Nuffnang Ads

Friday, December 13, 2013

Kahwin Oh Yeah : Persiapan Sebelah Lelaki, SIAP!


Semakin hari semakin berdebar. Persiapan sebelah lelaki hampir perfect semuanya. Dari kad kahwin, door gifts dan baju pengantin semuanya dah selesai. Tu yang makin seram dibuatnya.. Yang paling ada kena mengena haruslah baju pengantin. Bila dah fitting baju memang excitement melampaui batas rasa meluap-luap. Haiyooo~

Kad kahwin dah berjaya disiapkan oleh Didi dari TheBuntingPrintInk Creative Design. Walaupun ada ralat sikit tapi kecacatan tu dah ditutup sepenuhnya dengan menggunakan sticker. Ala, salah hari je pun, tapi perkara macam ni akan membuatkan tetamu keliru. Tapi tindakan menggunakan sticker tu sangat I puji sebab kalau dipotong dengan pen dan dibetulkan dengan tulisan nanti akan nampak kesannya. Biasa, tak semua perkara akan jadi perfect macam yang kita mau. 

Ini lah kad bagi majlis sebelah lelaki :)
Owh, baju pengantin pun membuatkan I nervous bukan main. Hari cuti yang lepas I ambik kesempatan nak pergi mencuba baju pengantin. Masa mancuba baju, memang rasa selesa sangat tapi bila dah disarung dengan shawl dan veil, rasa lain macam sikit. Mungkin sebab I tak biasa bertudung macam tu. Kelakar je rasa, sebab rasa janggal. Yang paling I nak suarakan pada adik-adik butik nanti ialah keadaan baju yang agak besar tu. Rasanya nak kena alter jugak kot. Takpelah, final fitting pada Hari Krismas nanti iaitu 4 hari sebelum majlis berlangsung. Harapnya sempat. Apa pun, SiDia a.k.a bakal suami I nampak segak dengan baju tu. Comel je kot! Dengan keris kecik je hihihihi.

Bagi hitam putih aje la baju kahwin ni ye. Nanti tak surprise pulak.
Tengok, ade orang dah feeling tak sabar kawin
Eishhhh, betul ke nihhh!

No comments:

Post a Comment