Nuffnang Ads

Tuesday, December 17, 2013

Kahwin Oh Yeah : Dilema Kasut!

Tolong! I dilema sangat sekarang ni. Maklumlah kaki besar size 10 US memang kena kerja keras sikit cari kasut secara last minute. Amaran kepada yang bersaiz normal : bersyukurlah kerana kaki anda senang untuk kuat segala jenis kasut yang tersergam indah di kedai. Kepada kaki plus size, jangan segan silu ke Payless Shoesource sebab dekat situlah kedai yang appreciate kaki-kaki size kita. Ada amaran jugak : jangan borong satu kedai sudah!

Dua buah Payless I dah tawaf dengan bakal suami. Gigih dia bawak I sampai Melaka untuk merealisasikan impian I pakai kasut sendiri masa hari bahagia nanti. Jangan salah sangka, bukan berlagak taknak pakai kasut butik tapi tapi tapi.... TAK MUAAAAAAT! Maaf dik, akak bab kasut memang cerewet sikit. Sok kalau berjalan ala kepit kot melecet nanti yang effect ialah kaki akak T_____T sedih la nanti suami tengok kaki akak bergelembung lecet. Hahaha.

Ye tau, dah terlambat untuk diet :(
Punyalah susah kaki plus size ni nak cari warna bersesuaian dengan tema I yang pink peach, turqoise dan pink. Warna ape pink pink pink je sweet sangat dah nih.

1. Colorful Wedges - macam nak pegi jalan-jalan dekat shopping mall aje nih. Tak sesuai kot. Kalo ikut hati, pedulik hapa.. Plus, sume warna ada muahaha.

Sesuai ke kasut kahwin gini?
Memang selesa tahap maximum wa cakap lu
2. Silver ankle strap heels - terlalu bebas gembira je kaki rasanya. Angin masuk dari setiap sudut. Macam tak pakai kasut ye jugak.

Sangat naked rasanya kasut ni.
3. Champagne Studded pump heels - hello, buat kaler soft pink boleh tak? Nama heels ni pun I main petik je wiwiwiwiwiwi.

Abaikan betis dan paha tembam, fokus pada kasut
cun sahaja, tapi warna out sangat dengan pilihan I
4. Peep toe pump heels - nama main petik jugak. Gosh! Kaki nampak menembam. Rasanya memang tak sesuai kaki tembam pakai. Lupakanlah.

Ok  ni cantik... Tapi warna tak kena
Ok ni cantik... Tapi warna tak kena
(sama caption dengan gambar diatas,
tanda protes!)
Kasut ni selesa sangat ye wahai kaki-kaki montel semua
Pun sama... warna tak kena!
5. Fuschia and gold ankle strap heels - gila best pakai ni! Tapi kenapa warna anda gold? Jika anda silver, confirm dah balik Seremban ye.

Is this ok?
Siapa kata kaki plus size takde choice. Kena la banyak choice sebab takde warna sesuai. Grrrrrr!! Ape pun, tenkiyu Sayang! Sebab bersusah payah bawak I ke kedai kasut kaki tembam. Okbai.

Terpaksa, beli kasut warna fuchsia ni... pilihan terakhir harapnya berbaloi
abaikan muka pompuan kenyit tuh hahaha
Kepada B2B yang berkaki plus size, jangan cuba-cuba beli kasut lambat ye nanti mengelabah macam I ni.

No comments:

Post a Comment