Nuffnang Ads

Sunday, December 29, 2013

Kahwin Oh Yeah : Berbahagialah

Alhamdulillah. Selesai majlis pernikahan Sazwani dan Hafizi pada 28 Disember 2013. Habis satu cerita, terpaut dua hati dan terikat satu pernikahan. Lega sangat! Semua yang mula ada akhirnya. Bermula seawal jam 8.00 am, berakhir sehingga ke malam. Semuanya perihal kebahagiaan yang tercipta pada hari ini.

Ya Allah, Kau jagakanlah hatinya agar sentiasa bertaqwa kepadaMu kerana hanya dengan iman dan taqwa akan membawa kami ke syurgaMu. Amin.

I love you, Hubby ♥♥♥

Tuesday, December 24, 2013

Oh Rumahku : Pindah

Semua.. Ye, semua barang yang besar dan utama telah dipindahkan dari rumah Mama ke rumah kami. Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT yang memperkenankan doa kami. Terima kasih Mama-Mama, Ayah dan Baba atas semua moral support yang tak terhingga. Dari hari pertama sampailah ke hari ini. Terima kasih Epul dan Suni yang sudi bagi pinjam 4WD mereka yang sampai titisan terakhir barang dapat kami angkat. Jasamu dikenang. Jemput datang sekeluarga ye 28 dan 29 Disember 2013 ni.

Sayang punye LOVE BIRU sebab u Gajah biru kan :)
Paling sayang banyak-banyak, thankful dan sangat appreciate dengan pengorbanan seorang bakal suami yang paling banyak berkorban dan terkorban tenaga. U gagah sangat! I paling kagum tengok u angkat fridge tu sorang diri je. Wallaweyh! Same goes to the TV yang berat gile tu. Sayang, u were amazing. Tak sangka dikurniakan insan yang kuat dan pasti boleh mengangkat I nanti. Errrrrrrr~


Apa yang penting, hampir 95% barangan di rumah ini adalah hasil dari angkatan sendiri dan SiDia. 5% adalah set bilik tidur dari Mama Baba dan barangan kecil macam kerusi plastik dan stool yang dibawa oleh Mama Ayah. Sempurna sangat dah ni untuk kita :)

Sunday, December 22, 2013

Motivasikan Diri Sendiri

Maafkan I seandainya entri ini mengganggu fikiran anda semua ye.

Macam ni sebenarnya, SEMUA pasangan yang akan berkahwin memang akan ada satu feeling, NAK FIGHT. Kadang tu pasal benda remeh aje. Kadang tu pasal rasa kurang kasih sayang sebab masing-masing busy. Kadang tu pasal MASA SILAM masing-masing. Sangat tipu kalau u all semua seorang yang, eh I ok aje dengan tunang I makin nak kawin makin kami loving dan lovey dovey dan love birds what-so-ever. No, don't, jangan tipu. Muahaha.

Paling common, benda kecik jadi besar. Sikit-sikit hal jadi fight. Ini memang kelakar. Tak bagus punye la kalo camni. U akan kawin dengan wanita/lelaki yang dicintai kerana Allah. Belum kahwin pun hal kecik nak jadi besar, just cut it off. U are gona spend your whole life with her/him right after your solemnization ceremony. Furthermore, its her/his face will appear next to u everyday after u wake up from your sweet dreams. Nak gaduh benda like, sendawa bau durian hari-hari ek. Chill la korang.. Semua orang ada bad habit. Same goes to u so whats with the burpees thing? Benda kecik besar kuman aje tu.

Oh ye, jangan sesekali rasa kurang kasih sayang tau dekat-dekat nak majlis. Esok lepas kahwin, berkepit benar lah ye. Halal lagi. Boleh je nak dating sepanjang masa. Tapi jangan sampai terabai hal lain. Kita ada keluarga dan mereka pun ada keluarga sama macam kita. Give and take sikit, mana nak bahagi masa dengan keluar, nak mengemas rumah, nak edarkan jemputan, nak uruskan hal kerja yang kena cover sebab orang takde dan nak jaga hati tunangan yang meragam, "sampai hati u taknak lepak makan roti canai dengan I kan petang ni," pffftttttf! Wey, roti canai pegi beli dekat Mydin yang instant lepas tu masak sendiri melantaklah 8 keping u sorang. Hahahaha.

