Suka diingatkan lah ye bahawa kad jemputan ini adalah dalam kuantiti yang sedikit. Maka ini membuatkan otak, mata dan tangan tak berapa letih. Jika kad undangan anda adalah sebanyak 1000 keping, silalah ke pembuat kad kahwin yang berhampiran anda. Pesanan penaja ini dibawa oleh Kadkawen Cap JariLembutKu hahaha. No such thing in the world...
Jom tengok kad kahwin DIY yang paling simple dalam dunia hasil dari perahan otak sendiri dan kederat sendiri campur SiDia yang tak pernah jemu meneman I ke kedai dan tolong membanting tenaga mengerat kertas. Dan inilah hasilnya...
Memang kad ni simple tapi istimewa sangat. Nak jugak tau cara membuat silalah Google dan I cuma mampu share cara I. Kalau nak tau jugak, sudi-sudilah baca ringkasan di bawah ni ye.
Bahan yang I gunakan |
Apa yang perlu ada :
25 keping kad putih
25 keping kad shocking pink
Decorative masking tape
Organza ribbon
Cotton yarn
Corner punch
Paper trimmer
Double sided tape
Gunting
Pisau
Pen atau pensel
Pembaris
Sedikit revision dalam Google berkenaan kad macam mana pilihan hati.
KESABARAN, KEIKHLASAN dan KASIH SAYANG yang banyak :)
KESABARAN, KEIKHLASAN dan KASIH SAYANG yang banyak :)
Langkah 1
Potong kedua-dua kad ikut size yang u nak. Adjust la ikut besar mana. Macam I kedua-dua kad I potong separuh A4 sahaja. Kalau boleh lipat 2 siap-siap. Potong juga ribbon yang organza ikut size yang nak diletak dekat kad. Masking tape tak payah potong siap sebab dia memang pelekat. Akhir skali potong cotton yarn ikut banyak mana dan tebal mana untuk ribbon yang kecik. Asingkan.
Kad belah luar |
Nak mudah pakai paper cutter ni. Cari dekat Popular Zaman dulu yang kayu tu, ada jugak jual lagi |
Lekatkan organza ribbon dan masking tape pada kad. Selitkan lebihan kebahagian dalam kad. Lekatkan double side tape pada sebelah bahagian saja kad pink. Jangan sampai ke pelipat nanti kad jadi tak cantik. Lekatkan kad pink ngam-ngam atas kad putih. Kemudian lekatkan double sided tape pada kad putih lagi sebelah dan lekatkan kedua kad.
Masking tape ni pun beli dari Popular |
Pandangan dalam |
Langkah 3
Decokanlah cotton yarn pada kad ikut kreativiti u sendiri. Macam I buat bentuk senang je tu pun comot sikit sebab jari besar.
I nak buat camni je |
Langkah 4
Buat jemputan dan peta ke lokasi majlis sendiri. Cari font yang menarik dan sesuai digunakan. Peta pulak I cuma gunakan Microsoft Words dan logo semuanya dari Google. Untuk jemputan, kalau nak kelainan buat ayat sendiri tapi rasa tak payahlah pening-pening. Tiru je ayat dalam kad jemputan kahwin biasa tapi adjust ikut citarasa. I print biasa dan fotostat je :)
Anda bagaimana?
Anda bagaimana?
Langkah 5
Cetak jemputan dan setiap kad ditebuk bucunya menggunakan corner punch. Kedai alat tulis ada berlambak benda ni. Sila cari. Kemudian lekatkan jemputan pada kad dan siaplah kad jemputan buat sendiri a.k.a DIY.
Untuk sampul, I tak saratkan dengan deco sebab bahagian luar. Tak perlu nak over sangat lah kot. Tapi terpulang pada citarasa masing-masing.
Siap pun, sedia untuk diedarkan :) |
Kad ni tak semestinya kad jemputan perkahwinan. Multi purpose la terpulang nak buat jadi kad apa. Selamat mencuba buat kad sendiri yah!
maaf tumpang iklan...
ReplyDeleteKAMI MENJUAL KELENGKAPAN DAN PERALATAN PEJABAT SEPERTI MAGNETIC WHITEBOARD, MESIN BINDING, MESIN LAMINATE, ELECTRONIC TYPEWRITER, STAPLER, MESIN SHREDDER, HAILER, TROLLEY DAN LAIN-LAIN.
TIADA CAJ GST.
PENGHANTARAN PERCUMA SEKITAR SELANGOR DAN KUALA LUMPUR.
JAMINAN 2 TAHUN KE ATAS.
UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN DI ATAS SILA HUBUNGI KAMI SEGERA.
DN GLOBAL RESOURCES
Tel: +603-6277 5571
H/P: +6019-393 5571
Email: dnglobal_eng@yahoo.com.my
Facebook: http://www.facebook.com/dnglobal
Website: www.dnglobal.weebly.com
Good blog! You have described in a nice way.
ReplyDeleteThanks for sharing this information.
Kad kahwin diy