Dah mula terasa. Ada beberapa perkara yang membuatkan I busy sangat-sangat sekarang ni. Pertama, of course la, Hari Pernikahan yang bakal menjelma. Bukan sikit-sikit benda nak kena buat tapi banyak jugak tu. Dari segi persiapan, mengemas rumah, memastikan checklist sempurna dan jemputan. I belum buat edaran kad undangan lagi pun. Tengah dalam proses nak mengenalpasti immediate relatives sahaja dan kawan rapat. Hantaran pun belum buat lagi. Ok tu I yakin sekejap aje. Phew~ Yang paling utama untuk hari bahagia ini ialah nak mengemas keseluruhan rumah. Dengan kerahan tenaga sendiri.
Kedua, sesi memindah rumah. Bukan senang ok. Dengan berbekalkan kenderaan 2 pintu, dah banyak jugak barang yang I dan Sayang berjaya angkut ke rumah kami tu. The thing is, nak kemas rumah, nak lengkapkan rumah (sebab lepas kahwin duduk sini terus), nak paku dinding la nak susun kabinet la nak kemas kain baju lah. Semuanya ada relate dengan mengemas rumah untuk kenduri. Acara mengosongkan rumah Mama dan membawa keperluan ke rumah baru. Hurmmmmmm.
Ketiga, tugasan pejabat yang menjadi sumber rezeki kepada I. Hujung tahun semuanya berlumba-lumba nak diselesaikan. Buku cuti, laporan stor dan hal-hal perkhidmatan yang lain. Pening kepalo acik ni haaaa. Meja pejabat I dah mula berserabut. Hahaha barulah bos nampak kita busy kan. Ape-ape pun, kalau sungguh bagai dikata, syukur dengan bonus setengah bulan yang bakal kami semua terima. Seronoknya insan yang memerlukan sangat untuk hari perkahwinan ini. Lagi bagus kalau dapat sebelum berakhirnya BBW Books Sale T______T huaaaaaa. Nampaknya tahun ni kena sacrifice sikit la kot. Tunggu lah tahun depan....
Ecehhhh nampak busy sangat nih! Haha |
No comments:
Post a Comment