Forget the past, let us live our own future. Kita hidup ke depan bukan reverse aje. Duk mengungkit tak datang faedah lah. Bukan kita boleh turn back time dan pergi lempang ex-gf/ex-bf diorang. Hahaha. Tak logik la, nak judge orang based on their past experience. Agak-agak rasa nak bengkek je jiwa tu teringat benda atau hal lepas cuba ingat balik ayat seperti gambar di bawah. Terima kasih Abg Tri dan Kokpin atas motivasi yang sangat terkesan di hati ini. Korang memang loving. Rasa nak picit-picit korang kalau terserempak dekat mana-mana. I believe, dengan selalu dapat motivasi macam ni kita akan selalu positif. Sama macam apa yang Achik Mini pernah pesan pada I. Think positive, rewrite your positive quotes and paste it anywhere that easy for you to read whenever u are going down under and feel so demotivated. Fuh, syukurlah Allah dekatkan I pada perkara yang positif kalau Allah tak izinkan begini mau ribut gelombang sampai 10 kali.

Ok, ini best!
Untuk reminder diri sendiri  semata. Tidak point pada sesiapa. Terima kasih Allah atas semua yang Kau izinkan. Terima kasih Sayang atas semua peingkat Phd punye kesabaran. I baru tahap PMR hahaha. Visit Instagram Fynn Jamal untuk refer pada kata-kata seperti di gambar. Tq again.

Friday, December 20, 2013

Kahwin Oh Yeah : Edisi Reveal

Nak kawin yeah yeah..! Happy la sangat tu padahal ada je benda belum setel lagi. Lagi seminggu nak hidup berdua, majlis makin dekat, perkara-perkara yang wajib macam borang nikah semua dah selamat diuruskan. Sekarang ni masa untuk reveal semua yang handmade by SAZ dan lain-lain. Fuh!

1. Baju pernikahan : warnanya Pink Peach dan cutting kurung moden biasa. Tailor yang buat ialah Kathy Senawang dan semua beads cantik dari Kak Niza, founder Rerama D'Zein. Termasuklah shawl yang ditempah dari Kak Niza. Baju lelaki ditempah di Mee Lian.

2. Kad undangan : Made by SAZ dan material dibeli di kedai buku berhampiran. Penggunaan software hanyalah Microsoft Words dan menggunakan cetakan fotostat biasa sahaja. Sampul dibeli di Daiso. Kad undangan hanya dibuat sendiri.

3. Hand bouquet : bunga tulip macam biasa beli di Nilai. Pendek cerita, my hand bouquet was Made By Saz.

4. Hantaran : decorations were Made By Saz dengan semua perkara yang dibeli di kedai bunga dan aksesori perkahwinan Nilai 3. Ada 5 semuanya termasuk sirih junjung juga Made By Saz.

5. Pelamin : Abang Ikmal bertanggungjawab bagi pelamin di rumah perempuan dan rumah pengantin lelaki disewa dari Butik Mahligai Qaseh.

6. Baju persandingan : baju sebelah pihak saja dari Butik Mahligai Qaseh.

7. Jurufoto : paling senang ambik kawan-kawan dan berjaya book paling awal. Radhi dari Shuttera adalah jurufoto bagi kedua-dua majlis.

8. Highlight video - untuk highlighted event sahaja yang Herri iaitu suami kepada Ain akan shoot. Untuk kedua-dua majlis juga.

9. Jurumekap - Ain akan mekapkan I bagi Majlis Pernikahan dan Butik Mahligai Qaseh pada majlis sebelah lelaki. Pakej sekali senang aje.

10. Doorgifts - tempahan booklet Asmaulhusna sudah dibuat dan untuk kanak-kanak akan ada gift lain untuk mereka. Tempahan Asmaulhusna dari Espritpartners Sdn. Bhd yang terletak di Ampangan.

11. Katering : semua hal-hal yang berkenaan katering dan khemah merupakan dari Abang Jais (sorry bang, tak tau nama company la...) Hehehe.

Tuesday, December 17, 2013

Kahwin Oh Yeah : Hantaranku Kepadamu

Amboiii, tajuk entri!

Actually, perancangan asal memang takde hantaran. Itu semua Allah punya kuasa, tak mampu kita semua nak menolaknya. It happened to us. Berkobar sangat kahwin tak mau ada dulang hantaran. Sekali bila dah dekat tiba harinya, wah, macam-macam pulaknya nak letak atas dulang. Antaranya, cincin kepada lelaki, buah-buahan, sirih junjung, coklat dan kek pulut kuning. Sirih junjung tu dah hal lain pulak. Hihihi. Ok ke 5 ni? Orang kata tak plan tapi last-last gini lah.

Dulang dan bunga untuk digubah dah dapat beli tapi kononnya untuk 2 aje mulanya, iaitu, buah-buahan dan coklat. Nak cuba dulu tengok sukses atau tak. Macam biasa, research dah dibuat dekat Internet. Memang banyak sumber inspirasi yang I dapat cuma warna masing-masing la melampau nak tiru sebijik kan. Nanti lepas dah testing barulah senang nak buat yang lain-lain. Yang pastinya, konsep warna ialah pastel.

