Nuffnang Ads

Wednesday, March 19, 2014

Waktu Paling Sesuai Menghubungkan Sel-sel Dalam Otak

Saje je nak perhatian lebih sikit sebab tu tajuk buat terlebih panjang. Entri ni I nak bongkar rahsia kenapa I punya imaginasi tinggi dan kekuatan jari jemari nak menulis. I takdelah macam insan-insan istimewa yang lain, bila-bila masa saja bersedia nak menulis dan ada idea kreatif. I cuma ada waktu yang terhad, berimaginasi bila ada waktu lapang.

Ada beberapa situasi yang membolehkan kesemua sel otak I saling berhubung sesama sendiri. Ayat scientific bagai, tak puitis langsung...

SITUASI 1
Waktu break dekat office. Jam 1.00 tgh - 2.00 ptg selama sejam kadang tu dah buat sampai 3 post. Waktu break dekat office I ni senyap sunyi. Layan woi menaip keyboard bunyi ketak ketak macam la busy benor. Sama jugak dengan waktu selepas 5.30 petang. Bukak mix.fm (always be my favorite radio station, got lotsa beautiful songs that I grew up with).

SITUASI 2
Dalam kereta, sedang memandu, berhenti di lampu isyarat. kalaulah kena tahan abang polis. Ampun, waktu drive memang best dengar radio, layan imaginasi dan terus capai hempon dan tulis title dengan point penting dalam 4 ke 5 ayat. The rest, tengok situasi di bawah...........

SITUASI 3
Paling kritikal, paling syiok, paling heaven, kepala tak hingat ape dah. Jari je yang bergerak mulut kumat kamit. Mata laju je berlari ikut bait-bait yang dihamburkan. Perghhhh! Waktu ni nyaman... sambil duduk, pegang hempon dan touchscreen pun dinodai. Pernahkah anda bermain Candy Crush ataupun Zombie ape tah sambil membuang air besar? Macam tu lah keghairahan yang I rasa bila menaip blog dalam waktu begitu. Sambil dengar kemeriahan air laju turun melalui paip. Bahahahaha! Tak payah jijik sangat lah....

I ada satu lagi blog, tapi biarlah rahsia. Mungkin juga akan ada lagi satu, untuk next project. Tak boleh bagitau dulu sebab belum ada pun... Tuntutan nafsu tu dah membuak, tuntutan tugas sebagai isteri dan kekangan waktu kena dipertimbang.

In shaa Allah, dah menjadi esok barulah bising-bising buat kecoh. Boleh caya ke? I mana leh simpan rahsia.

 Tiba-tiba teringat satu perkara, dah lama rasanya I tak memegang dan membaca buku. Punyalah susah lelap waktu nak malam nak tidur... Patutlah........~

Nyaman jugak posing camni sambil pegang fon.

No comments:

Post a Comment