Nuffnang Ads

Thursday, March 13, 2014

Percubaan Makan Clomid Lagi

Siapa yang tak tau apa itu Clomid silalah Google. Bukan kedekut ilmu cuma, I rasa benda ni common untuk yang sedang TTC dan banyak maklumat dalam Internet yang boleh kita dapati pasal Clomid ni. Kena rajin sikitlah kot :)

Ini percubaan kali ketiga I untuk makan Clomid. Sebelum ni pernah makan untuk 2 cycle dan berjaya! Tapi... Tak bertahan lama. Dalam 7 minggu mesti akan keguguran. Agaknya kena doktor pantau dari seawal tu lah. Yang I ni blur, tak tau la nak kena ke klinik atau tunggu dulu. Macam biasa, rumors, tunggu sampai 2 bulan kandungan baru boleh buat buku merah dekat Klinik Kesihatan berhampiran. Camne????

Doktor dah bagi tarikh untuk next appointment dan dos untuk Clomid yang I akan makan ialah 2 biji iaitu 100mg. Dos yang paling maksimum untuk seseorang tu makan ialah 200mg dan ianya terhad kepada 6 cycle saja. Kiranya ada berbaki 3 cycle untuk I kalau I dah mula makan untuk cycle ini.

Effect dia tetap ada. Tengok ketahanan badan kita. Untuk badan I yang tak berapa nak kuat ni, ada jugak la kesan sampingan ubat tu yang I rasa. Dalam pembacaan, kesan sampingan ni akan berhenti bila kita stop je makan Clomid tu. Come on, untuk 6 hari saja dapat feeling macam ni. Feeling : pening, loya, panas, haus, emosi tak stabil dan sebagainya. Ye, inilah yang I rasa sekarang. Dizziness occur. Alahai... Sabar Samani...

P.S. Saja nak bagitau sini. Selalunya waktu menses I akan mengalami senggugut yang teruk sangat-sangat-sangat! Tapi lepas rawatan HSG yang lepas,senggugut makin berkurang. Sama macam masa lepas I buat laparoscopy. Syukur Alhamdulillah!

Silalah abaikan meja calar-calar : mangsa sabotaj, kalo I tau siapa buat.. Siap!

No comments:

Post a Comment