Amboiii, tajuk entri!
Actually, perancangan asal memang takde hantaran. Itu semua Allah punya kuasa, tak mampu kita semua nak menolaknya. It happened to us. Berkobar sangat kahwin tak mau ada dulang hantaran. Sekali bila dah dekat tiba harinya, wah, macam-macam pulaknya nak letak atas dulang. Antaranya, cincin kepada lelaki, buah-buahan, sirih junjung, coklat dan kek pulut kuning. Sirih junjung tu dah hal lain pulak. Hihihi. Ok ke 5 ni? Orang kata tak plan tapi last-last gini lah.
Dulang dan bunga untuk digubah dah dapat beli tapi kononnya untuk 2 aje mulanya, iaitu, buah-buahan dan coklat. Nak cuba dulu tengok sukses atau tak. Macam biasa, research dah dibuat dekat Internet. Memang banyak sumber inspirasi yang I dapat cuma warna masing-masing la melampau nak tiru sebijik kan. Nanti lepas dah testing barulah senang nak buat yang lain-lain. Yang pastinya, konsep warna ialah pastel.
Alahai... dari dulu memang geram je tengok hantaran camni... |
Sirih junjung pun satu hal. I dah nekad nak buat sendiri semua benda kali ni. Takde harapkan sesiapa, baru puas hasil air tangan sendiri. Banyak gila pattern sirih junjung yang I tengok. But there is only one that catches my attention. Simple sesangat dan cantik, of coz. bunganya akan digubah ikut citarasa bunga kegemaran sendiri. In shaa Allah, dipermudahkanlah urusan I untuk buat semua perkara dalam masa yang teramat-amat singkat ini. Cuma yang menjadi kemusykilan I sekarang, patut guna daun sirih yang betul atau yang artificial punya? Gigih I nak kena buat on the spot kalau guna sirih betul sebab tak mau warnanya jadi hitam kalau dibuat awal.. Bunga dan daun artificial, petang ni dah boleh buat. Lepas tu simpan sampai hari majlis. Kan senang gitu...
Next entri, let's DIY your wedding gifts by SAZ.. Gituuuu! Ala-ala wedding planner pulak dah nama. Haha. Semoga satu hari nanti termakbul impian untuk buat hobi ini menjadi sesuatu yang menguntungkan secara separuh atau sepenuh masa. Amin.
p.s. Dekat Nilai 3 tu macam-macam ada. Tengok kepala otak berjalan atau tak aje. Phewww.
No comments:
Post a Comment