Gosh! Neves bukan main ok. Nama untuk pemain bola jaring dah keluar. Jadual latihan bola jaring pun dah keluar. Ada masa 2 bulan nak berlatih untuk game bulan November. Bahang dah makin terasa. Sebulan berlatih untuk fitness. Sebulan lagi berlatih skill. Hey! Mampukah?? Kena mampu ye sebab I dah lama sangat tak bersukan ni. Makan 3 bulan jugak. Since bulan Jun yang kito monang... kito monang... yaw!
Alhamdulillah, semua training pada waktu pagi. Cuma kalau ada friendly match je akan diubah waktu latihan ke petang. Bukan taknak berlatih petang tapi mentari petang tu bisa mendatangkan kelam di muka. Kelam, senja dan malap adalah beberapa perkataan yang menggambarkan warna kulit I kalau terkena mentari dalam kuantiti yang banyak dalam jumlah jam yang melampau. Bagi chance la, I nak naik pelamin ni. Baju peach-pink untuk nikah, putih untuk bersanding. Boleh ke bedah bedak menutupi semua noda hitam?
Dengar ceritanya, kali ni jurulatih adalah seorang lelaki. Mungkin pengadil yang pernah mengadili perlawanan bola jaring masa liga di PD pada tahun lepas. Masaklah kalau disuruh I berlari, berlunyak nanti peluh merata anggota badan. Hahaha. Paling best pulak, I dah jadi AJK untuk bola jaring. Siapa petik nama I? Mungkin jugak sebab semua pemain dalam tu ada tugasan masing-masing untuk event bulan November ni. Bersama I ialah Ain dan Fira sekali. Memang geng Wondergirldix betul la macam ni. Bertuah lah badan, jadi pemain dan AJK. Boleh bubuh dalam SKT kannnnn. Nampak sikit banyak sumbangan tahun ni kan. Datang tahun depan, sunyi sepi... Krikkk, krikkk.
Akhir kata, I pastinya HADIR ke semua sesi latihan bagi pasukan bola jaring ni. Antara sebab munasabah ialah I merupakan AJK bagi Bola Jaring dan perlu membawa semua bebola dan bip ke latihan pada setiap pagi. Itu maknanya, DATANG AWAL. Nampak tak game dekat situ, sengaja tau... Ok, I takkan makan pedas nanti I akan cirit-birit lagi pagi dan lewat ke latihan. Terima kasih dengan tugasan yang diberikan.
Semoga latihan ini akan menambahkan kekuatan bagi pasukan kami. Insya Allah kami akan cuba membawa kemenangan dalam perlawanan bola jaring bagi sukan JKR yang mendatang November ini. Ini lah jugak masanya I nak turunkan lagi lemak-lemak tepu dalam badan. Sempena nak naik pelamin ni. Gosh, tetiba teringat betapa berpeluhnya I kalau main netball. Atas bawah depan belakang wey! Lagi-lagi kalau disuruh lari kejar bola. Yang mampu I katakan ialah,
"Letih wey, letih!"
Semoga ayat ini akan diucap sekali sekala je... Tapi kan, memang letih pun T_T Biarlah, asalkan ada harapan nak kurus. Ok bye!
No comments:
Post a Comment