Nuffnang Ads

Monday, March 17, 2014

Cara Buat Jus Taugeh

Jom sama-sama kita amalkan Jus Taugeh ni sebagai salah satu usaha.


1. Ambil segenggam kacang hijau.

2. Rendamkan kacang hijau dalam bekas bersih selama 2 hari sehingga tumbuh ekor, air separas kacang. 

3. Tutupkan bekas itu dan letak di tempat yang gelap selama satu hari.

4. Bila dah jadi taugeh, cuci dan buang kulitnya.

5. Masukkan dalam periuk dan masukkan 2 gelas air.

6. Rebus selama 15 minit dan sampai tinggal segelas air.

7. Tapis air tersebut.

8. Amalkan setiap pagi mulai hari pertama period sampai ke waktu subur.


** setiap 2 kali rebusan kalau boleh tukarlah kepada taugeh yang lain. Untuk rebusan lain tu pulak, setiap 2 hari kena cambahkan taugeh yang baru.

** ada jugak rakan-rakan TTC lain yang simpan dalam fridge dulu taugeh tu. Setiap pagi keluarkan dan hanya rebus sahaja. Kalau nak senang, cambahkan banyak sikit dan asingkan ikut genggam dan bila dah dah dicuci bolehlah simpan dalam fridge. Cara ni mudah kan.

** Sekadar berkongsi, I pun berjaya buat 1 cycle saja. Macam biasa, tak konsisten. Lepas ni nak cuba lagi. Dan nak jadikan kebiasaan makan taugeh-taugeh buatan sendiri. Hehe

Jus ni kalau ikutkan minum untuk perempuan saja tapi elok jugak kalau para suami pun join minum. Ikhtiar sama-sama.

I dapat tips macam ni pun dari link di bawah :

http://www.hamilcomel.com/2013/11/khasiat-taugeh-untuk-kesuburan-dan.html

http://ratuhati.com/forum/index.php/topic,1198.125.html

http://mydeliciousrecipes4u.blogspot.com/2013/03/membuat-tauge.html

No comments:

Post a Comment