Kepada rezeki yang tidak terhingga
Kepada makanan yang lazat-lazat
Kepada minuman yang selalu menggiurkan
Kepada badan yang telah lama dimanjakan
ALHAMDULILLAH, semuanya yang baik adalah dari Allah semata-mata
Hari Raya Aidilfitri meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada lemak tepu sekeliling badan. Berat tetap yang sama, cuma inci-inci badan yang selama ini berkurang dah menampakkan sikit peningkatan. Taklah betapa ketara, still, boleh nampak yang badan dah naik. Cuma belum ada yang menegur badan dah naik. Tunggulah, tak jaga memang akan membesar ye.
Redha! Diri sendiri dapat rasa, inikan pulak orang yang memandang. Memang tak diakui, semakin hari semakin malas, semakin tak tetap dalam menurunkan berat badan. Bulan Ramadhan elok turunnya berkat pengambilan U-Trim dan faktor berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga. Masuk Syawal, hidup penuh gemilang, tapi masih berhati-hati. Dalam kepala hanya ada 28 Disember 2013, tarikh keramat. Dalam mata terbayang baju putih idaman hati, tak elok dipakai kalau badan masih sebesar ini. (T_T)
Antara langkah-langkah yang berjaya I buat demi menjaga dan mengekalkan berat ialah pengambilan U-Trim dan minum air kosong 2 Liter dan lebih dalam sehari. Tak pernah missed lagi pengambilan U-Trim. Senang proses pembuangan. Setiap hari kekal jadual dengan 2 kali pembuangan sekurangya. Mungkin sebab ini I makan pun sedap. Sebab hari-hari membuang dengan banyaknya. Perut selesa. Baju, seluar masih lagi di tahap memberangsangkan walaupun berat tak turun. Cuma nak makan jadi takut, tengok cermin pun, erghhhh, belum mampu lagi nak pakai baju putih cantik tu.
Lagi seronok, berjaya sangat minum 2 Liter air sehari. Kadang tu lebih. Bibir dah kurang kering, tekak dah kurang haus. Rekahan di tapak kaki dah berkurang. Tahan sikitlah ye kalau selalu ke tandas membuang air. Peluh pun mencurah-curah. Bergerak sikit memang berpeluh. Phew!
Kerja keras bermula balik. Sarapan oats setiap pagi untuk bertahan sampai ke tengahari. Sebenarnya minum U-Trim takdelah rasa lapar sangat pun. Cuma isi perut tak mau rasa lapar, takut-takut gastrik juga. Tengahari balik rumah makan dengan Mama tersayang, selalunya nasi dan ayam goreng. Kadang bertahan sampai malam. Bila sebelah petang dah jamah sikit kuih muih dan mihun atau kuetiaw. Malam, memang nak berhenti makan. Langkah permulaan balik...
HARUS juga bersenam, badan dah malas. Stamina kena jaga sebab latihan bola jaring akan bermula tak lama lagi. Kaki, tangan, badan dan tulang-tulang kena jaga. Silap sikit nanti lain pulak penyakitnya. Usia pun dah meningkat... Semoga dipermudahkan semua urusan ini, ya Allah. Amin...
**merepek sikit di pagi hari. Jadi bengong sekejap otak tengok ramai yang naik minyak bila minyak naik. Pppffffffttttt!
No comments:
Post a Comment