Nuffnang Ads

Friday, December 13, 2013

Oh Rumahku : Idea Ruang Makan

Standard. Lepas berlambak entri Kahwin Oh Yeah kita akan moving forward untuk mencantikkan kediaman. Amboi, kemain tak menyabor ye keme nak bersogheh pasey ghumah. Kali terakhir duduk rumah sendiri tu lah masa study di Segamat. Semua buat sendiri baru rasa puas.....

Macam mana pun sekarang kena perlahan-perlahan kumpul barang rumah. Umur dah lanjut baru nak mula hidup hahaha takpelah. Syukur Allah bagi lagi bernafas di bumiNya ini. First thing first, ruang tamu dah ada carpet dan tv. Jadilah. Untuk permulaan. Tapi yang menjadi excited sekarang ialah ruang makan. Macam-macam dalam kepala I dah sekarang.

Setelah I buat research pasal home living, I dah mula dapat beberapa idea untuk ruang makan kecil comel cute kami. Eishh, tunggu duit terpijak atau dari langit je kami dah berkobar nak letak barang-barang idaman. Antara perkara yang diidamkan ialah ; set meja makan warna putih, sideboard/buffet cabinet warna putih, cermin besar warna putih, display cabinet with glass door warna putih, lamp shade atau floor lamp, wall shelves warna putih, carpet warna terang dan sedikit benda-benda untuk decoration. Dah terbayang jelas dalam mata nak isikan ruang kecil kami. Perasan tak, semuanya putih. Kebetulan dinding pun putih. Yahoo!

I really need a buffet cabinet tu saja. Banyak gila pinggan mangkuk dalam simpanan I. Haruslah disimpan dalam tempat yang elok takkan nak berkurung dalam kotak aje kan. Tapi yang penting cabinet haruslah ada pintu. Safety first. Kalau anak-anak kecik datang nanti dicapai pinggan mangkuk auntie, jangan nak, pecah pinggan boleh ganti tapi kalo luka ke ape ke dahhhh satu kes kecemasan pulak nak bawak ke hospital. Bahaya. Ada beberapa contoh ruang makan moden yang I cilok dari Internet. Sumber inspirasi katanya. Hahaha.

Dapat macam ni jadilah...
Dapat camni pun jadilah jugak
Dapat camni lagilah jadi
Ni dapur ke kedai kek?
Tak salah kalo I nak gantung gak wine glass tu kan :)
Cantik-cantik kan? Standard la rumah sederhana nak macam tu. Kalau rumah I banglo memang macam-macam dah dalam kepala. Kui3! Selalunya kalau benda-benda warna putih ni semua bolehlah beli dekat Ikea aje. In shaa Allah ada kesempatan memang nak ajak Sayang untuk survey. SURVEY aje yang, tak belilahhh. Ye ke???

Kalau rasa jauh sangat Ikea tu, setakat nak cuci mata boleh je tengok dekat website di bawah ye. Nak bagi I hadiah? Liatorp Sideboard is the best gift among all. Hahaha!!!

http://www.ikea.com/my/en/catalog/categories/departments/dining/10412/

No comments:

Post a Comment