Nuffnang Ads

Friday, December 13, 2013

Kahwin Oh Yeah : Ralat Sana Sini

Perkara ni biasa terjadi dah. Lagipun mana ada benda yang perfect dalam dunia ni. Same goes to me, dengan benda yang jadi dalam hidup I lagi-lagi dah dekat dengan hari bahagia ni. Nak cerita sangat tu sebab geram melampaui batas. Benda tak boleh nak elak dah, Redah aje lah...

1. Pasal tempahan door gifts - bukan nak cakap apa, harganya memang murah dan berbaloi. Tak perlu pergi jauh cuma belakang rumah sahaja. Tapi, tapi, tapi, tapi, sebagai customer patutnya dia terima cadangan I tau! I yang nak design tu, I yang punya wedding theme, I yang punya duit keluar, I yang upah dia kenapa I kena dengar cakap dia. I belajar dari kesilapan, kedai tersebut akan dipangkah. 

2. Kad undangan sebelah lelaki - geram sikit, tapi tak geram beriya macam kejadian door gifts I tu. Dah dibetulkan, salah jugak harinya, kalau Baba tak perasan, confirm orang datang rumah Sayang hari Sabtu :( kenapalah buat sambil lewa. Dan yang tak bestnya lagi, Doa Pengantin. Dahlah I yang carikan, dia boleh buat ala-ala je. Tengok lah.....

Sakitnya mata I memandang yang DALAM KURUNGAN tu.. Eishh!
3. Tuan punya homestay - Perempuan tu memang I banned habis-habisan. Suara sangat lemah lembut, macam nak mampos (bak kata P.Ramlee) tapi bahasa, amboiiiiiii, benda penting take note la jangan buat menyambil. Tau la awak dah banyak dapat keuntungan dengan beberapa buah rumah yang dijadikan homestay tu, tapi jangan berlagak sangat. Kitorang ni customer, bukan tak bayar. Menipu aje kerjanya... Dah menyusahkan orang, kena cari rumah lain. Terima kasih lah ye.

Geram tu memang ada, kalau nak fikir semuanya perfect, sediakan wang ringgit yang bertingkek-tingkek. Bila salah je, terus buat lain. Pffffttt! 


No comments:

Post a Comment