Nuffnang Ads

Friday, December 20, 2013

Kahwin Oh Yeah : Edisi Reveal

Nak kawin yeah yeah..! Happy la sangat tu padahal ada je benda belum setel lagi. Lagi seminggu nak hidup berdua, majlis makin dekat, perkara-perkara yang wajib macam borang nikah semua dah selamat diuruskan. Sekarang ni masa untuk reveal semua yang handmade by SAZ dan lain-lain. Fuh!

1. Baju pernikahan : warnanya Pink Peach dan cutting kurung moden biasa. Tailor yang buat ialah Kathy Senawang dan semua beads cantik dari Kak Niza, founder Rerama D'Zein. Termasuklah shawl yang ditempah dari Kak Niza. Baju lelaki ditempah di Mee Lian.

2. Kad undangan : Made by SAZ dan material dibeli di kedai buku berhampiran. Penggunaan software hanyalah Microsoft Words dan menggunakan cetakan fotostat biasa sahaja. Sampul dibeli di Daiso. Kad undangan hanya dibuat sendiri.

3. Hand bouquet : bunga tulip macam biasa beli di Nilai. Pendek cerita, my hand bouquet was Made By Saz.

4. Hantaran : decorations were Made By Saz dengan semua perkara yang dibeli di kedai bunga dan aksesori perkahwinan Nilai 3. Ada 5 semuanya termasuk sirih junjung juga Made By Saz.

5. Pelamin : Abang Ikmal bertanggungjawab bagi pelamin di rumah perempuan dan rumah pengantin lelaki disewa dari Butik Mahligai Qaseh.

6. Baju persandingan : baju sebelah pihak saja dari Butik Mahligai Qaseh.

7. Jurufoto : paling senang ambik kawan-kawan dan berjaya book paling awal. Radhi dari Shuttera adalah jurufoto bagi kedua-dua majlis.

8. Highlight video - untuk highlighted event sahaja yang Herri iaitu suami kepada Ain akan shoot. Untuk kedua-dua majlis juga.

9. Jurumekap - Ain akan mekapkan I bagi Majlis Pernikahan dan Butik Mahligai Qaseh pada majlis sebelah lelaki. Pakej sekali senang aje.

10. Doorgifts - tempahan booklet Asmaulhusna sudah dibuat dan untuk kanak-kanak akan ada gift lain untuk mereka. Tempahan Asmaulhusna dari Espritpartners Sdn. Bhd yang terletak di Ampangan.

11. Katering : semua hal-hal yang berkenaan katering dan khemah merupakan dari Abang Jais (sorry bang, tak tau nama company la...) Hehehe.

No comments:

Post a Comment