Masih belum decide warna baju apa yang jadi pilihan hati SiDia ni untuk majlis sebelah lelaki. Pilihan tak dinafikan, memang banyak dekat butik Mahligai Qaseh. Tapi faktor saiz sangatlah limited untuk B2B comel macam kami. Masalah memang ada hahaha. Jangan salahkan badan kot, nafsu sendiri yang kawal nak kurus atau gemuk. Terasa perut yang begelora baru lepas melantak nasi 3 pinggan ni. Oops!
Of course, warna kuning dah kena banned. Sekarang yang tinggal warna lain la. First choice ialah putih. Tak boleh try lagi sebab dah dijahit ikut cutting pengantin kecil yang nak sewa minggu itu. Takpe kot later datang baru try.
Nak dijadikan cerita, ada kemungkinan besar kami akan pakai baju baru nanti. Kalau tak jadi memang baju putih la pilihan hati. Tapi kan design dan warna adalah.. SURPRISE! Cuma proses pengukuran baju dah dibuat oleh Kak Long dan Shu. TQ butik yang best! Hehehehe. Macam mana boleh terbuat baju baru? Memang rezeki, kebetulan butik memang nak keluarkan baju baru tapi ikut warna dan design yang diorang dah tetapkan. Ikutkan aje la pilihan butik kan. Yang penting, ikut saiz kami. Insya Allah... Belum muktamad lagi. Mana tau kan tiba-tiba butik ubah fikiran. Memang baju yang ada je akan dipakai. Tak kisah pun, Mana yang senang dan yang penting, MUAT! Hummmphhhh~
Yang penting dah siap ukur! Ini ialah Kak Long :) |
Hint... Color macam ni lah kot! |
Paling selamba, pelamin rumah I belum survey lagi. Haihh!
No comments:
Post a Comment