Tugasan kerja memerlukan I datang sendiri ke Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) untuk mengambil bekalan bagi stor. Punyalah tak faham prosedur, kami hanya menurut perintah. Tapi takpe, belajar dari kesilapan. Lepas ni takdelah terpinga-pinga lagi macam ni ke hulu hilir nak ambil SO dan sebagainya. Ada 2 cara kalau kita, dari jabatan Kerajaan nak membuat pembelian dari PNMB ini iaitu dengan menggunakan LO atau cash. Kalau pembelian menggunakan cash bolehlah terus berurusan dengan Bahagian Bekalan dan Jualan ye. Bagi pembelian menggunakan LO adalah seperti di bawah.
1. Call PNMB untuk confirmkan harga item-item yang dikehendaki (Tel : +60329366888)
2. Sediakan LO dan faxkan kepada PNMB (Fax : +60392366999)
3. Pastikan call dulu sebelum datang mengambil barang bercetak yang siap.
4. Kemudian datang terus ke Bahagian Bekalan dan Jualan untuk mengambil tempahan dan menyerahkan LO.
Jika tidak fax LO kepada pihak PNMB dan terus hadir...
1. Bawa LO ke Bahagian Pemasaran untuk mereka sediakan SO dan ini tidak mengambil masa yang lama.
2. Terus ke Bahagian Bekalan dan Jualan bagi mendapatkan barang bercetak yang telah disediakan.
Sekian makluman. Terima kasih, Dell sebab tolong teman Samani. Hihi.
No comments:
Post a Comment