Alahai... dari dulu memang geram je tengok hantaran camni...
Sirih junjung pun satu hal. I dah nekad nak buat sendiri semua benda kali ni. Takde harapkan sesiapa, baru puas hasil air tangan sendiri. Banyak gila pattern sirih junjung yang I tengok. But there is only one that catches my attention. Simple sesangat dan cantik, of coz.  bunganya akan digubah ikut citarasa bunga kegemaran sendiri. In shaa Allah, dipermudahkanlah urusan I untuk buat semua perkara dalam masa yang teramat-amat singkat ini. Cuma yang menjadi kemusykilan I sekarang, patut guna daun sirih yang betul atau yang artificial punya? Gigih I nak kena buat on the spot kalau guna sirih betul sebab tak mau warnanya jadi hitam kalau dibuat awal.. Bunga dan daun artificial, petang ni dah boleh buat. Lepas tu simpan sampai hari majlis. Kan senang gitu...

Camni pun ok kan?
Ok ni susah kot hehe
Next entri, let's DIY your wedding gifts by SAZ.. Gituuuu! Ala-ala wedding planner pulak dah nama. Haha. Semoga satu hari nanti termakbul impian untuk buat hobi ini menjadi sesuatu yang menguntungkan secara separuh atau sepenuh masa. Amin.

p.s. Dekat Nilai 3 tu macam-macam ada. Tengok kepala otak berjalan atau tak aje. Phewww.

Prosedur Pembelian di PNMB

Tugasan kerja memerlukan I datang sendiri ke Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) untuk mengambil bekalan bagi stor. Punyalah tak faham prosedur, kami hanya menurut perintah. Tapi takpe, belajar dari kesilapan. Lepas ni takdelah terpinga-pinga lagi macam ni ke hulu hilir nak ambil SO dan sebagainya. Ada 2 cara kalau kita, dari jabatan Kerajaan nak membuat pembelian dari PNMB ini iaitu dengan menggunakan LO atau cash. Kalau pembelian menggunakan cash bolehlah terus berurusan dengan Bahagian Bekalan dan Jualan ye. Bagi pembelian menggunakan LO adalah seperti di bawah.

1. Call PNMB untuk confirmkan harga item-item yang dikehendaki (Tel : +60329366888)

2. Sediakan LO dan faxkan kepada PNMB (Fax : +60392366999)

3. Pastikan call dulu sebelum datang mengambil barang bercetak yang siap.

4. Kemudian datang terus ke Bahagian Bekalan dan Jualan untuk mengambil tempahan dan menyerahkan LO.

Jika tidak fax LO kepada pihak PNMB dan terus hadir...

1. Bawa LO ke Bahagian Pemasaran untuk mereka sediakan SO dan ini tidak mengambil masa yang lama.

2. Terus ke Bahagian Bekalan dan Jualan bagi mendapatkan barang bercetak yang telah disediakan.

Sekian makluman. Terima kasih, Dell sebab tolong teman Samani. Hihi. 

Kahwin Oh Yeah : Dilema Kasut!

Tolong! I dilema sangat sekarang ni. Maklumlah kaki besar size 10 US memang kena kerja keras sikit cari kasut secara last minute. Amaran kepada yang bersaiz normal : bersyukurlah kerana kaki anda senang untuk kuat segala jenis kasut yang tersergam indah di kedai. Kepada kaki plus size, jangan segan silu ke Payless Shoesource sebab dekat situlah kedai yang appreciate kaki-kaki size kita. Ada amaran jugak : jangan borong satu kedai sudah!

Dua buah Payless I dah tawaf dengan bakal suami. Gigih dia bawak I sampai Melaka untuk merealisasikan impian I pakai kasut sendiri masa hari bahagia nanti. Jangan salah sangka, bukan berlagak taknak pakai kasut butik tapi tapi tapi.... TAK MUAAAAAAT! Maaf dik, akak bab kasut memang cerewet sikit. Sok kalau berjalan ala kepit kot melecet nanti yang effect ialah kaki akak T_____T sedih la nanti suami tengok kaki akak bergelembung lecet. Hahaha.

Ye tau, dah terlambat untuk diet :(
Punyalah susah kaki plus size ni nak cari warna bersesuaian dengan tema I yang pink peach, turqoise dan pink. Warna ape pink pink pink je sweet sangat dah nih.

1. Colorful Wedges - macam nak pegi jalan-jalan dekat shopping mall aje nih. Tak sesuai kot. Kalo ikut hati, pedulik hapa.. Plus, sume warna ada muahaha.

Sesuai ke kasut kahwin gini?
Memang selesa tahap maximum wa cakap lu
2. Silver ankle strap heels - terlalu bebas gembira je kaki rasanya. Angin masuk dari setiap sudut. Macam tak pakai kasut ye jugak.

