas sebaik mungkin. Bukan u sorang je nak guna lepas-lepas ni. Kalau u pengotor jangan drag orang jadi pengotor macam u. No No No!

3. Tak jirus keliling mangkuk - Kalau lelaki yang wee wee, geli tak korang tengok ada saki baki setitik dua air kuning dekat depan-depan tempat mangkuk duduk tu. Ewwwggghhh! Angkat lah toilet cover yang ala berlubang tu lah! Pastu u nak jirus wee wee u tu bedal aje TAPI! silalah flush dan bersihkan balik. Kotor ok... kotorrrrrrrr~ 

4. Tak jirus keliling jugak - Kali ni untuk squat toilet, ok kita orang Melayu, JAMBAN CANGKUNG. Haa puas? Kebiasaan ye, lepas abis buat bisnes kita akan jirus dan cuci. Pernah ke dalam kepala hotak berjambul kita yang segala kekotoran dari rektum tu akan tersebar di merata-rata? Tak mungkin poo poo u seorang yang bulat dan cantik, confirm ade sikit-sikit toksin tertinggal sana sini. Tak caya g check la rektum u! Selepas jirus, selepas lap dari depan ke belakang tempat yang kita basuh tu dan sebelum flush, silalah bangun dan bpusing kan badan serta kepala ke belakang. Liarkan mata dan perhati, "Ohhh sana ada tertinggal sisa muffin dari rektum ku ini". Janganlah geli! Jirus semua... lalukan air dan make sure semua masuk dalam lubang dan flush. Dan kepada orang perempuan khususnya, sejurus selepas poo poo dan wee wee (ketika dalam menses) sila check.. Malu sikit. Najis dan kadang darah haid bersepah merata. Tak segan ke orang tengok? Part pilih perfume nak Chanel No.5 la Nina Ricci la. Benda harian macam ni??? 

5. JANGAN JANGAN JANGAN biarkan pad atau tisu dah dipakai dan apa-apa pun atas lantai tandas - Geli kot! Yang ni faham sendirilah...

Ampunkan I kalau bahasa diatas ada kesilapan atau kekurangan. Cuma bertindak ikut perasaan macam tu. Oklah bahasa I ada kias-kias. U all yang poo poo tinggal kesan degil kat jamban tu takpe ek? At least, I dah lega menaip disini. Harap pemikiran kita semua dapat diubah agar tidak menyusahkan orang lain. Dan inilah kita kena ajar kepada generasi akan datang. Ye, table manner kita ajar, bersopan pada orang lebih tua pun kita ajar, apa salahnya penggunaan tandas yang betul kita add on pada pelajaran untuk anak-anak kita. Tak semua yang lalai hal macam ni. Ada yang ambil berat. Itu I respect.

Sapa makan jagung, maka 'cake' dia mesti akan ada jagung. 
Sekian!

No comments:

Post a Comment