Hai! Dah lama I tak tengok wayang a.k.a movie date dengan Sayang. Tiba-tiba teringat rasa nak berdating. Tapi perlu diingatkan ye, kos nak menonton wayang pun dah tinggi sekarang. Untuk cerita 300 pada pukul 10.10 pm di TGV AEON Seremban 2 ialah RM16 dimana untuk dua tiket harganya ialah RM32. Lepas tu terbeli pulak Jumbo Set 3 Royale Popcorn yang manis gile dengan harga RM13.90. Hello! Harga nak menonton wayang ialah RM45.90 untuk 2 orang ye. Memang 3 bulan sekali la I jejak TGV ni. Dulu, masa bercinta tak membazir pun semua ni. Sejak-sejak dah pandai beli barang dapur dan perkakas rumah ni rasa tak mau pembaziran sangatlah. Hihihi. Macam biasa, out of topic!
Eh, berani main pedang-pedang ye |
Oh ye, nasib baik tiket harga RM16 tu seat dia best sikit kalau kedepan memang mendongak la kepala tengok darah memercik-mercik dari pedang dan kepala yang putus dari badan. terpancut-pancut darahnye wey! I kenal Leonidas je dari cerita lama tu. Ni ape tah nama pelik-pelik. Tapi pompuan Komander kapal perang tu macam Avril Lavigne plak I tengok.
Memang patut diklasifikasikan sebagai 18+ sebabnya banyak adegan kerat kepala, tangan, kaki semua. Pastu ada cium-cium sikit, rogol-merogol sikit. Ganas ar cite dia, tak sesuai dengan jiwa lemah lembut I yang ala-ala Pompuan Melayu 2nd last hahaha. Tapi best lah adegan lawan-lawan dalam kapal, sampai bawak kuda. Ko ada? I naik kapal pun dah gayat, ni pulak dia naik kuda atas kapal. Kelas la bro! Cerita ni dia tunjukkan camne Xerxes tu boleh jadi syaiton sangat macam tu. Tapi I rasa macam cerita 300 ni akan ada sequel dia lagi la. Ada 3 sebab yang cerita ni akan bersambung lagi.
- Xerxes belum abes lawan lagi sebab last-last dia tunggu kat atas bukit je tengok si Artemisia lawan-lawan sampai kena bunuh dek Themistocles (ape ke susah benor nama nye!)
- Bapak Calisto ialah seorang kawan kepada Themistocles iaitu Scyllias (pun susah benor nak nyebut, eja simple-simple je dah lah 'skailes' je kan senang...) dah mati dibunuh dek Artemisia. Ada kemungkinan dia akan membalas dendam dan join Themistocles (yang kopipes je, koserrr nak taip-taip)..
- Masa Queen Gorgo datang dengan Spartan dia, Artemisia dah kena bunuh dan diorang semua tengah nak setelkan Persian yang lain. Yang tu tak tau kesudahan.
- Xerxes tu masa sebelum jadi macam syaiton dia sangat hensem. Ops, tersasar lagi!
Ok dah takde nak review apa sangat kalau nak tengok dipersilakan tapi berhati-hati beli Royale Popcorn tu. Manis gile, rasa bersemut mulut. Tak mampu kitorang berdua nak abiskan. Sampai bawak balik, sambung makan dekat opis harini.
Amik kau, siap makan kat opis. Hahaha |
No comments:
Post a Comment