Sangat naked rasanya kasut ni.
3. Champagne Studded pump heels - hello, buat kaler soft pink boleh tak? Nama heels ni pun I main petik je wiwiwiwiwiwi.

Abaikan betis dan paha tembam, fokus pada kasut
cun sahaja, tapi warna out sangat dengan pilihan I
4. Peep toe pump heels - nama main petik jugak. Gosh! Kaki nampak menembam. Rasanya memang tak sesuai kaki tembam pakai. Lupakanlah.

Ok  ni cantik... Tapi warna tak kena
Ok ni cantik... Tapi warna tak kena
(sama caption dengan gambar diatas,
tanda protes!)
Kasut ni selesa sangat ye wahai kaki-kaki montel semua
Pun sama... warna tak kena!
5. Fuschia and gold ankle strap heels - gila best pakai ni! Tapi kenapa warna anda gold? Jika anda silver, confirm dah balik Seremban ye.

Is this ok?
Siapa kata kaki plus size takde choice. Kena la banyak choice sebab takde warna sesuai. Grrrrrr!! Ape pun, tenkiyu Sayang! Sebab bersusah payah bawak I ke kedai kasut kaki tembam. Okbai.

Terpaksa, beli kasut warna fuchsia ni... pilihan terakhir harapnya berbaloi
abaikan muka pompuan kenyit tuh hahaha
Kepada B2B yang berkaki plus size, jangan cuba-cuba beli kasut lambat ye nanti mengelabah macam I ni.

Friday, December 13, 2013

Kahwin Oh Yeah : Ralat Sana Sini

Perkara ni biasa terjadi dah. Lagipun mana ada benda yang perfect dalam dunia ni. Same goes to me, dengan benda yang jadi dalam hidup I lagi-lagi dah dekat dengan hari bahagia ni. Nak cerita sangat tu sebab geram melampaui batas. Benda tak boleh nak elak dah, Redah aje lah...

1. Pasal tempahan door gifts - bukan nak cakap apa, harganya memang murah dan berbaloi. Tak perlu pergi jauh cuma belakang rumah sahaja. Tapi, tapi, tapi, tapi, sebagai customer patutnya dia terima cadangan I tau! I yang nak design tu, I yang punya wedding theme, I yang punya duit keluar, I yang upah dia kenapa I kena dengar cakap dia. I belajar dari kesilapan, kedai tersebut akan dipangkah. 

2. Kad undangan sebelah lelaki - geram sikit, tapi tak geram beriya macam kejadian door gifts I tu. Dah dibetulkan, salah jugak harinya, kalau Baba tak perasan, confirm orang datang rumah Sayang hari Sabtu :( kenapalah buat sambil lewa. Dan yang tak bestnya lagi, Doa Pengantin. Dahlah I yang carikan, dia boleh buat ala-ala je. Tengok lah.....

Sakitnya mata I memandang yang DALAM KURUNGAN tu.. Eishh!
3. Tuan punya homestay - Perempuan tu memang I banned habis-habisan. Suara sangat lemah lembut, macam nak mampos (bak kata P.Ramlee) tapi bahasa, amboiiiiiii, benda penting take note la jangan buat menyambil. Tau la awak dah banyak dapat keuntungan dengan beberapa buah rumah yang dijadikan homestay tu, tapi jangan berlagak sangat. Kitorang ni customer, bukan tak bayar. Menipu aje kerjanya... Dah menyusahkan orang, kena cari rumah lain. Terima kasih lah ye.

Geram tu memang ada, kalau nak fikir semuanya perfect, sediakan wang ringgit yang bertingkek-tingkek. Bila salah je, terus buat lain. Pffffttt! 


Oh Rumahku : Idea Ruang Makan

Standard. Lepas berlambak entri Kahwin Oh Yeah kita akan moving forward untuk mencantikkan kediaman. Amboi, kemain tak menyabor ye keme nak bersogheh pasey ghumah. Kali terakhir duduk rumah sendiri tu lah masa study di Segamat. Semua buat sendiri baru rasa puas.....

Macam mana pun sekarang kena perlahan-perlahan kumpul barang rumah. Umur dah lanjut baru nak mula hidup hahaha takpelah. Syukur Allah bagi lagi bernafas di bumiNya ini. First thing first, ruang tamu dah ada carpet dan tv. Jadilah. Untuk permulaan. Tapi yang menjadi excited sekarang ialah ruang makan. Macam-macam dalam kepala I dah sekarang.

