Nuffnang Ads

Tuesday, December 3, 2013

Kahwin Oh Yeah : Homestay

Selang beberapa hari lepas entri yang ade sebut pasal cari homestay tu, terus I jumpa beberapa perkara menarik. Bagi I menarik la untuk dikongsi, memandangkan susah sangat nak jumpa benda-benda gini dekat dalam Google kan, meh la sini I tolong share untuk memudahkan semua yang mencari. In shaa Allah, dipermudahkan jalan kita semua.

Masa I tengah Google Search, tempat pertama yang I cari untuk homestay ni ialah di Spanish Villa, Seremban yang terletak di Taman Tasik Jaya. Ok, map dan direction sila usahakan sendiri boleh tak? Haha. Actually, tempat ni cool dan menarik jugak sebab I pernah stay dekat Standard 3-bedroom Apartment dan semuanya ok. Simple sangat. Harga tak berapa recommended untuk yang bajet gila-gila low. Tapi yang bagusnya, parking memang banyak, ada swimming pool dan guarded. Ni keistimewaan kalau duduk dekat Spanish Villa. Tapi kalau hanya satu malam, apa yang nak rasa special sangat kan. Baik cari rumah yang betul-betul murah dan boleh sumbat 3 atau 4 family

Alhamdulillah, sekali search je dapat la satu senarai yang sangat-sangat membantu dalam pencarian. I dapat jumpa senarai homestay dan hotel-hotel di Seremban ni melalui website 


Ianya dalam format PDF senang la nanti u all nak print je. I dah dapat satu homestay, yang rasanya affordable la jugak. Senang nak ke rumah I dan senang nak ke rumah lelaki nanti. Kalau jauh dan jalan complicated susah nanti mereka yang tak familiar dengan kawasan Seremban. I prefer rumah landed biasa sebab berkemungkinan akan ada anak-anak kecil dan mereka bolehlah berlari riang di halaman rumah. Takkan nak menjerit-jerit dalam rumah je kan. Eeeeee, bestnye!

Siap gambar! 
Ada beberapa homestay dah dihubungi. Dan semuanya masih available. Semoga dapatlah dimanfaatkan sepenuhnya rumah tersebut kelak. Konon-konon lah kan, nak suruh diorang pakaikan inai. 
Gewdix!

No comments:

Post a Comment