Nuffnang Ads

Thursday, March 13, 2014

Seremban Jerebu Teruk!

Sakit kepala, mata kabur-kabur, dada sesak, batuk-batuk? Silalah pakai topeng kalau nak keluar ke mana-mana. Keadaan jerebu dekat Seremban sekarang dah dalam kategori TIDAK SIHAT. Atas jalanraya pun boleh nampak kabur memang bahaya sangat sekarang. Bukan kata siang, kalau malam pun boleh nampak berasap-asap dekat lampu jalan. Kalau boleh berhentikanlah segala aktiviti luar untuk anak-anak. Tak boleh nak biar, nanti jadi lah kes-kes serangan lelah. 

I baru je bukak website untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU). Kalau ada sesiapa nak check kawasan u all sekarang bolehlah ke website ni. Agak up to date jugak. Sebab dia bagi reading untuk hourly based.


Agak-agak, bila udara akan clear balik. Dengan tak berhujan, dengan keringnya rumput-rumput. Sedangkan kita manusia pun kena minum banyak air inikan pulak hidupan lain. Kami di Seremban bersyukur sangat-sangat sebab masih lagi tiada catuan bekalan air. Susah woi kalau air kena catu. 

Inilah website yang I cakapkan tadi..
Di harap keadaan akan kembali elok. Kita semua tak diuji dengan gunung berapi, tsunami, perperangan tapi, inilah sedikit ujian dan peringatan yang Allah turunkan kepada kita. Dengan macam-macam penyakit timbul sekarang, dengan musibah kehilangan pesawat dan cuaca yang panas. 

Jom, kita tambahkan lagi amalan kita. Agar kita selalu di bawah lindungan Allah dan berpayung dengan rahmat dariNya. Amin.

Indeks bacaan IPU yang menunjukkan bacaan di Seremban pada hari ini.

No comments:

Post a Comment