Setelah I buat research pasal home living, I dah mula dapat beberapa idea untuk ruang makan kecil comel cute kami. Eishh, tunggu duit terpijak atau dari langit je kami dah berkobar nak letak barang-barang idaman. Antara perkara yang diidamkan ialah ; set meja makan warna putih, sideboard/buffet cabinet warna putih, cermin besar warna putih, display cabinet with glass door warna putih, lamp shade atau floor lamp, wall shelves warna putih, carpet warna terang dan sedikit benda-benda untuk decoration. Dah terbayang jelas dalam mata nak isikan ruang kecil kami. Perasan tak, semuanya putih. Kebetulan dinding pun putih. Yahoo!

I really need a buffet cabinet tu saja. Banyak gila pinggan mangkuk dalam simpanan I. Haruslah disimpan dalam tempat yang elok takkan nak berkurung dalam kotak aje kan. Tapi yang penting cabinet haruslah ada pintu. Safety first. Kalau anak-anak kecik datang nanti dicapai pinggan mangkuk auntie, jangan nak, pecah pinggan boleh ganti tapi kalo luka ke ape ke dahhhh satu kes kecemasan pulak nak bawak ke hospital. Bahaya. Ada beberapa contoh ruang makan moden yang I cilok dari Internet. Sumber inspirasi katanya. Hahaha.

Dapat macam ni jadilah...
Dapat camni pun jadilah jugak
Dapat camni lagilah jadi
Ni dapur ke kedai kek?
Tak salah kalo I nak gantung gak wine glass tu kan :)
Cantik-cantik kan? Standard la rumah sederhana nak macam tu. Kalau rumah I banglo memang macam-macam dah dalam kepala. Kui3! Selalunya kalau benda-benda warna putih ni semua bolehlah beli dekat Ikea aje. In shaa Allah ada kesempatan memang nak ajak Sayang untuk survey. SURVEY aje yang, tak belilahhh. Ye ke???

Kalau rasa jauh sangat Ikea tu, setakat nak cuci mata boleh je tengok dekat website di bawah ye. Nak bagi I hadiah? Liatorp Sideboard is the best gift among all. Hahaha!!!

http://www.ikea.com/my/en/catalog/categories/departments/dining/10412/

Kahwin Oh Yeah : Persiapan Sebelah Lelaki, SIAP!


Semakin hari semakin berdebar. Persiapan sebelah lelaki hampir perfect semuanya. Dari kad kahwin, door gifts dan baju pengantin semuanya dah selesai. Tu yang makin seram dibuatnya.. Yang paling ada kena mengena haruslah baju pengantin. Bila dah fitting baju memang excitement melampaui batas rasa meluap-luap. Haiyooo~

Kad kahwin dah berjaya disiapkan oleh Didi dari TheBuntingPrintInk Creative Design. Walaupun ada ralat sikit tapi kecacatan tu dah ditutup sepenuhnya dengan menggunakan sticker. Ala, salah hari je pun, tapi perkara macam ni akan membuatkan tetamu keliru. Tapi tindakan menggunakan sticker tu sangat I puji sebab kalau dipotong dengan pen dan dibetulkan dengan tulisan nanti akan nampak kesannya. Biasa, tak semua perkara akan jadi perfect macam yang kita mau. 

Ini lah kad bagi majlis sebelah lelaki :)
Owh, baju pengantin pun membuatkan I nervous bukan main. Hari cuti yang lepas I ambik kesempatan nak pergi mencuba baju pengantin. Masa mancuba baju, memang rasa selesa sangat tapi bila dah disarung dengan shawl dan veil, rasa lain macam sikit. Mungkin sebab I tak biasa bertudung macam tu. Kelakar je rasa, sebab rasa janggal. Yang paling I nak suarakan pada adik-adik butik nanti ialah keadaan baju yang agak besar tu. Rasanya nak kena alter jugak kot. Takpelah, final fitting pada Hari Krismas nanti iaitu 4 hari sebelum majlis berlangsung. Harapnya sempat. Apa pun, SiDia a.k.a bakal suami I nampak segak dengan baju tu. Comel je kot! Dengan keris kecik je hihihihi.

Bagi hitam putih aje la baju kahwin ni ye. Nanti tak surprise pulak.
Tengok, ade orang dah feeling tak sabar kawin
Eishhhh, betul ke nihhh!

Betapa Sibuknya Samani

Dah mula terasa. Ada beberapa perkara yang membuatkan I busy sangat-sangat sekarang ni. Pertama, of course la, Hari Pernikahan yang bakal menjelma. Bukan sikit-sikit benda nak kena buat tapi banyak jugak tu. Dari segi persiapan, mengemas rumah, memastikan checklist sempurna dan jemputan. I belum buat edaran kad undangan lagi pun. Tengah dalam proses nak mengenalpasti immediate relatives sahaja dan kawan rapat. Hantaran pun belum buat lagi. Ok tu I yakin sekejap aje. Phew~ Yang paling utama untuk hari bahagia ini ialah nak mengemas keseluruhan rumah. Dengan kerahan tenaga sendiri.

Kedua, sesi memindah rumah. Bukan senang ok. Dengan berbekalkan kenderaan 2 pintu, dah banyak jugak barang yang I dan Sayang berjaya angkut ke rumah kami tu. The thing is, nak kemas rumah, nak lengkapkan rumah (sebab lepas kahwin duduk sini terus), nak paku dinding la nak susun kabinet la nak kemas kain baju lah. Semuanya ada relate dengan mengemas rumah untuk kenduri. Acara mengosongkan rumah Mama dan membawa keperluan ke rumah baru. Hurmmmmmm. 

Ketiga, tugasan pejabat yang menjadi sumber rezeki kepada I. Hujung tahun semuanya berlumba-lumba nak diselesaikan. Buku cuti, laporan stor dan hal-hal perkhidmatan yang lain. Pening kepalo acik ni haaaa. Meja pejabat I dah mula berserabut. Hahaha barulah bos nampak kita busy kan. Ape-ape pun, kalau sungguh bagai dikata, syukur dengan bonus setengah bulan yang bakal kami semua terima. Seronoknya insan yang memerlukan sangat untuk hari perkahwinan ini. Lagi bagus kalau dapat sebelum berakhirnya BBW Books Sale T______T huaaaaaa. Nampaknya tahun ni kena sacrifice sikit la kot. Tunggu lah tahun depan....

Ecehhhh nampak busy sangat nih! Haha

Kahwin Oh Yeah : Honeymoon Kemana?

Kepada yang mampu dan rasa free nak pegi honeymoon, go on, muka tengah berseri-seri orang akan tau pengantin baru tengah nak beramas mesra hahahaha. Lagi-lagi ada inai dijari. Eh, I pulak feeling lebih.. Pastu kan I suka tengok gambar pengantin-pengantin baru yang pegi honeymoon. Loving gila ok peluk kuat-kuat. Masalahnya, siapa snap gambar diorang? Honeymoon bersama keluarga atau kawan-kawan ke? Jauh sangat pemikiran tu..

We've decided not to go for honeymoon right after our wedding day. Got stuffs to be done. Rumah, both side kena kemas. Kenduri di rumah parents, takkan nak biarkan parents yang kemas sendiri. No good, Samani. Sebelum kahwin kena bekerja keras, lepas kahwin apatah lagi. So, ini adalah sebab pertama kami.

We were just moving out to our new home. Rasanya kelengkapan rumah lagi penting disini. Rumah, kita nak duduk bersama setiap hari, Sayang. Hotel, paling cikai RM130 per night kalau nak selesa katil queen boleh peluk-peluk time tidur, takkan 1 malam je kan. Nak puas kena lah 4 malam. Ok melampau. Kali campur bahagi tolak, boleh beli wardrobe atau mesin basuh dengan dryer sekali kot. Ni minded budak study finance sangat lah kan. Siap ada kiraannya. Hahaha. One more thing, nak honeymoon domestik memang jimat tapi kalau hati tergerak nak fly luar negara? Ouuuchh!

Kita tau kan, hujung tahun ni musim tak menentu. Banyak tempat di Malaysia cuaca tak stabil lagi. Pergi sana hujan, pergi situ banjir, syok ke berjalan dalam hujan. Better kita tunggu habis monsun. Dapat lah beraktiviti sikit. Lainlah orang yang nak berkepit aje dalam bilik. Memang suka sejuk-sejuk. Hihihi. SiDia yang I kenal, pergi mana-mana pun dia suka merayau tengok tempat orang. Nanti demam, Sayang. Kita tunggu cuaca stabil barulah senang hati nak kemana pun. Feeling budak-budak master dalam Geografi pulak dah. U berani nak naik flight dalam keadaan guruh ribut petir lepas tu flight goyang nak elak awan. Jangan muntah pulak nanti.

Keseronokan berkahwin tak terletak pada dimana kita pergi honeymoon. Situasi hidup bersama selepas kahwin lagi penting. Honestly, I memang jenis sukar nak pregnant. Bila dikira-kira, lagi bagus I buat rawatan TTC dari sibuk fikir nak kemana-mana. Mulanya first day cycle period lepas kahwin nanti I akan terus TTC. Berkobar sangat nak baby, semoga Allah perkenankanlah.

I tak nafikan keseronokan berbulan madu. Tapi kena berpada pada budget dan keadaan kita dan pasangan. Bagi orang lain, benda ini mudah tapi bagi kami ianya perlu difikir dari semua aspek. Kita sendiri menilai kemampuan diri jangan duk ikut orang aje. Nanti terlampau nak mengikut orang dah lain jadinya. Gambar di Facebook nampak bahagia tapi sebaliknya, serabut sana sini. Kita selesaikan yang penting dulu. Esok-esok honeymoon sangatlah berapa tahun u nak.

Kalau diberi kesempatan, dalam kepala dah ada beberapa wishlist untuk tempat honeymoon I, meraikan perkahwinan dengan orang yang paling I sayang. I pun suka tempat sejuk. Hajat hati nak fly jauh sikit. Kena plan betul-betul. Tunggu next winter, maybe. Kumpul-kumpul duit dulu sikit, boleh visit Anyah sekali kot. So ambitious la Samani. Tak salah berimaginasi sambil berusaha. Jangan cakap kosong. In shaa Allah, nak melawat bumi kangaroo lagi sekali lah. Takpe kita hold dulu. Dapat timing sesuai, kita jalan. For the time being kita honeymoon di rumah ye. Lagi puas dan selesa. Puas? Ok cut it short.

Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Kalau selepas entri ini ditakdirkan kami akan berbulan madu walaupun hanya dekat-dekat, tandanya rahsia Allah sangat luas. Dipermudahkan rezeki kami nak bercuti bulan madu. Ameeeeeeeeen!

Tuesday, December 10, 2013

Kahwin Oh Yeah : DIY Wedding Invitation

Suka diingatkan lah ye bahawa kad jemputan ini adalah dalam kuantiti yang sedikit. Maka ini membuatkan otak, mata dan tangan tak berapa letih. Jika kad undangan anda adalah sebanyak 1000 keping, silalah ke pembuat kad kahwin yang berhampiran anda. Pesanan penaja ini dibawa oleh Kadkawen Cap JariLembutKu hahaha. No such thing in the world...

Jom tengok kad kahwin DIY yang paling simple dalam dunia hasil dari perahan otak sendiri dan kederat sendiri campur SiDia yang tak pernah jemu meneman I ke kedai dan tolong membanting tenaga mengerat kertas. Dan inilah hasilnya...

Memang kad ni simple tapi istimewa sangat. Nak jugak tau cara membuat silalah Google dan I cuma mampu share cara I. Kalau nak tau jugak, sudi-sudilah baca ringkasan di bawah ni ye.

Bahan yang I gunakan
Apa yang perlu ada :
25 keping kad putih
25 keping kad shocking pink
Decorative masking tape
Organza ribbon
Cotton yarn
Corner punch
Paper trimmer
Double sided tape
Gunting
Pisau
Pen atau pensel
Pembaris
Sedikit revision dalam Google berkenaan kad macam mana pilihan hati.
KESABARAN, KEIKHLASAN dan KASIH SAYANG yang banyak :)

Langkah 1
Potong kedua-dua kad ikut size yang u nak. Adjust la ikut besar mana. Macam I kedua-dua kad I potong separuh A4 sahaja. Kalau boleh lipat 2 siap-siap. Potong juga ribbon yang organza ikut size yang nak diletak dekat kad. Masking tape tak payah potong siap sebab dia memang pelekat. Akhir skali potong cotton yarn ikut banyak mana dan tebal mana untuk ribbon yang kecik. Asingkan.
Kad belah luar
Nak mudah pakai paper cutter ni. Cari dekat Popular
Zaman dulu yang kayu tu, ada jugak jual lagi
Langkah 2
Lekatkan organza ribbon dan masking tape pada kad. Selitkan lebihan kebahagian dalam kad. Lekatkan double side tape pada sebelah bahagian saja kad pink. Jangan sampai ke pelipat nanti kad jadi tak cantik. Lekatkan kad pink ngam-ngam atas kad putih. Kemudian lekatkan double sided tape pada kad putih lagi sebelah dan lekatkan kedua kad.
Masking tape ni pun beli dari Popular
Pandangan dalam
Lekatkan kad pink ni ke dalam kad putih yang dah dihias
Langkah 3
Decokanlah cotton yarn pada kad ikut kreativiti u sendiri. Macam I buat bentuk senang je tu pun comot sikit sebab jari besar.
I nak buat camni je
Langkah 4
Buat jemputan dan peta ke lokasi majlis sendiri. Cari font yang menarik dan sesuai digunakan. Peta pulak I cuma gunakan Microsoft Words dan logo semuanya dari Google. Untuk jemputan, kalau nak kelainan buat ayat sendiri tapi rasa tak payahlah pening-pening. Tiru je ayat dalam kad jemputan kahwin biasa tapi adjust ikut citarasa. I print biasa dan fotostat je :)
Anda bagaimana?

Simple, I memang tak suka serabut
Langkah 5
Cetak jemputan dan setiap kad ditebuk bucunya menggunakan corner punch. Kedai alat tulis ada berlambak benda ni. Sila cari. Kemudian lekatkan jemputan pada kad dan siaplah kad jemputan buat sendiri a.k.a DIY. 

Untuk sampul, I tak saratkan dengan deco sebab bahagian luar. Tak perlu nak over sangat lah kot. Tapi terpulang pada citarasa masing-masing.

Siap pun, sedia untuk diedarkan :) 
Kad ni tak semestinya kad jemputan perkahwinan. Multi purpose la terpulang nak buat jadi kad apa. Selamat mencuba buat kad sendiri yah!

Kahwin Oh Yeah : Jom DIY Bunga Pahar

Punyelah kagum nak buat bunga pahar sendiri. Disebabkan takut lupa nanti nak buat lain kali, maka dengan rela hati I pun selamba dek je buat tutorial ni bertujuan untuk self-reminder semata-mata. Dan juga, I faham perasaan orang yang tak berapa nak kreatif macam I ni. Berpuluh kali bukak blog orang untuk tengok cara-cara paling senang difahami. Hehehe. Usaha tangga kejayaan. I masih perlukan bunga pahar nanti tau sebab adik belum kahwin, esok-esok si Kakak cerewet ni nak kaler dia jugak haruslah terbuat lagi sendiri. Nak order boleh jugak... Tapi order aje I amik, buatnya tak tentu la ek. Ok kidding. Let's roll the ribbons :)

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat bunga pahar simple gila :

1. Bunga sekuntum yang dah siap berbatang dan ada organza untuk letak telur.
2. Pembaris! I pentingkan measurement yang accurate hahaha macam best je
3. Gunting. Make it two la ok kot. Sebab I buat satu untuk gunting ribbon, satu lagi untuk gunting dawai
4. Ribbon satin kecil. Any colors ye
5. Ribbon organza dan satin yang sama size
6. Manik jurai-jurai. Ni design I, so manik ni recycled je huhu
7. Wayar atau dawai no.30
8. Masking tape putih
9. Gabus / polystyrene yang diperlukan untuk cucuk bunga yang dah siap 
10. WORKSTATION! Paling best dikelilingi anak kucing baru adventurous. Muahaha!
11. KESABARAN, KEIKHLASAN dan KASIH SAYANG yang banyak

LANGKAH 1

a) Ambil ribbon satin yang kecil tu, ukur ikut ukuran 60cm dan gunting
b) Ukur 10cm untuk digulungkan.
c) Kepit tengah-tengah dan buat bentuk macam LOVE then ikatkan dengan dawai no.30 tapi tinggalkan sikit hujung agar senang nak pintal dekat batang bunga nanti

ii. Kepit tengah-tengah
i. Gulungkan
iv. Proses ikat dawai
iii. Ha yang ni lah bentuk LOVE hahaha
v. Siap 1 ribbon
LANGKAH 2

a) Ribbon satin yang besar diukur 30cm dan dipotong
b) Gulung mengikut saiz 10cm jugak bagi sama besar dengan ribbon satin yang kecil
c) Ikat di hujung, sama macam cara di atas

ii.Cara buat sama macam ribbon kuning tadi 
i.Ukur dulu
LANGKAH 3

a) Ribbon organza diukur 30cm dan dipotong
b) Manik jurai dipotong 15cm
c) Lipat dua ribbon organza tu dan buat bentuk macam dalam gambar
d) Masukkan dawai untuk dipintal dan manik jurai selit sekali pada ribbon. Pastikan manik jurai tu jangan sama panjang. Buat sebelah pendek sikit.
e) Sama jugak, pastikan dawai tu terlebih sikit untuk senang dipintal pada batang

ii. Manik jurai - warna gold
i. Ribbon organza putih
iii. Diorang ni menjurai sebenarnya tapi sebab
angin tiup tu jadi camtu :)
LANGKAH 4

a) Ambil bunga pahar separuh siap, dua ribbon satin kecil, dua ribbon satin besar, ribbon organza bersama manik dan masking tape putih.

Ni ribbon yang dah siap semuanya tadi
b) Ikut suka nak susun. Untuk bunga I, ribbon satin kecil disusun berselang dengan ribbon satin besar dan akhir sekali masukkan ribbon organza pada bahagian ribbon yang agak-agak terkangkang. 
c) Balut dawai-dawai yang dah dipintal dengan masking tape putih. Kalau batang hijau gunalah warna hijau.
d) Cucuk pada polystyrene dan kembang-kembangkan ribbon semua tu dan SIAP!


Taraaaaa~
Paling senang nak buat 
Dan terhasillah bunga pahar murah buatan sendiri a.k.a DIY yang dapat ikut warna kegemaran kita masing-masing. Sebenarnya ni pun trial and error aje. Walaupun tak cantik mana, tapi sebab suka tu yang buat jugak. Kalau lagi mampu, beli siap dekat Nilai 3. Memang cun!

Sekian, terima kasih.